Friday, December 14, 2012

Eksklusif ... Memang Wujud Rancangan 'BUNUH' KARPAL - K.Yogasigamany


Pengerusi DAP Taman Chi Liung Indah, K.Yogasigamany mendedahkan kewujudan kelompok yang mahu menyingkirkan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh dari Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) menjelang Konvensyen DAP ke-16 yang bermula hari ini.

Dalam sidang media tersebut beliau mendedahkan tindakan seorang pemimpin DAP Selangor, secara sulit telah bertemu dengan perwakilan dari DAP Klang dalam meminta sokongan dari Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam usaha menyingkirkan nama Karpal daripada pemilihan pucuk pimpinan CEC.

Beliau yang tidak mahu menamakan individu tersebut turut mendakwa anak kepada Karpal, Gobind Singh Deo akan dilobi dan dikempen untuk membolot jawatan penting dalam parti itu.

"Ada pemimpin DAP Selangor telah bertemu perwakilan dari DAP Klang dan meminta sokongan dari Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan dirinya sendiri (pemimpin wanita DAP) yang mengiktiraf dirinya sebagai pemimpin tetapi tidak menamakan Karpal.

"Ada ura-ura mahu Karpal digantikan dengan anaknya Gobind," katanya pada sidang media di Restoran Magic 1, di sini hari ini.

alt

Beliau yang kecewa dengan tindakan permainan politik kotor pemimpin ini, turut mendakwa penyebab utama Karpal perlu disingkirkan daripada pemilihan pucuk pimpinan CEC adalah disebabkan kelantangan Pengerusi DAP itu yang mengketengahkan usul satu kerusi satu calon bagi pilihanraya umum akan datang.

"Karpal adalah pemimpin paling lantang dan seorang yang berpegang kepada prinsip dan tidak pernah berubah sejak dahulu sehingga kini.

"Kita mempunyai ramai pemimpin berkaliber pada masa ini. Namun tindakan segelintir pemimpin parti yang tamak haloba dan ingin memonopoli kesemua kedudukan dan jawatan untuk diri mereka sendiri telah merosakkan nama parti," katanya.

Pengerusi DAP Taman Chi Liung Indah ini turut melahirkan kegusaran dengan masa depan parti akibat sifat tamak haloba segelintir pemimpin yang menolak suara pilihan rakyat dalam polisi satu kerusi satu calon ini.

alt

"Kajiselidik online baru-baru ini jelas menunjukkan 80 peratus bersetuju dan menyokong polisi satu kerusi satu calon ini."

"Persoalan disini, mengapa pemimpin parti masih berterusan membicarakan isu ini? Hakikatnya ialah mengapa DAP sendiri tidak mahu mengikut suara rakyat?" katanya dalam nada kecewa.

Beliau juga berkata apa yang berlaku adalah bertitik-tolak dari beberapa perkara yang masih berterusan berlaku seperti monopoli kerusi dan jawatan dalam kerajaan negeri.


Read More, CINA KOMUNIS KUBURKAN THE IRON SIKH

No comments:

Post a Comment