Anwar Ibrahim dan angkatan-angkatan peliwatnya nyata terjerut dalam isu yang dicetuskan mereka sendiri sejak dari 25 April 2012.
Silap bermain strategi dan isu mana satu yang perlu diberi penekanan ... Tiada kad pengenalan? Tiada kad pengenalan berwarna biru? Tidak mendapat taraf kewarganegaraan?
Make up your mind Anwar ...
I peninglah dengan kerja-kerja tak siap N Surendran ni ... Malu I mana satu isu nak main.
Naib Presiden MIC Datuk SK Devamany sedia meletak jawatan jika pakatan pembangkang dapat membuktikan dakwaan 300,000 masyarakat India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri.
Beliau berkata pakatan pembangkang sengaja bermain dengan angka yang tidak wujud serta fakta palsu bagi mengelirukan rakyat dan menyemarakkan rasa benci mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Saya minta mereka (pakatan pembangkang) bawa semua 300,000 orang yang dimaksudkan, disokong dengan dokumen sebagai bukti dakwaan. Jika semua itu ada, saya sedia letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Majlis Kelab Belia Tamil Malaysia ke-45 di sini, Ahad.
Devamany turut menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran sebagai terdesak kerana menganjur protes jalanan berhubung perkara itu di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Rabu lepas.
Read More, N SURENDRAN PEMBOHONG
Bagaimana timbulnya angka 300,000 orang India yang didakwa tidak mempunyai kad pengenalan diri ini.
Penjelasan melalui kronologi dibawah ini mampu menerangkan bagaimana N Surendran boleh memetik angka 300,000 ini dari langit ...
25 APRIL 2012
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran, berkata sikap itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 300,000 kaum India hanya memiliki kad pengenalan merah atau hijau atau langsung tiada dokumen pengenalan diri. “Ini krisis besar. Kerajaan tahun lepas mengadakan kempen ‘My Daftar’. Kita anggarkan 300,000 kaum India masih menghadapi masalah ini. “Kita terkejut. Berdasarkan analisis, ini kecuaian kerajaan Umno BN kerana banyak komuniti India tiada dokumen dan memiliki kad pengenalan merah,” katanya. - KEADILANDAILY
Cukup penting untuk memahami bagaimana N Surendran mengakui telah melakukan analisis yang dianggarkan 300,000 kaum India masih menghadapi masalah tidak mempunyai kad pengenalan diri, atau kad pengenalan merah, atau kad pengenalan hijau.
Apabila beliau mengakui melakukan analisis terhadap angka 300,000, bermakna beliau telah mempunyai bukti dan dokumen yang cukup untuk diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mahupun kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk diambil tindakan.
Seperti sudah dirancang perjalanan membangkitkan isu 300,000 kaum India yang didakwa tidak mempunyai kad pengenalan diri.
Satu isu baru dibangkitkan untuk mengukuhkan lagi dakwaan 3000,000 kaum India yang didakwa tidak mempunyai kad pengenalan diri.
26 APRIL 2012
Isu mengenai kad pengenalan semakin hangat dimainkan pembangkang apabila seorang pelajar, B Reshina, Chong Hwa Secondary School Gombak, yang gagal menduduki peperiksaan SPM gara-gara tidak mempunyai MyKad.
Reshina (picture right) was one of the many Indians in the country who are stateless because the National Registration Department (NRD) has refused to grant citizenship for vague reasons. She together with several other families were brought to the PKR headquarters here today to relate their ordeal as stateless Indians. Speaking on Reshina’s behalf, her sister, Gowre, 24, said two weeks ago, Reshina’s school in Gombak, Chong Hwa Secondary School, stopped her from schooling after receiving instruction from the state education department. “The state education department should not have stopped my sister from going to school as she is preparing for the SPM,” she said. - FREE MALAYSIA TODAY.
27 APRIL 2012
B Reshina can go back to school on Monday, even without a blue MyCard, according to a member of the Cabinet Committee for Indians Affairs, N Siva Subramaniam. Commenting on a FMT article about the 17-year-old’s plight, Siva said no one stopped her from going to school. However, an official of Gombak’s Chong Hwa Chinese Secondary School confirmed today that the school, acting on instruction from the Gombak District Education Department, had told her to stay away until she had secured her blue MyKad or received permission from the department to attend classes as a foreign national. - FREE MALAYSIA TODAY.
Nyata dalam kes ini, ibubapa dan keluarga B Reshina perlu bertanggungjawab sepenuhnya mengapa pelajar ini yang disekat dari menduduki SPM.
Cukup pelik ... memandangkan pelajar yang sudah berumur 17 tahun masih lagi belum mempunyai MyKad. Apa yang berlaku sepanjang pelajar ini meneruskan pembelajaran dari peringkat rendah sehingga ke peringkat menengah. Tidakkah ibubapa mahupun keluarga B Reshina ini mahu mendapatkan MyKad bagi pelajar ini.
Jangan salahkan kerajaan jika ibubapa dan keluarga yang gagal mendapatkan MyKad untuk pelajar ini.
3 MEI 2012
Seperti yang telah diperjelaskan di atas. Hanya selepas sehari N Surendran membangkitkan isu 300,000 kaum India yang didakwa tidak mempunyai kad pengenalan diri dan sebagainya ... timbul pula isu pelajar bernama B Reshina, Chong Hwa Secondary School Gombak, yang gagal menduduki peperiksaan SPM gara-gara tidak mempunyai MyKad.
Kebetulan ??? ...
PKR dan N Surendran mempergunakan pelajar bernama B Reshina ini untuk melakukan kekacauan dan provokasi di luar Pejabat Perdana Menteri
PKR vice-president N Surendran has come under fire for dimissing the need for the party to hold an internal probe regarding the MyKad brawl outside the Prime Minister’s Office. Expressing sadness over the bloodshed, MIC welfare and social bureau deputy chairman R Ramanan told Surendran that it took two hands to clap. Ramanan also reminded Surendran that MIC had asked the latter to bring forward the alleged 300,000 stateless Indians so that both parties could work together to resolve the problem. “Instead of doing so, you are using one innocent girl to cause mischief,” he said, referring to 17-year-old student B Reshina. “Why bring one girl? Where are the other 299,999 Indians that you were talking about?” he asked. - FREE MALAYSIA TODAY.
Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial MIC, R Ramanan mempertikaikan tindakan N Surendran yang hanya membawa seorang pelajar B Reshina di bawa ke Pejabat Perdana Menteri.
Hanya seorang daripada 300,000 kaum India yang didakwa tidak mempunyai kad pengenalan diri dibawa ke Pejabat Perdana Menteri untuk melakukan provokasi dan kekecohan.
Mana lagi 299,999 kaum India yang didakwa tidak mempunyai kad pengenalan diri ? ...
12 MEI 2012
Anwar Ibrahim nampak isu ini boleh memberikan impak besar dalam menarik sokongan dan undi dari kaum India. Angka 300,000 hanyalah sekadar petikan dari N surendran, namun isu ini perlu diperbesarkan bagi menimbulkan panik dan kebencian terhadap kerajaan.
Anwar Ibrahim tahu sokongan dan undi dari kaum India semakin beralih terhadap Barisan Nasional. Satu pembohongan besar perlu dilakukan bagi memberikan impak terhadap angka 300,0000 ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan isu 300,000 kaum India tiada kad pengenalan, selesai jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya. Beliau berkata, masalah tiada kad pengenalan membabitkan kaum India tidak harus berlaku lebih-lebih lagi selepas 54 tahun negara merdeka. “Orang India ini siapa? Mereka sahabat kita, keluarga kita, bukan pekerja asing. Mereka rakyat Malaysia yang dinafi hak. “Anak kita bersekolah sampai tingkatan 5, tiada kad pengenalan? Kalau setahun lepas merdeka, boleh maafkan, ini sudah 54 tahun,” katanya. - KEADILANDAILY
Anwar Ibrahim telah memberikan lampu hijau kepada N Surendran untuk terus mempergunakan isu dan angka 300,000 ini.
Perancangan perlu teliti agar tidak menampakkan kesan isu ini dibuat-buat demi meyakinkan masyarakat berketurunan India.
Namun begitu masalah paling besar bagi N Surendran, bagaimana mahu mendapatkan angka 300,000 atau 299,999 kaum India dalam perhimpunan 'Duduk dan Bantah' pada 12 Disember 2012.
12 DISEMBER 2012
Perkara yang sama berlaku sewaktu 3 Mei 2012. Bawa masyarakat berketurunan India ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk melakukan kekecohan dan impak terhadap angka 300,000.
Kira-kira 300 orang peserta demostrasi Duduk dan Bantah 12.12.12 hadir ke bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini. Mereka hadir bersama beberapa pemimpin parti pembangkang bagi menuntut hak kewarganegara tetap. Menurut laporan daripada pihak pembangkang, seramai 300 ribu masyarakat India dalam negara ini tidak mempunyai kad pengenalan biru. Pada Mesyuarat Agung Tahunan MIC ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menafikan dakwaan pembangkang yang sengaja untuk mempengaruhi rakyat untuk membenci kerajaan. "Saya periksa tadi dan tanya sekali lagi dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengenai dakwaan itu. Hanya ada 9,000 sahaja. "Sebanyak 4,500 sudah selesai dengan kerakyatan telah diberi...2,000 permohonan sedang diproses. Bakinya sudah kita bagi kad pengenalan dan sijil. - KLPOS
Dan hari ini ... Naib Presiden MIC Datuk SK Devamany berkata beliau sedia meletak jawatan jika pakatan pembangkang dapat membuktikan dakwaan 300,000 masyarakat India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri.
Persoalan paling menarik dan perlu dijawab N Surendran. GWM paparkan kembali pengakuan N Surendran pada 25 April 2012.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran, berkata sikap itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 300,000 kaum India hanya memiliki kad pengenalan merah atau hijau atau langsung tiada dokumen pengenalan diri. “Ini krisis besar. Kerajaan tahun lepas mengadakan kempen ‘My Daftar’. Kita anggarkan 300,000 kaum India masih menghadapi masalah ini. “Kita terkejut. Berdasarkan analisis, ini kecuaian kerajaan Umno BN kerana banyak komuniti India tiada dokumen dan memiliki kad pengenalan merah,” katanya. - KEADILANDAILY
Apabila N Surendran mengakui beliau telah melakukan analisis terhadap angka 300,000 bermakna beliau telah mempunyai bahan bukti dan dokumen yang dijadikan sandaran serta cukup untuk mengukuhkan lagi dakwaannya memang terdapat angka 300,000 dan perlu diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mahupun kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk diambil tindakan.
Dei tambi ... mana dia bukti dan dokumen 300,000 kaum India tiada kad pengenalan. Jangan kasi malu sama orang India ...
Dei tambi ... jangan kasi Anwar Ibrahim hantam sama you lagi ...
Video Bonus ...
No comments:
Post a Comment