Thursday, November 1, 2012

AIB, MALU BESAR ... Anwar Ibrahim DIBOGELKAN Khairy Jamaluddin

Berang dengan persoalan tersebut Anwar dengan nada yang tinggi kemudian berterusan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu tetapi tidak cuba untuk menjawab kepada pertanyaan Khairy Jamaluddin

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'naik angin' apabila disoal mengapa beliau selaku penasihat ekonomi, tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam syarikat penjana elektrik bebas (IPP) jika benar pembangkang tidak bersekongkol syarikat judi.

Sedangkan sebelum itu beliau begitu galak menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan budaya kronisme selain turut menyokong syarikat judi apabila menganugerahkan kontrak kepada anak syarikat Genting yang terlibat dengan industri IPP, iaitu Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. (Genting Sanyen).

Bagaimanapun apabila Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) bangkit mempersoal jika benar Anwar menentang syarikat judi sebagaimana didakwanya, mengapa beliau selaku Penasihat Ekonomi Selangor tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus 25 peratus saham PKNS dalam Genting Sanyen, nada ketua pembangkang itu mula berubah.

"Dalam kes Genting Sanyen ini, Yang Berhormat penasihat ekonomi, Bukankah PKNS ada saham berjumlah 25 peratus dalam Genting Sanyen. Dakwa kroni dan sebagainya tetapi pembangkang sendiri bersubahat dengan syarikat judi tersebut. Benar perjanjian ini dibuat semasa kerajaan negeri dulu tapi kenapa tidak jual sahaja saham.

"Kerajaan Negeri Selangor di bawah parti Yang Berhormat (Parti Keadilan Rakyat) sudah empat tahun memerintah tetapi tiada sebarang usaha untuk berbuat sesuatu termasuk menjual saham itu jika benar menolak syarikat judi. Kenapa tidak berbuat apa-apa? Bagi saya ini contoh yang sudah terang lagi bersuluh mengenai pembangkang ini.

"Cakap pasal IPP tetapi menjadi pemilik dan berkongsi saham dengan syarikat judi, kalau benar menentang kenapa bersubahat dengan syarikat judi, kenapa penasihat ekonomi negeri tidak menasihat Menteri Besar supaya mengambil tindakan melupuskan saham tersebut," katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa, di Dewan Rakyat hari ini.

Berang dengan persoalan tersebut Anwar dengan nada yang tinggi kemudian berterusan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu tetapi tidak cuba untuk menjawab kepada pertanyaan Khairy menyebabkan beberapa ahli Parlimen BN mula mempersoal sehingga beliau kemudian meletakkan beban itu kepada pengurusan PKNS.

"Saya dimaklumkan oleh Menteri Besar ada usaha penjualan tetapi kemudian syarikat memberi nasihat tidak harus dijual tetapi soalnya sekarang ini isu apa? " kata Anwar sambil cuba mengalih persoalan yang dibangkit Khairy.

Melihat Anwar terperangkap dengan persoalan itu, Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) tampil membantu dengan memberi alasan, penjualan saham PKNS dalam syarikat Genting Sanyen itu tidak dapat dilakukan kerana Kerajaan Negeri PKR Selangor enggan menjual kepada kroni.

"Takkan kita nak jual pada kroni. Buat benda buruk tidak akan menjadi baik. Kalau nak jual kita akan jual kepada syarikat milik kerajaan (GLC), kalau biarkan kroni, kita melanggar prinsip kita," katanya tetapi apabila Khairy meminta agar didedah bukti jika benar ada usaha tersebut, Khalid sekadar menjawab ini ruang perbahasan beliau.

Dalam pada itu, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang turut mengambil bahagian pada sesi perbahasan selepas itu berkata, beliau tidak berminat untuk ambil peduli mengenai dakwaan Anwar terutama dalam isu kronisme dan rasuah kerana dakwanya semasa menjawat Menteri Kewangan, ketua pembangkang itu sendiri didakwa mengaut sejumlah RM3 bilion.

"Ini bukan dakwaan semata-mata tetapi diakui sendiri dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid. Siapa pengerusi syarikat IOI sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan jika bukan bapanya?

"Ini contoh cakap tidak serupa bikin dan pada saya apa yang Anwar cakap itu semua busuk. Kita kena nilai seseorang yang nak bercakap dalam aspek kroni dan rasuah adakah memiliki ketelusan tetapi kementerian tetap perlu menjelaskan perkara ini kerana jika tidak pembangkang akan memutar belit demi kepentingan politik mereka," katanya.

4 comments:

  1. Muka pun macam syaitan

    ReplyDelete
  2. aa muka da xda seri mcm penyangak da

    ReplyDelete
  3. kau tu yang bapak kroni sebenar nya ingat rakyat bodo mcm kau ke ? dulu umno pati yg berjuang ikhlas tuk rakyat tapi sejak kau masuk umno dulu kau lah org yang mengajar budaya kroni dan bapak rasuah...poodaa kau tak malu ke?? nak cakap pasal kroni dan rasuah ??? haa??? M U N A F I K !!!

    ReplyDelete
  4. inilah perosak bangsa melayu, kerana kepentingan peribadi nk jadi PM,,cuba renongkn kembali apa tindakan Musa Hitam (bekas TPM) serupakah tindakan beliau dgn sekor berok makyea ni? Kesian mereka yg dah mkn tahi al-jubrinya...

    ReplyDelete