Wednesday, October 31, 2012

Nasib Peniaga PKNS BUKAN TANGGUNJAWAB Saya - Khalid Ibrahim


Sekumpulan para peniaga menggesa agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi penjelasan lanjut berhubung kenaikan sewa premis perniagaan yang masih tiada noktah, dilalui mereka sejak awal tahun ini.

Gesaan itu dibuat mewakili kira-kira 300 peniaga yang turut menyatakan kebimbangan berhubung nasib mereka yang masih menjalankan perniagaan di Kompleks PKNS Shah Alam.

Yang Dipertua Persatuan Peniaga PKNS, Amran Yahya berkata kebimbangan mereka disuarakan memandangkan pihak PKNS sendiri tiada inisiatif untuk memberi penerangan lanjut mengenai hala tuju syarikat tersebut.

Katanya, tindakan itu secara tidak langsung memberi kesan kepada para peniaga memandangkan kadar sewa tapak di kompleks tersebut masih belum dimuktamadkan.

Sehingga kini seramai 300 peniaga Bumiputera tersebut masih membayar kadar sewa lama yang mengikut saiz tapak iaitu dari RM750 sehingga RM10,000 sebulan.

Malah tindakan PKNS yang ingin menjalankan ‘corporate exercise’ turut menimbulkan tanda tanya serta kebimbangan mereka.

“Mereka masih mahu menjalankan ‘corporate exercise’ tetapi kami juga mahu tahu hala tuju sebenar PKNS. Kami tidak mahu perkara ini diselindungkan. Kami berhak tahu bagaimana hala tuju PKNS ini.

“Awal tahun lalu kata nak naik sewa 100 peratus. Mereka (pihak PKNS) kata akan bagi kata dua. Namun kami tidak tahu apa masalah sehingga sekarang kadar sewa baru itu tidak diumum,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Amran, sehingga kini seramai 300 peniaga Bumiputera tersebut masih membayar kadar sewa lama yang mengikut saiz tapak iaitu dari RM750 sehingga RM10,000 sebulan.

Ujarnya lagi, majoriti para peniaga masih terikat dengan perjanjian lama dan sehingga kini tidak mengetahui nasib mereka.

Adalah dimaklumkan bahawa tiga (3) buah bangunan komersil PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Menara PKNS di Petaling Jaya adalah dalam proses pengambilalihan oleh Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT)

Pada Februari lalu PKNS bersetuju menangguhkan kenaikan sewa premis terbabit selepas peniaga menarik balik saman serta mengenepikan perintah injunksi terhadap perbadanan berkenaan.

Namun semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PKNS perlu menstruktur semula asetnya bagi menampung perluasan operasinya.

Namun menurutnya langkah itu perlu dilakukan dalam usaha menjadikan PKNS sebagai syarikat hartanah terbesar di negara ini.


sumber : FREE MALAYSIA TODAY

1 comment:

  1. Nasib Peniaga KLCC tanggungjawab UMNO:-

    Hebatnya diskriminasi oleh Mgmt Cina dan Australia di Suria KLCC. Mereka nak tambah lagi 80 kedai dan bagi kpd peniaga2 asing.

    Baca dinturtle.blogspot.com

    ReplyDelete