Wednesday, October 31, 2012

Mengapa TOKONG Guan Eng SENYAP Isu LUPUS HUTANG RM 600 Juta


Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menegaskan laporan kewangan Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2011 bagi negeri Pulau Pinang dipercayai adalah bukan jumlah yang sebenar.

"Dakwaan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini yang mengatakan bahawa hutang negeri itu turun kepada kepada RM600 juta adalah tidak tepat kerana jumlah RM600 juta adalah hutang yang dipindahkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk urusan berkaitan bekalan air di sana," jelasnya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Lobi Parlimen disini, semalam. - KLPOS, 31 Oktober 2012



Agak menghairankan mengapa Tokong Lim Guan Eng senyap sunyi apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Pulau Pinang dikeluarkan untuk tatapan umum. Hanya pencacai dan penjilat tegar DAP yang banyak mewar-warkan hutang ini turun dengan banyak.

Tidak seperti sebelumnya, Cocky Arrogant Tokong ini begitu gah kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang cukup hebat dalam mengurus kewangan negeri itu sejak dari tahun 2008.

Mulut longkang Guan Eng akhirnya pecah mengeluarkan bau busuk apabila kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya melakukan pembohongan kononnya hutang kerajaan negeri susut dari RM 655 juta kepada RM 6 juta.


Penurunan hutang ini adalah disebabkan pada tahun 2011 pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Pada tahun 2011, proses migrasi dan penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air Negara telah dilaksanakan yang melibatkan 4 pihak, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).



Barangkali juga penyokong pembangkang mulai bising dan menuduh Jabatan Audit Negara cuba mencari kesilapan dan berbohong mengenai pengurangan hutang kerajaan DAPigs Pulau Pinang.

Manakan tidak ...

Kerana sebelum ini Tokong Cina ini begitu gah mendabik dada mengatakan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah DAPigs berkurangan kepada 95 peratus.


GEORGE TOWN, Oct 26 – Penang has sliced RM600 million or 95 per cent of the state’s debt since the Pakatan Rakyat took over the state in March 2008, Chief Minister Lim Guan Eng said today.

The first-term chief minister pointed out the state debt stood at RM29.66 million as of last month compared to the massive RM630.13 million four years earlier. Guan Eng (picture) also said Penang’s Budget 2012 will be a surplus even as it is expected to undergo a deficit of RM107.78 million because the state has regained RM1.13 billion in reserves as at end of last year.

With such glowing figures in the black, the Johor-born DAP leader could not help but point to his political foes helming Putrajaya which saw the national debt grow as much as RM190 billion or 71 per cent within the same period. The federal government’s debt rose to RM456 billion this year from RM266 billion at end 2008, Lim said.

Siapa berbohong sebenarnya ...



Namun disebalik pembohongan Cocky Arrogant Tokong mengenai pengurangan hutang kerajaan negeri DAP ... rakyat tidak nampak betapa besarnya jiwa kerajaan pusat menolong sesebuah kerajaan negeri tanpa mengira fahaman politik.


Lim said the Cabinet approved the restructuring and migration exercise subject to several terms and conditions:

1) The state’s outstanding loan of RM655.24 million from the federal government will be interest-free and rationalised by alienating state land-related water assets to PAAB for a period 45 years. PAAB will lease back the water assets to PBAPP for 45 years and PBAPP shall pay PAAB a yearly lease of RM 14.56 million. Upon settlement of the lease at the end of 45 years, the state land will automatically revert to the state;

2) The funding for the Mengkuang Dam expansion project of RM1.2 billion will be given as a grant by the federal government; and

3) Any revision or variation in water tariffs must obtain the approval and consent of the Penang government.

“The RM1.2 billion has also been converted to a grant instead of an interest-free loan that must be repaid by the state government ...

“Penang shall depend on the promise of the federal government that both the state and PBAPP will not have to depend on funding and loans from financial institutions in the years to come with this restructuring exercise,” he said.



Sudahlah pinjaman RM 655.24 juta dari kerajaan pusat tidak dikenakan sebarang faedah ... pinjaman RM 1.2 bilion untuk membangunkan empangan Mengkuang juga ditukar kepada geran oleh kerajaan pusat.

Mengapa agaknya maklumat ini tidak disebarkan kepada rakyat Pulau Pinang agar tahu kerajaan pusat BN tidak pernah menganaktirikan mana-mana kerajaan negeri sekalipun ditadbir oleh pembangkang.

Mengapa Cocky Arrogant Tokong ini senyap sunyi dalam isu pelupusan hutang sebanyak ini ...


Nasib Peniaga PKNS BUKAN TANGGUNJAWAB Saya - Khalid Ibrahim


Sekumpulan para peniaga menggesa agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi penjelasan lanjut berhubung kenaikan sewa premis perniagaan yang masih tiada noktah, dilalui mereka sejak awal tahun ini.

Gesaan itu dibuat mewakili kira-kira 300 peniaga yang turut menyatakan kebimbangan berhubung nasib mereka yang masih menjalankan perniagaan di Kompleks PKNS Shah Alam.

Yang Dipertua Persatuan Peniaga PKNS, Amran Yahya berkata kebimbangan mereka disuarakan memandangkan pihak PKNS sendiri tiada inisiatif untuk memberi penerangan lanjut mengenai hala tuju syarikat tersebut.

Katanya, tindakan itu secara tidak langsung memberi kesan kepada para peniaga memandangkan kadar sewa tapak di kompleks tersebut masih belum dimuktamadkan.

Sehingga kini seramai 300 peniaga Bumiputera tersebut masih membayar kadar sewa lama yang mengikut saiz tapak iaitu dari RM750 sehingga RM10,000 sebulan.

Malah tindakan PKNS yang ingin menjalankan ‘corporate exercise’ turut menimbulkan tanda tanya serta kebimbangan mereka.

“Mereka masih mahu menjalankan ‘corporate exercise’ tetapi kami juga mahu tahu hala tuju sebenar PKNS. Kami tidak mahu perkara ini diselindungkan. Kami berhak tahu bagaimana hala tuju PKNS ini.

“Awal tahun lalu kata nak naik sewa 100 peratus. Mereka (pihak PKNS) kata akan bagi kata dua. Namun kami tidak tahu apa masalah sehingga sekarang kadar sewa baru itu tidak diumum,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Amran, sehingga kini seramai 300 peniaga Bumiputera tersebut masih membayar kadar sewa lama yang mengikut saiz tapak iaitu dari RM750 sehingga RM10,000 sebulan.

Ujarnya lagi, majoriti para peniaga masih terikat dengan perjanjian lama dan sehingga kini tidak mengetahui nasib mereka.

Adalah dimaklumkan bahawa tiga (3) buah bangunan komersil PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Menara PKNS di Petaling Jaya adalah dalam proses pengambilalihan oleh Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT)

Pada Februari lalu PKNS bersetuju menangguhkan kenaikan sewa premis terbabit selepas peniaga menarik balik saman serta mengenepikan perintah injunksi terhadap perbadanan berkenaan.

Namun semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PKNS perlu menstruktur semula asetnya bagi menampung perluasan operasinya.

Namun menurutnya langkah itu perlu dilakukan dalam usaha menjadikan PKNS sebagai syarikat hartanah terbesar di negara ini.


sumber : FREE MALAYSIA TODAY

Planning Approval vs Development Order ... Ronnie BUNUH KARIER Khalid Isu Kondo Batu Caves


Musykil sama ada Exco Selangor Ronnie Liu bodoh bengap atau sememangnya teramat cerdik apabila cuba menjadi jagoan isu pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves.

Gayanya seperti mahu tanam Khalid Ibrahim hidup-hidup di Selangor.



Zainal Abidin berkata Kebenaran Merancang yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada segala pembinaan yang diberikan oleh mana-mana pihak majlis - Malaysian Insider, 30 Oktober 2012

Seperti tulisan rakan blogger THE UNSPINNERS, tidak perlu lakukan kerja bodoh untuk menyelamatkan ponggong Khalid Ibrahim.

Barangkali menyangka rakyat boleh dipermainkan dengan terma perkataan Kebenaran Merancang (Planning Approval), maka kesalahan bulat-bulat diletakkan kepada BN sebagai kunci kepada segala pembinaan.


Mengapa tidak disebutkan mengenai Perintah Pembangunan (Development Order - DO) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan?

Kebenaran Merancang (Planning Approval) hanya memberi kebenaran untuk tuanpunya tanah atau hartanah memulakan perancangan.

Kebenaran Merancang (Planning Approval) bukan kelulusan mulakan binaan atau pembangunan.

Jawatankuasa Majlis Perbandaran Selayang akan mengadakan mesyuarat sebelum mengeluarkan Perintah Pembangunan (Development Order) bagi pembangunan dan pembinaan bermula.

Perintah Pembangunan (Development Order) ini dikeluarkan sewaktu Pakatan Rakyat menguasai Selangor.

Dan ini yang tidak disebutkan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin ... Perintah Pembangunan (Development Order).



Atas dasar itu, Karpal Singh tampak lebih rasional dalam menghentikan kebodohan Pakatan Rakyat dan Ronnie Liu ... yang nyata tembak diri sendiri.

Ahli parlimen Jelutong itu turut menggesa kedua-dua pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk menghentikan plemik politik serta menyalahkan satu sama lain dan siapa yang bertanggungjawab meluluskan projek pembinaan kondominium itu - KLPOS, 30 Oktober 2012.



Kerana itulah Khalid Ibrahim dengan pantas mengeluarkan kenyataan untuk menutup kebodohan Ronnie Liu dan Pakatan Rakyat yang mahu terus menerus bermain dengan isu pembinaan kondominium ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebuah jawatankuasa bertindak bebas akan dibentuk esok untuk menyelesaikan masalah itu. Beliau berkata, ahli jawatankuasa itu akan dilantik oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. - KLPOS, 30 Oktober 2012.



Mengapa perlu projek kondominium ini dihentikan buat sementara waktu? 

Perlu apa ditubuhkan satu jawatankuasa bertindak bebas ... melainkan sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, Perintah Pembangunan (Development Order) ini dikeluarkan ...

Bukankah Khalid Boleh mengarahkan projek kondominium dihentikan terus dengan satu surat dari pejabat Menteri Besar ...



SEPAKAT ... Anwar Sekadar Jadi PM 2 Tahun Sahaja - Hadi Awang


Kata orang politik itu kotor ... Kata-kata ini mungkin benar tetapi kurang tepat kerana yang kotor adalah orang-orang politik dan bukan politik.

Namun, bagi Pakatan Rakyat, jangankan orang-orang politiknya kotor diselaputi berbagai skandal tetapi strategi politiknya juga kotor.

Semua orang tahu bahawa antara PKR, DAP dan PAS tidak ada titik persamaan dan untuk mereka bergabung di dalam satu pakatan merupakan sesuatu yang pelik atau ‘taboo’.

Bagi ketiga-tiga mereka untuk bekerjasama dalam ertikata sebenar sebenarnya amatlah mustahil tetapi itulah yang mereka serlahkan kepada rakyat, iaitu kononnya mereka bekerjasama untuk memperjuangkan rakyat.

Harakah, 14 September 1990

Mengenali DAP yang diterajui Dinasti Lim, sifat kiasu semulajadi mereka tidak memungkinkan mereka menerima sesiapa sebagai pemimpin mengatasi kedudukan mereka.

Begitu juga dengan PAS yang kononnya memperjuangkan kepimpinan Ulama dan Negara Islam, mana mungkin menerima orang lain di luar kelompok mereka sebagai Ketua.

Tetapi, DAP dan PAS telah menerima Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka dan sekali gus bakal Perdana Menteri atau lebih tepat Presiden, jika mengambilkira perjuangan PR untuk menubuhkan Republik. Tentunya, ini adalah pelik.

Lebih pelik lagi jika kita melihat kepada sejarah hubungan Anwar dengan PAS dan DAP.

Dalam tahun 1997, iaitu apabila kegemaran luar-tabiee dan salahlaku Anwar mula terhidu oleh orang luar, Mat Sabu mengambil langkah awal mendedahkannya di dalam wawancara dengan Majalah Tamadun.



Mat Sabu jugalah yang merekacipta gelaran manja ‘Aljuburi’ untuk Anwar. Di dalam wawancara itu, Mat Sabu membelasah UMNO kerana mempunyai pemimpin yang begitu kotor sekali seperti Anwar Ibrahim.

Dalam tahun yang sama, Karpal Singh telah mengambil langkah lebih jauh dengan membawa isu salahlaku dan luar-tabie Anwar ke parlimen. Bukti ini boleh didapati dengan mudah melalui rekod Hansard Parlimen.

Karpal Singh mempersoalkan kerajaan kerana membiarkan manusia yang begitu kotor sekali menjadi pemimpin. Beliau juga mendedahkan yang DAP mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa mereka itu.

Apabila Anwar akhirnya dipecat kerana kesalahan yang terlebih dahulu dihidu PAS dan DAP tersebut, tidak semena-mena Karpal Singh telah bertindak membela Anwar habis-habisan.


Tentu sekali, segala bukti yang dimiliki mengenai kesalahan Anwar seperti yang didakwanya disimpan baik-baik. Dan bukti ini pastinya masih ada di tangan Karpal dan DAP.

Dengan pengetahuan dan bukti yang dimiliki oleh DAP dan PAS mengenai Anwar, tindakan mereka menerima Anwar sebagai ketua membuktikan yang mereka mempunyai agenda tersendiri atau berasingan dalam memastikan kekuasaan parti masing-masing sekiranya PR memerintah.

Dari sumber-sumber dalaman yang diperolehi, dimaklumkan bahawa DAP dan PAS telah membuat perjanjian lisan di antara beberapa pemimpin tertinggi kedua-dua parti mengenai Anwar.

Menurut sumber tersebut, kedua-dua parti bersetuju dalam keadaan terpaksa menerima Anwar kerana tiada calon lain yang boleh ditonjolkan sebagai ‘orang tengah’ yang berwibawa untuk mewakili sebuah pakatan yang bertentangan dalam prinsip perjuangan.



Anwar yang mempunyai sejarah Islamik radikal dan kemudiannya berubah menjadi liberal dan plural adalah yang paling sesuai untuk duduk di tengah-tengah antara Islam ekstrem dan kafir harbi.

Namun, kedua-dua PAS dan DAP juga tidak senang membiarkan Anwar terus menjadi ketua mereka.

Justeru, mereka sepakat bahawa Anwar hanya akan memegang jawatan untuk seketika, sementara keadaan stabil dan rakyat mampu menerima cara pentadbiran PR.

Dengan cara ini juga, PAS dan DAP boleh mengkambing-hitamkan Anwar sekiranya kerajaan PR dikecam dan diragui rakyat.

Ini juga akan membantu menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar serta memudahkan mereka menendang Anwar keluar.



Sebagai menyediakan alasan rasmi untuk menyingkirkan Anwar, mereka akan membangkitkan kembali semua isu skandal seks Anwar dengan mendedahkan bukti-bukti baru yang selama ini disimpan.

Pada ketika ini juga, pemimpin DAP dan PAS akan memberi kenyataan bahawa mereka percaya yang video seks Anwar-Chinadoll adalah sahih.

Sumber juga berkata bahawa dalam masa 2 tahun, paling lewat, Anwar akan disumbat kembali ke penjara oleh PAS dan DAP. Ini adalah perjanjian lisan yang dibuat antara PAS dan DAP.

Namun, sama ada mereka mampu mempercayai sesama sendiri adalah cerita lain sama sekali.



Ini kerana DAP mempunyai lebih persamaan dengan Anwar berdasarkan 4 perjuangan asas parti itu iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja, menghapuskan Rejimen Askar Melayu DiRaja, menghapuskan hak istimewa Melayu dan menjadikan Malaysia Negara Sekular.

Sedangkan PAS pula ingin mengekalkan apa yang ada dan hanya menambah ‘dos’ agama iaitu melaksanakan hudud dan meningkatkan perlaksanaan undang-undang Islam dan cara hidup Islam yang bertentangan dengan DAP.

DAP dan PAS kedua-duanya percaya yang mereka boleh mencapai segala matlamat mereka tanpa Anwar. Tetapi, mampukah mereka mencapai matlamat tersebut secara bersama?



Salah satu parti akan terpaksa mengalah juga akhirnya dan kita sudah dapat menjangkakan bahawa yang akan kalah adalah PAS walaupun majoriti rakyat negara ini adalah Melayu.

Ini kerana pemimpin PAS telah terbukti terlalu lemah dan tidak mampu melawan DAP. Lebih buruk lagi, apabila PAS sendiri sudah dikuasai Anwarinas yang prinsipnya lebih cenderung menyerupai DAP berbanding PAS.

Kumpulan ini juga pasti akan menimbulkan masalah jika perjanjian lisan PAS-DAP dilaksanakan.

Justeru, apa yang kita lihat ialah negara bakal bergoyah apabila PR memerintah.

Dengan Dinasti Lim menggenggam kuat takhta melaksanakan agenda DAP dengan licik dan pantas sementara PAS terkial-kial merebut takhta cuba menghalang mereka, manakala Anwar pula menggunakan sepenuhnya pengaruhnya di barat untuk menepis tendangan mereka.
 

Perebutan dan pergolakan ini akan mempengaruhi penyokong masing-masing, lalu merebak membangkitkan kemarahan rakyat keseluruhan apabila negara semakin tidak terurus.

Pada ketika itu, campurtangan asing dan sang kiasu DAP naik tocang lalu mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Melayu adalah sesuatu yang pasti akan berlaku.

Saturday, October 27, 2012

Siapa Sebenarnya Lacurkan Hukum Hudud - Dr Mahathir

http://www.loyarburok.com/wp-content/uploads/2011/07/tun-dr-mahathir-as-pm.jpg
Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Kelantan pada 5 April 1993 telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan setelah diluluskan.



Ibrahim Ali menunjukkan dokumen-dokumen Lajnah Undang-Undang dan Guaman PAS Pusat yang memutuskan sejak dari 9 Oktober 1994, Hukum Hudud adalah undang-undang yang sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.













Ringkasan kemunafikan PAS ...

5 April 1993 - Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAs Kelantan telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan.

25 November 1993 - Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Hukum Hudud namun masih belum diwartakan.

9 Oktober 1994 - Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat telah memutuskan Hukum Hudud adakah satu undang-undang yang sah dan boleh dikuatkuasakan dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak bersungguh-sunguh mahu melaksanakan khususnya dalam bidang perundangan.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak pernah membuat permintaan kepada PAs Pusat untuk mendapatkan pandangan dalam Hukum Hudud.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tudak pernah mengemukakan rangka atau 'blue print' ke arah perlaksanaan syariat.

18 April 1998 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong persoal mengapa kerajaan Kelantan belum melaksanakan Hukum Hudud sedangkan mampu dan berkuasa melaksanakannya.




Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Kelantan pada 5 April 1993 telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan setelah diluluskan.


Friday, October 26, 2012

PAS MUNAFIK ... HUDUD Tidak Pernah DIWARTAKAN Sejak 1993 - Wan Mutalib Embong

Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Kelantan pada 5 April 1993 telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan setelah diluluskan.



Ibrahim Ali menunjukkan dokumen-dokumen Lajnah Undang-Undang dan Guaman PAS Pusat yang memutuskan sejak dari 9 Oktober 1994, Hukum Hudud adalah undang-undang yang sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.













Ringkasan kemunafikan PAS ...

5 April 1993 - Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAs Kelantan telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan.

25 November 1993 - Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Hukum Hudud namun masih belum diwartakan.

9 Oktober 1994 - Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat telah memutuskan Hukum Hudud adakah satu undang-undang yang sah dan boleh dikuatkuasakan dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak bersungguh-sunguh mahu melaksanakan khususnya dalam bidang perundangan.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak pernah membuat permintaan kepada PAs Pusat untuk mendapatkan pandangan dalam Hukum Hudud.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tudak pernah mengemukakan rangka atau 'blue print' ke arah perlaksanaan syariat.

18 April 1998 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong persoal mengapa kerajaan Kelantan belum melaksanakan Hukum Hudud sedangkan mampu dan berkuasa melaksanakannya.



Mengapa PAS begitu munafik dan berbohong kepada umat Islam di Malaysia malah kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan Pusat yang menghalang perlaksanaan Hukum Hudud ?

Selama 20 tahun PAS berbohong mengenai perlaksanaan Hukum Hudud.

Apa maksud PAS sebenarnya, Parti Islam Semalaysia atau Parti Anutan Syaitan?

Hanya Syaitan sahaja yang sentiasa menghasut untuk berbohong dan mengadu domba sesama umat Islam ...



Thursday, October 25, 2012

Sejarah Tercipta ... Tiga FIRAUN Ditemui Di MALAYSIA

Tiga artifak FIRAUN Alaf Baru Ditemui di Lembah Klang

Di kalangan rakan-rakan pimpinan PKR mula merasakan tidak ada ruang untuk mengkritik Anwar di dalam parti.

Kebanyakan lubang ditutup supaya Anwar akan terus kelihatan sebagai seorang yang maksum dan tidak mempunyai kelemahan.

Antara isu terbaru yang diperkatakan dalam PKR adalah keistimewaan yang diberikan kepada Anwar & Keluarga.

Kesungguhan Anwar untuk mengetengahkan anaknya yang lain, selain Izzah di dalam politik mengundang macam-macam pandangan.

Apakah PKR ini mengenai Anwar & Keluarga sahaja? Kebanyakan pemimpin PKR peringkat pertengahan boleh faham jika Anwar, Kak Wan, Izzah menjadi penting dalam PKR.

Mereka boleh faham. Tapi bila Nurul Nuha dan menantu Anwar juga mahu menjengah kedudukan dalam PKR, mereka jadi tidak seronok.

Penyakit DAP nampaknya sudah melarat dalam PKR.

Parti anak beranak. Karpal, Gobind, Dinasti Lim. Izzah, Nuha, menantu Anwar akan menjadi tokoh-tokoh baru dalam PKR menjelang PRU yang akan datang.

Soalnya, siapa yang nak persoalkan Anwar. Anwar macam dewa dalam PKR. Tak boleh disentuh. Sama macam Guan Eng dalam DAP.


sumber : GELAGAT ANWAR

Bung Mokhtar Contoh MELAYU Berpenyakit Kronik PHD - Zahrain Hashim

Isu babitkan Tan Sri Syed Mokhtar beri gambaran jelas Melayu yang tidak senang dengan kejayaan Melayu


GWM kurang pasti sama ada pemimpin UMNO Sabah ini layak untuk ditampilkan sebagai 'winnable candidate' bagi pilihanraya umum kelak.

Serangan peribadi ke atas Tan Sri Syed Mokhtar dengan dakwaan dan tuduhan memonopoli semua jenis perniagaan ini sudah cukup memenuhi kuota dan agenda DAP sejak sekian lama.

Barangkali Bung Mokhtar melihat 10 senarai tokoh jutawan di Malaysia dikuasai 90 peratus oleh orang Melayu.

Maka sewajarnya dikurangkan senarai jutawan dikalangan orang Melayu kepada 20 hingga 30 peratus.

Walhal hampir eiga dekad lamanya golongan bukan Melayu menguasai senarai 10 senarai tokoh jutawan di Malaysia dengan penguasaan hampir 90 peratus.

Dan golongan bukan Melayu ini juga ramai yang memonopoli semua jenis perniagaan di Malaysia.

Bung Mokhtar disaran agar lebih banyak menutup mulut kerana kebarangkalian besar apa yang diperkatakannya lebih menjurus kepada apa yang sering diucapkan oleh Anwar Ibrahim.

Rakyat Malaysia pun bukanlah begitu bodoh untuk melihat bagaimana Anwar Ibrahim menguasai UMNO suatu waktu dahulu dengan mendahului senarai kroni paling ramai dan amalan nepotisme ... yang dibogelkan pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 1987.

Isu babitkan Tan Sri Syed Mokhtar beri gambaran jelas Melayu yang tidak senang dengan kejayaan Melayu.

Mungkin juga ada kebarangkalian Bung Mokhtar menyalak kerana tidak mendapat sesuatu dari Tan Sri Syed Mokhtar?

Ada penyakit PhD ke Bung Mokhtar ...





Hina Hudud ... SAYA Beri LESEN Bukan Islam HINA HUDUD - Nik Aziz

Nik Aziz lupa beliau yang beri lampu hijau Hukum Hudud dihina oleh bukan Islam



Marah benar puak-puak serban dan kopiah PAS dengan kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek menyatakan sekiranya hasrat PAS mahu melaksanakan hukum hudud menjadi kenyataan ... bakal menyebabkan kira-kira 1.2 juta orang kehilangan pekerjaan.

Cukup mudah puak-puak serban dan kopiah Parti Adat & Sosialis ini meletakkan kesalahan kepada UMNO.

UMNO perlu mengambil tanggungjawab di atas keterlanjuran Chua Soi Lek ... muktamad. Haram jadah punya UMNO ...

Hakikatnya, bukan UMNO ataupun mana-mana pemimpinnya yang perlu dipersalahkan berikutan kenyataan Presiden MCA yang nyata bias.

Yang sebenarnya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat serta Presiden PAS, Hadi Awang yang perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan menanggung bebannya penghinaan bukan Islam terhadap Hukum Hudud.

Barangkali elok juga diimbas kembali pertikaian Hudud diantara PAS dengan tuan besarnya, DAP sejak sekian lama.

Nik Aziz dan Hadi Awang sebenarnya secara sedar atau sebaliknya, telah memberi 'lesen' untuk Chua Soi Lek menghina Hudud mengikut pemahamannya.

Nik Aziz yang membenarkan bukan Islam hina Hukum Hudud ...

Tanggal 12 Ogos 2009 ...

demikian kata Nik Aziz kepada pemberita di Kota Bharu semasa diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP yang seperti sengaja menghina Islam.

Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan terbuka menganggap tentangan DAP terhadap Islam bukannya satu kesalahan konon atas alasan DAP bukannya Islam.

Nik Aziz sehingga kini tidak pernah menafikan kenyataan terbuka ini, malah tidak pernah menarik kembali kenyataan terbukanya.

Segelintir pemimpin politik bukan Islam kelihatan yakin dengan lampu hijau dari Mursyidul Am PAS itu, sehinggakan kian ramai dari kalangan mereka khususnya dari DAP dengan sewenang-wenangnya mempersendakan hukum hakam Islam.

Bagaimana pula dengan kenyataan terbuka Presiden PAs, Hadi Awang ...


Dalam kenyataan tersebut yang disiarkan oleh Sinar Harian itu, Hadi berkata, penolakan DAP terhadap undang-undang Islam bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Karpal Singh serta kebanyakan ahli DAP adalah bukan Islam.

Namun apabila Chua Soi Lek mengeluarkan satu kenyataan bias mengaitkan kesan buruk pada ekonomi negara sekiranya hudud PAS dilaksanakan, kenapa pula para penyokong PAS tiba-tiba sahaja melenting?

Walhal, bukankah Nik Aziz & Hadi Awang sendiri sebelum ini secara sedar telah menghalalkan tindakan DAP untuk menghina Islam.

Jika para pemimpin DAP tidak bersalah mempertikaikan hukum hakam Islam sehingga berjaya memaksa PAS berlembut dan mengalah sebagaimana terbukti dalam beberapa mesyuarat tertinggi PR sebelum ini ... maka usahlah menyalahkan Presiden MCA apabila beliau mengambil kesempatan tersebut untuk lebih kritis terhadap hudud PAS.



Bagaimana pula dengan kenyataan terbuka beberapa pemimpin Islam sendiri dalam Pakatan Haram ini ...




Mengapa puak-puak serban dan kopiah Parti Adat & Sosialis ini tidak menghentam dan maki hamun haram jadah di atas ini ...

Untuk dimudahkan cerita ...


Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan Pas Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu.

"Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula," katanya semasa menjadi ahli panel Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

"Selama ini, kita fikirkan akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi dari perbincangan wacana tadi nampaknya tidak banyak halangan untuk kita laksanakan hudud.

"Kami akan maklumkan tindakan selanjutnya secara terperinci selepas selesai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi," katanya.


Read More, ULARMAK KUCING SENAK PAS



Siapa sebenarnya yang memberi Lesen Besar bukan Islam untuk menghina Hukum Hudud ... UMNO atau PAS?



Wednesday, October 24, 2012

Skandal Bogel ... Khalid TEWAS Di Celah KANGKANG Eli Wong

Elizabeth telah memberi amaran, jika mereka tidak mahu menyerahkan tanah tersebut, dia akan menggunakan kuasanya sebagai exco untuk meminta campur tangan Menteri Besar.




Pada Mac 2011, exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong telah bertemu dengan Yayasan Selangor dan mengarahkan yayasan itu agar menyerahkan tanah tanah seluas 18.51 ekar di Klang untuk tujuan membina pusat kebudayaan Cina.


Yayasan Selangor agak keberatan memberi tanah itu dan memberitahu Elizabeth bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian dengan Persada Istemewa Sdn Bhd untuk membangunkan tanah tersebut bagi tujuan komersial dan perumahan.


Elizabeth menjawab, dia telah berbincang perkara tersebut dengan Persada Istemewa Sdn Bhd dan mendakwa syarikat itu setuju dengan cadangannya dan bersedia untuk berkerjasama dengannya.



Elizabeth telah memberi amaran, jika mereka tidak mahu menyerahkan tanah tersebut, dia akan menggunakan kuasanya sebagai exco untuk meminta campur tangan Menteri Besar.


Pada 21 Mac 2010, Elizabeth telah menghantar sepucuk surat kepada Menteri Besar untuk meminta kelulusan penyerahan tanah untuk Pusat Kebudayaan Cina.

Empat hari kemudian, pada 25 Mac 2011, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menghantar sepucuk surat kepada kepada Pengarah Yayasan Selangor Ilham Marzuki dengan meminta pihaknya bersetuju dengan permohonan Elizabeth.


Read More, Dokumen-Dokumen Arahan Serah Tanah Kerajaan Selangor Kepada Cina