Monday, September 3, 2012

Tukar Bendera : Malaysia Ke Arah NEGARA REPUBLIK - Anwar Ibrahim


Usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur Gemilang benar-benar memakan diri parti tersebut.

Walaupun Anwar bersungguh-sungguh cuba menafikan yang PR punya sebarang niat sedemikian, namun pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor, Najwan Halimi, sebagai pencipta bendera tersebut, menyebabkan penafian Anwar terkantoi.

alt

Najwan telah mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa ciptaannya yang didakwanya dicipta seawal tahun 2007. Profile facebook Najwan menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik ‘moderate’ dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei.


Perlu diingatkan iaitu, pada tahun 2003, PKR, pada ketika itu memakai nama Parti Keadilan Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu satu-satunya parti berhaluan kiri yang masih wujud pada hari ini.

Mengimbas sejarah PRM, pada tahun 1958, PRM pimpinan Ahmad Boestamam telah bergabung dengan Parti Buruh Malaya, pimpinan Pak Sako dan Parti Perhimpunan Kebangsaan, pimpinan Abdul Aziz Ishak) dan menamakan gabungan mereka sebagai Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People’s Socialist Front) yang berhaluan kiri.

Flag of four stripes along the fly coloured white, red, yellow and black respectively. In the middle is a white oblong circle with a Malayan tiger in it.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1896 hingga 1950

Sebelum itu, pada tahun 1938 Ahmad Boestamam menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya bagi menentang Jepun. Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.

PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis.

Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.

PKMM kemudiannya, menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) sebagai gabungan kumpulan sosialis Malaya. Gabungan ini bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Flag with 11 alternating red and white stripes along the fly and a blue canton (occupying 7 stripes) bearing a crescent and an 11-point star.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1950 hingga 1963

Ini kerana PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Dalam usaha merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti dan lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM.

Dan bendera inilah yang begitu mirip dengan bendera ciptaan Najwan dari segi nama dan juga rupa. Ia juga membawa ciri-ciri komunis iaitu latar merah dan bintang kuning.

Oleh itu, persoalan yang timbul ialah, apakah ‘roh’ Pak Sako dan komunis hanya satu kebetulan dalam bendera Sang Saka Bangsa? Apakah kecenderungan PR untuk mengwirakan Mat Indera, seorang pengganas komunis, merupakan sebahagian dari keseluruhan agenda besar komunisme?

Apabila berlaku konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan Aziz Ishak ditahan di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi pembelot negara dengan bersekongkol dengan Indonesia.

Sang Saka Merah Putih

Dan apa yang ironi di sini ialah, Anwar juga dianggap sebagai pengkhianat negara dan sering mengunjungi Indonesia untuk memburuk-burukkan Malaysia serta menghasut rakyat di negara tersebut agar memandang serong dan rendah terhadap rakyat dan negara ini. Seolah-olah beliau cuba menggerakkan satu konfrontasi pula.

Mungkinkah impian Anwar setinggi itu iaitu memanjangkan idea Pak Sako iaitu menggabungkan Indonesia-Malaysia dengan meletakkan dirinya sebagai Ketua bagi gugusan Melayu rantau ini?

Flag with 14 alternating red and white stripes along the fly and a blue canton bearing a crescent and a 14-point star.
Bendera Malaysia yang masih dalam penggunaan

Apakah jenis pemimpin yang dengan sengaja ‘menjemput’ negara asing menjajah kita sedangkan pemimpin seharusnya mempertahankan negara dari dijajah? Apalagi negara yang jauh lebih mundur dari kita seperti Indonesia.

Kita tidak dapat membayangkan adanya sebarang penjelasan yang masuk akal dari pihak PR berkenaan isu bendera Sang Saka Malaya ini. PR boleh terus menafi, tetapi kerosakan telah pun berlaku. Rakyat kini telah sedar siapakah PR dan apakah agenda besar parti ini untuk Malaysia.

6 comments:

  1. Pak Sako dan rakan rakan pada masa lalu mahu bergabung kerana Indon telah merdeka terlebih dulu dan prestasinya belum di ketahui.

    Sekarang Indonesia masih lagi bergolak atau tercari cari formula keamanan dan kemakmuran.

    Bacalah sejarah Indonesia. Mereka tidak pernah aman makmur dari sebelum mereka merdeka hingga kini! Mereka ibarat gunung berapi hidup yang sentiasa bergolak.

    Perhatikan Jerman Barat yang kuat apabila bergabung dengan Jerman Timur. Keadaan ekonomi German merudum dan mengambil masa lama untuk stabil.

    Sekiranya kita di serap kedalam satu negara yang teramat miskin dan penuh korupsi ini pasti rakyat semua akan merasakan kesempitan hidup sama seperti Indonesia.

    Bab tipu helah, rasuah mereka lagi pakar. Jangan harap orang dari Malaysia dapat menjadi presiden mereka. Hingga sekarang Presiden Indon hanya orang dari Tanah Jawa saja.

    Betul lah punya bodoh Punaisihat ekonomi RM1.

    Lagi satu Anuwar dah jadi Atok sekarang. Dah tua. Masa tidak menyebelahinya. Dia mau kuasa dan dia mau sekarang. Anuwar selama sejarah politiknya tidak pernah bersabar. Pasti di cucuk bontot orang atasnya untuk naik keatas.

    Cara paling cepat ialah menjadikan negara ini kacau bilau kemudian rampasan kuasa berlaku. Samada dari rakyat atau kuasa luar. Dia mau jadi PM atau Presiden. Apa nak jadi selepas dia mati itu tidak di fikirkanya.

    Anak, cucunya sudah di bekalkan wang. Penyokong bodoh tinggal lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda cakap indonesia miskin ye? memang betul petinggi indonesia banyak yang korup,mencoba menyiasati supaya nak makmur. itu pasal indonesia dan anda tak berhak mengata-ngatai. Perkara Najwan dan Bendera tu adalah pasal dia dan tak ada kena mengena dengan indonesia dan jangan harap indonesia nak bergabung.

      Anda pastinya insan yang berkelulusan tak? Harusnya kata-kata anda mesti difilter dahulu.

      Delete
  2. Pusing cakap . Poooooooooodqah. China Doll ada Part 2 ke ?

    ReplyDelete
  3. DEY .. Itu Kg. Buah Pala punya cerita apa macam ? Lu pakai jam apa sekarang ? Lu punya bini lagi banyak tau lu punya cerita..

    ReplyDelete
  4. http://kautahutak.blogspot.com/2012/08/si-kitul-moden-yang-merdeka.html

    ReplyDelete
  5. Najwan Bodoh...lebih baik angkat kaki tinggalkan bumi Malaysia....dasar bodoh

    ReplyDelete