Saturday, September 8, 2012

Syaitan Bisu BAWA SIAL Dalam PAS - Nasha Mat Isa


Hanya tinggal beberapa belas jam sahaja dari sekarang ...

Majlis Syura Ulama PAS akan bersidang untuk menentukan untung rugi nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berikutan kenyataan kerasnya sekembali dari Mekah yang dianggap melanggar dasar parti.

Dalam kenyataan yang bersifat ultimatum itu, Ustaz Nasharudin telah meminta PAS mengkaji semula kedudukan dalam PR selepas DAP secara konsisten menolak dasar PAS yang mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud sebagai perundangan negara.

Sebelum itu, penyiaran gambarnya yang dilihat mesra dengan Perdana Menteri sewaktu pertemuan khusus dengan beberapa orang ulama Arab Saudi di Mekah juga telah menerima kecaman keras dari ramai pemimpin PAS dari kumpulan Anwarinas.

Antara komen yang agak pedas termasuklah dari Mursyidul Am PAS sendiri yang juga Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang secara terbuka menghalau Ustaz Nasharudin untuk segera keluar dari parti.

Berikutan kontroversi itu, Presiden PAS, Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat Lajnah Politik & Pilihanraya PAS Pusat selepas itu telah menyerahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.

Sejak seminggu lepas, pelbagai usaha dan kempen secara terbuka dan berbisik hebat dijalankan oleh beberapa pihak dalam PAS untuk mempengaruhi pandangan ahli-ahli Majlis Syura agar mengikut telunjuk mereka.

Dilihat dari segi kempen dan kekuatan pengaruh ditambah pula dengan tekanan dari Nik Aziz sendiri yang cukup anti pada Ustaz Nasharudin, besar kebarangkalian senario 'gantung sampai mati' seperti yang menimpa bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali akan berulang kembali. 

Tidak ada sebab mengapa Nasharudin perlu dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata - Haron Din.

Walaupun sejak beberapa hari lalu, beberapa orang pemimpin 'ulama' PAS termasuklah Timbalan Mursyidul Am PAS, Haron Din kelihatan bertungkus lumus untuk mempertahankan hak Ustaz Nasharudin memberi pandangan yang berbeza, namun masih dilihat tidak cukup kuat untuk membendung pengaruh kumpulan Anwarinas yang didukung kuat oleh Nik Aziz.

Tambahan pula, jika sekiranya keputusan Majlis Syura memihak kepada Ustaz Nasharudin, impak buruknya agak menggoncang imej dan pengaruh Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS sekaligus akan memberi kesan besar dalam merobek kekuatan PAS di negeri Nik Aziz sendiri.

Menurut maklumat terbaru dari seorang pemimpin kanan PAS yang bersimpati dengan Ustaz Nasharudin, sedikit masa yang tinggal ini sebelum Majlis Syura bermesyuarat pada 9 September nanti adalah terlalu panas, hangat dengan kempen-kempen yang agak melukakan hati.

Katanya lagi, seperti sudah tiada peluang kedua untuk Ustaz Nasharudin, ruang demokrasi dan keadilan seperti sudah tertutup dalam PAS. Kalaupun Ustaz Nasharudin terlepas dari hukuman pun, berkemungkinan beliau akan di 'peti sejukkan' begitu sahaja.

Jika benar seperti dikatakannya, maka jelaslah 9 September kelak akan menjadi hari yang paling sial untuk Ustaz Nasharudin.

5 comments:

  1. Tak ada hari sial dalam kelender islam..org sihir zaman firaun dan kaum munafik sahaja yg buat andaian tentang hari sial..

    ReplyDelete
  2. Tak ada hari sial dalam kelender islam..org sihir zaman firaun dan kaum munafik sahaja yg buat andaian tentang hari sial..

    ReplyDelete
  3. kemungkinan bukan hari sial bagi yb. nasha tetapi pertunjuk lebeh terang daripada Allah SWT kiranya beliau dipecat dari parti asotan syaitan,mungkin beliau boleh berkerjasama dengan Ulamak-ulamak yang terdiri dari perbagai bangsa(yang menganut Islam)dalam Malaysia ini duduk round table mencari jalan untuk menyakinkan pemerintah bagi melaksanakan undang-undang Islam.harap beliau berjaya dalam usaha kearah ini.Allah SWT akan lebeh membantu beliau dan orang yang mahu beusaha kearah Islam.ikut cara TS Lee Lam Tai,tinggal dap yang tak memberi faedah dan terus berjuang bagi kesejetraan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  4. inilah beza pas, pkr dan dap berbanding umno bn.
    dlm umno, meskipun tengku razali selalu dan terlalu banyak berbeza pandagan dengn dasar dan sering mngkritik umno bn, namun beliau sentiasa diberi peluang memberi penjelasan dan smpai skrg masih lagi ahli dan tidak dipecat pun.
    tp dalam parti pkr dan PAS yg kononya islamik, tidak berlaku ADIL pada ahli mrk. Hassan Ali telah dipecat tnp dpt beri penjelasan. inilah Islam bawaan PAS!...
    KEJAM dan BRUTAL!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Nasha, jgn jadik seperti anak kucing yg bergurau sesama sendiri dan seekor darinya terlingkup dalam tempurung...!!!

    ReplyDelete