Saturday, September 29, 2012

SKANDAL BARU Khalid Ibrahim ?


Sesiapa yang melihat penyediaan bajet PR kali ini pasti dapat merasakan perbezaan yang ketara. Nampak kali ini, Anwar hendak menekankan agenda meruntuh, demonization beberapa agensi kerajaan yang dibina oleh kerajaan.

Meruntuh sahaja? Apa sebenarnya yang Anwar inginkan? Apa program baru yang Anwar nak tawarkan.

Rupa-rupanya, ada budak baru yang membuat kerja bajet PR tahun ini. Rafizi dan Tony Pua pun tidak memberikan input yang diharapkan. Katanya, orang baru yang lebih menarik perhatian Anwar mempunyai pemikiran yang sangat lateral dan mempunyai idea yang sangat baru.

Tricia Yeoh – adalah permata baru dalam PKR. Sekarang ini menjadi Research Officer TS Khalid Ibrahim (18k sebulan); Tricia sudah mula digunakan Anwar di peringkat yang lebih tinggi, Level nasional.

Tricia ini memang mempunyai minda ‘samarata’ – egalitarian. Semua mesti sama rata. Tak boleh ada perkauman dan sebagainya.

Pemikiran seperti Tricia Yeoh ini memang kena dengan fahaman politik Anwar sekarang. Gung-ho liberalism. Liberalkan semua perkara.

Anwar sendiri sudah memaklumkan kepada TS Khalid, bahawa Tricia perlu berada di dalam Parlimen untuk PRU yang akan datang ini. Salah satu kawasan Parlimen – urban seat di Selangor akan menjadi milik Tricia Yeoh. Anwar mahu budak muda ini diberikan peluang yang lebih luas.

Tapi Anwar tidak tahu satu perkara, dalam pada Anwar percaya dengan kebijaksanaan Tricia – satu bab daripada bajet (mengenai perumahan); sebenarnya disediakan oleh orang lain. Tricia yang tidak faham sangat mengenai property – telah sub-con penyediaan bajet ini kepada seorang lower rank legal officer HDB Singapura. Sebab itu, Anwar tidak ada modal lain, kecuali menggunakan model HDB Singapura.

Cadangan ini sebenarnya tak ikut realiti Malaysia. Singapura ada jawatan Menteri Besar? Singapura ada Negeri? Singapura ada Jadual (Schedule 9) Perlembagaan yang meletakkan bidang kuasa tanah kepada Negeri? Ada? Janganlah compare Singapura dengan Malaysia bang. Gagal.

Kecualilah, Anwar memang prepare Malaysia untuk menjadi REPUBLIK? Tricia pastinya bersetuju.

Bab nak runtuhkan Petronas dan tubuhkan syarikat minyak peringkat negeri – kalau boleh; saya minta kawan-kawan dalam O & G ulas pandangan Anwar. Oops, bukan pandangan Anwar. Idea TRICIA!


sumber : GELAGAT ANWAR

7 comments:

  1. Ya Allah ya tuhanku, selamatkanlah Malaysia daripada orang-orang ini.

    ReplyDelete
  2. Tertarik tentang nak buat sykt O&G peringkat negeri. Tahun 1995 dahulu, saya pernah terbaca satu laporan (salinan asal)tentang lembangan minyak & gas besar di luar pantai Langkawi. Anwar arahkan Affifuddin Omar (Timb. Menteri Kewangan) utk uruskan. Maka tertubuhlah petronas kedua di bawah MRCB Oil & Gas. Adalah beberapa kerat rakan dari Petronas join sykt ini. Tah mcmana projek ni mampus tengah jalan bila taiko dia bungkus kena sepak dari kerajaan. Memg licik.

    ReplyDelete
  3. Nampaknye terbukti kegagalan nuar dlm menjaga ekonomi mlysia 1997 apabila ekonomi slgor pun hancuc dlm era dia jugak!

    ReplyDelete
  4. jual beli IPP 1MDB --- ananada krishnan untung 1.9 bilion... umno 6 jahanam!

    ReplyDelete
  5. bajet ok... ketirisan oleh ubn ..tak ok...

    isu berat tiada penghujung.....
    rasuah
    dadah
    pendatang asing
    jenayah


    rakyat semakin resah!

    ReplyDelete
  6. Yea betul rakyat makin resah, pemimpin pakatan semakin gelisah

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya nak buat syarikat minyak dan gas negeri bukannya apa..nuar dan gang nak balun semua kalau dia dapat kuasai negeri nanti..bukan susah sangat nak teka apa dalam kepala otak nuar depan belakang tu...

    ReplyDelete