Saturday, September 22, 2012
PAS Kedah Jangan INGKAR, Bangkitkan AMARAH DAP - Lim Guan Eng
Cadangan DAP Kedah untuk menambah kerusi Parlimen dan DUN bagi Negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) wajar dipertimbangkan Pakatan Rakyat.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjelaskan, pihak DAP Kebangsaan menyokong cadangan yang dibangkitkan pimpinan parti peringkat Negeri tersebut yang telah mengemukakan tuntutan 2 kerusi Parlimen iaitu di Alor Setar dan Padang Serai dan 6 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.
“DAP tetap mahu tambahan kerusi untuk bertanding pada PRU13, ketika PRU12 kita hanya letak calon di Kota Darul Aman dan Derga. Jumlah ini amat kecil dan ia tidak boleh diterima untuk PRU13,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Kedah, di Dewan Perhimpunan Cina Kedah, semalam.
Read More, ARAHAN WAJIB KHALIFAH UMAR ABD AZIZ PENANG
Satu lagi tamparan dan amaran bagi PAS Kedah selaku peneraju kerajaan negeri untuk menyerahkan 2 kerusi Parlimen dan 6 kerusi DUN berkuatkuasa serta merta.
Jika sebelum ini Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik memberikan laungan amaran awal diserahkan kerusi-kerusi tersebut ...
Menurutnya, sejak awal lagi, DAP bersedia untuk berunding namun PKR dilihat sering berdolak-dalik hingga ia dirujuk kepada Pusat.
“Kita akan bangkitkan tuntutan sebelum ini supaya DAP diberi lebih kerusi bertanding, babitkan dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (Dun). Kita bukan mahu merayu tetapi ini hak DAP dalam PR,” katanya.
“Saya cadangkan mana-mana kerusi sebelum ini ditandingi PKR tetapi kalah, boleh dibincangkan untuk diserahkan kepada DAP, jika bersesuaian,” katanya. - SINAR HARIAN, 16 Sept 2012.
Hari ini ... Ketua Dewan Ularmak DAP Lim Guan Eng melaungkan amaran terakhir penyerahan 2 kerusi Parlimen dan 6 kerusi DUN secepat mungkin.
Cukup halus amaran dan arahan Ketua Dewan Ularmak DAP ini ...
PAS terperangkap lagi dengan ancaman bagi mengelakkan tercetusnya perselisihan pendapat yang bakal menimbulkan ketidakpuasan hati kedua-dua pihak.
Suka atau tidak, PAS tetap berperanan sebagai budak suruhan DAP. Taraf PAS Kedah pun hanyalah sebagai budak kopi Pakatan Rakyat.
Cukup cantik susunan strategi Ketua Dewan Ularmak DAP ini ...
Satu lagi kerajaan boneka ala Nizar Jamaluddin bakal ditegakkan di Kedah. Menteri Besar Kedah pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan.
Mat Sabu dan Mahfuz Omar pun saling mengintai jawatan boneka jika Pakatan Rakyat masih lagi memegang tampuk pemerintahan di Kedah.
Cukup mudah modus operandi DAP ...
Selaku CEO Pakatan Rakyat, DAP hanya perlu mengarahkan 'business consultant' a.k.a. moderator, Anwar Ibrahim menjadi orang tengah dalam 'perjanjian main belakang' ini.
Semua ini bergantung kepada 'timing' dan 'perfect execution' ...
Anwar hanya perlu mengarahkan pencacainya, Mat Sabu dan Mahfuz Omar untuk 'deal' dengan parasit Kedah untuk memberi tekanan kepada Menteri Besar Kedah.
Siapa yang berjaya, maka beliau yang berhak dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru. Mat Sabu atau Mahfuz Omar?
Anwar tidak kisah PKR kehilangan kerusi di Kedah. PKR pun bukannya 'perform' di negeri Jelapang Padi ini.
Anwar hanya mahu mengekalkan tampuk kuasa di Selangor. PKR Selangor semakin goyah dan bakal berkubur.
Ini yang merisaukan Anwar Ibrahim. Hilang sumber pendapatan PKR nanti ...
Pulau Pinang asalnya adalah sebahagian dari tanah jajahan Kerajaan Kedah.
ReplyDeleteJadi jangan cakap banyak!!!!!
Pemimpin pun diimpot dari Melaka. Yang lebih teruk, laki jadi KM kat Pulau Pinang, bini jadi wakil rakyat kat Melaka. Ini keluarga jenis apa ni? Ini semua pasal politik dan nampak sungguh tamak.
Yang paling dungu adalah rakyat Pulau Pinang yang sanggup terima orang luar jadi ketua mereka.
Pulau Pinang asalnya adalah sebahagian dari tanah jajahan Kerajaan Kedah. Jadi jangan cakap banyak!!!!! Pemimpin pun diimpot dari Melaka. Yang lebih teruk, laki jadi KM kat Pulau Pinang, bini jadi wakil rakyat kat Melaka. Ini keluarga jenis apa ni? Ini semua pasal politik dan nampak sungguh tamak. Yang paling dungu adalah rakyat Pulau Pinang yang sanggup terima orang luar jadi ketua mereka.
ReplyDelete