Thursday, September 27, 2012

Belanjawan 2013 ... Anwar Guna Teknik MAIN PONDOK-PONDOK - Penganalisis Ekonomi

Anwar Ibrahim masih terperangkap dengan imej 'masuk bakul angkat sendiri'


GWM cukup tertarik dengan salah satu daripada komen pembaca dalam artikel yang dikeluarkan semalam berkenaan dengan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat.

Aku teringat zaman kanak kanak.. main pondok pondok..
Tapi tak sangka , zaman sekarang ni, orang Tua pula main pondok pondok...

Bukan tertarik dengan sindiran sinis komen dari pembaca, namun lebih kepada kebenaran disebalik sindiran.




Bak kata Mohd Sayuti Omar dalam bukunya ...

Memang menjadi stail dan budaya Anwar Ibrahim. Anwar memang cukup terkenal dengan "budaya masuk bakul angkat sendiri" dan "budaya untuk membuncitkan perut sendiri".

Jika tidak, mustahil Mohd Sayuti Omar mendedahkan skandal kewangan yang dilakukan oleh dua orang kepercayaannya sewaktu berkuasa dalam UMNO dahulu.

Kedua orang harapan Anwar ini terlibat menipu sebuah syarikat ... yang berjumlah ratusan ribu ringgit.

Barangkali elok penyokong puak-puak peliwat tegar ini bertanyakan kepada Mohd Sayuti Omar, siapa dua orang kepercayaan Anwar ini.



Anwar memang tidak pernah 'realistik dan holistik' kalau bercakap soal wang, pulus apatah lagi bercakap mengenai Belanjawan 2013.

Secara jujur, Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bakal meruntuhkan sistem ekonomi serta kewangan Malaysia dalam jangka panjang.

Ini yang dikatakan sebagai 'Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 - Main Pondok-Pondok' ... syok sendiri.


Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 memang sama seperti tingkah laku anak kecil bermain aksi pondok-pondok ... Leka, khayal, dibuai dengan keseronokan tanpa limit.

Memang rakyat akan terpana dan terpesona dengan janji Anwar Ibrahim ini. Janji tinggal janji sahajalah ...

- Peruntukan RM3 bilion setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional.
- Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu.
- Reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk membubar 1MDB yang fungsinya bertindih dengan Khazanah.
- Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi meyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.
- Penurunan Harga kereta melalui pengurangan cukai eksasis sebanyak 20 peratus, selain sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus.
- Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah selain kenaikan gaji lima peratus kepada anggotanya.
- Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.

Anwar memang tidak pernah melihat kepada 'repercussion' (sebab dan akibat) belanjawan main pondok-pondoknya.




Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 sekadar mahu meraih perhatian, sokongan dan undi rakyat tanpa mengambil kira kelangsungan ekonomi dan masa depan 28 juta penduduk negara ini.

Bak kata tokoh dan penganalisis ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam ... 'Bajet Santa Claus'

Belanjawan main pondok-pondok ini tidak ada sebarang pembaharuan, tidak mempunyai hala tuju, tidak pragmatik dan tidak rasional untuk memacu ekonomi negara.

Mudah sebenarnya untuk melihat bagaimana Anwar dan pemimpin pembangkang 'suka main pondok-pondok', tidak ada kesungguhan dan tanggungjawab kepada ekonomi dan rakyat.

Cukup bagi GWM memaparkan sebahagian kecil dari 'Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 - Main Pondok-Pondok' ini sekadar membuat perbandingan dan analisis mudah.

1) mengurangkan cukai kenderaan
2) mengurangkan harga minyak
3) menghapuskan tol
4) meningkatkan pendapatan minimum kepada RM 1,100
5) bantuan kebajikan RM 550 sebulan
6) bonus kepada warga emas RM 1,100




GWM cukup bersetuju dengan kenyataan Dr. Yeah Kim Leng, Ketua Pengarah RAM Holdings Berhad.

Ambil 6 perkara di atas sebagai perbandingan dan analisis mudah bagaimana 'Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 - Main Pondok-Pondok' bakal menjadikan Malaysia lebih cepat dan awal bangkrap.

6 usul 'Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 - Main Pondok-Pondok' di atas secara jelas menunjukkan suatu belanjawan yang menyebabkan sesebuah kerajaan lebih banyak mengeluarkan perbelanjaan tanpa menitikberatkan bagaimana untuk menghasilkan pendapatan.

Analogi paling mudah untuk difahami oleh rakyat ...

A) Pendapatan Kerajaan - mengurangkan cukai kenderaan, mengurangkan harga minyak, menghapuskan tol.

B) Perbelanjaan Kerajaan - meningkatkan pendapatan minimum kepada RM 1,100, bantuan kebajikan RM 550 sebulan, bonus kepada warga emas RM 1,100.

Cukup mudah ... bagaimana kerajaan mahu menambah hasil pendapatan setiap tahun jika dalam masa yang sama terpaksa menghapuskan dan mengurangkan pendapatan kerajaan?

GWM boleh jamin dalam masa 5 tahun Malaysia bakal bangkrap awal seperti Greece.

Ini yang dipraktikkan dan dilakukan oleh kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan di Greece, belanjawan semata-mata mahu menarik sokongan dan undi.

Bak kata Mohd Sayuti Omar ... Anwar memang cukup terkenal dengan "budaya masuk bakul angkat sendiri" dan "budaya untuk membuncitkan perut sendiri".




Pelik ... mengapa hanya perlu ditubuhkan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu.

Apa motif dan keperluan diasingkan pemberian royalti kepada negeri-negeri yang menghasilkan minyak?

Bagaimana pula dengan negeri-negeri yang tidak mempunyai hasil sumber asli ini. Tidak layakkah negeri-negeri ini juga berkongsi hasil royalti minyak?

Ini yang dimaksudkan dengan Anwar dan pembangkang tidak tahu menguruskan ekonomi dengan cekap.

Tidak tahu memakmurkan ekonomi semua negeri di Malaysia. Tidak mampu menyokong pertumbuhan dan keseimbangan ekonomi negara.

Semakin pelik ... Mengapa tidak diwujudkan juga syarikat minyak yang sama di Kelantan dan Sarawak? ... PetroKelantan? PetroSarawak? ... Di'anaktiri'kan barangkali?

Atau Anwar Ibrahim sebenarnya tahu Kelantan bakal jatuh ke tangan BN dan Sarawak terus kekal di tangan BN?



Memang benar salah satu daripada komen pembaca dalam artikel yang dikeluarkan semalam berkenaan dengan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat.

Aku teringat zaman kanak kanak.. main pondok pondok..
Tapi tak sangka , zaman sekarang ni, orang Tua pula main pondok pondok...



4 comments:

  1. Kalo beginilah belanjawan yang dibentangkan olih Pembangkang,bangkrap lah negara kita.tidak kesampaian lah negara kita menjadi negara Maju ditahun 2020.Tak masuk akal...inilah dinamakan belanjawan ala Mat Jenin?

    ReplyDelete
  2. pakar mengurus ruahtangga shj,tiada yg nmpak utk bergerak ke hadapan dan banyak yg tampal,pengubahsuaian mengantikan yg lama tapi tetap sama.

    ReplyDelete
  3. SETUJU MEMANG MEREKA SUKA MAIN PONDOK2 MAIN KAHWIN2 TAPI TAK NIKAH PUN.
    TAK CAYA CUBA TENGUK KOMEN PUAK2 PRO PAKATAN DALAM POST2 MEREKA...BILA KENA TEGUR TINDAK-TANDUK NEGATIF MEREKA..DAN-DAN AKAN BODOHKAN ORANG CARI ISU2 LAIN UNTUK COVER LINE...
    SEBIJI MACAM BUDAK2 MENGEJEK2 RAKAN LAIN JIKA SESUATU TAK BAIK TERKENA PADA MEREKA.....
    TAK ADA KLASLAH....

    ReplyDelete
  4. Lagi banyak syarikat minyak lagi banyak ketirisan. Tu Anuwar suka. Bagi rakyat pening sambil senduk duit.

    Kalau ada syarikat minyak negeri tau lah negeri mana yang nak di tumpu supaya menang. Boleh kerjakan sumber minyak tu.

    Kalau bukan merampuk, sapu duit bukan PR la

    ReplyDelete