Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong - Mansor Othman.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Datuk Mansor Othman dilihat menjerat dirinya sendiri apabila rakaman percakapannya yang menggelarkan Ketua Menteri sebagai 'sombong dan angkuh' didedahkan.
Rakaman audio tersebut didedahkan menerusi Buletin Utama TV3 yang dirakam secara sulit, dipercayai suara dan keluhan Mansor terhadap DAP yang didakwa semakin bongkak setelah menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum 2008.
Mansor dikatakan membuat kenyataan tersebut apabila ditanya berhubung tuntutan DAP terhadap kawasan yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mesyuarat Strategik parti April lalu.
Kenyataan Mansor:
"Tidak tentu...belum finalized, dia very arrogant I tell you... Cocky and arrogant. It's not easy. Now more arrogant. Because dia menang banyak. They are sure of winning 19 and they want more.
"Because by two more they can form their own government and they can, any two from us to be on their side and abandon us out," katanya seperti yang disiarkan Buletin Utama, malam Isnin.
Selain itu Mansor turut mengulas kekuatan DAP di Pulau Pinang yang menyebabkan keangkuhan Guan Eng.
"Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong, itu yang buat dia orang sombong, very-very angkuh and arrogant. Tapi tidak apalah, whatever it is, we get ourselves stronger, young people you orang kena prepare, every seat kita nak bertanding, kena ada orang," katanya.
Mansor sebelum ini dalam satu sidang media, menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Guan Eng seperti mana dilaporkan media.
Namun, beliau mengakui menggunakan perkataan 'tokong' sebagai gelaran kepada Guan Eng yang mendapat sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat P.Pinang.
“Saya tidak pernah menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya.
“Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudianya disiarkan di dalam blog anti-Pakatan Rakyat dengan niat jahat untuk merosakkan jalinan dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihanraya dan cuba mengeruhkan lagi hubungan baik antara saya dan Ketua Menteri,” katanya pada sidang media tersebut.
he is like the babi u know to the chinese..... that's how the line should ve been !!!!
ReplyDelete