Monday, September 17, 2012

16 Sept 2012 ... SELANGOR Sambut HARI MALAYSIA Dengan BENDERA KOMUNIS


Siapa dibelakang orang yang bertanggungjawab mengibarkan bendera baru untuk Malaysia pada malam sambutan Hari Kebangsaan 30 Ogos yang lepas bukan lagi rahsia.

Individu yang bertanggungjawab adalah seorang pemimpin muda PKR yang memegang jawatan Timbalan Ketua Penerangan AMK yang juga pegawai di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Najwan Halimi. Pengakuan beliau boleh dibaca di sini

Pengakuan yang dibuat Najwan Halimi adalah satu tamparan yang cukup hebat kepada Anwar Ibrahim yang sebelum itu menuduh perkara itu adalah mainan politik UMNO untuk memburukkan pembangkang. Tuduhan Anwar boleh dibaca di sini.

alt

Walaupun PKR cuba menafikan mereka terlibat dan menafikan mereka akan menukar bendera jika memerintah negara ini, namun sehingga ke hari ini belum ada satu larangan yang dikeluarkan oleh PKR yang meminta orang-orangnya agar tidak lagi mengibar bendera tersebut sebagai ganti kepada bendera Malaysia.

Blog The Unspinners beberapa hari lepas mendedahkan bagaimana Hishamuddin Rais dan dibantu oleh kumpulan PKR menjual bendera baru tersebut untuk dikibarkan melalui laman Radio Bangsar Utama . Pendedahan The Unspinners tersebut boleh dilihat di sini.

Rancangan mereka menjadi kenyataan apabila pada hari Sabtu bendera berkenaan mula dikibarkan dibeberapa tempat di negeri Selangor. Antara tempat yang terlibat adalah Damansara,Subang dan Shah Alam.

Berikut adalah gambar-gambar yang dikirimkan kepada kami oleh para pembaca.





Jika PKR benar-benar serius untuk tidak menukar bendera negara yang sedia ada kepada bendera baru seperti diatas, sila ambil tindakan tegas terhadap ahli-ahlinya yang terlibat dalam usaha untuk menukar bendera negara. 

Tindakan tegas perlu diambil terhadap Najwan Halimi dan Hishamuddin Rais. Jika tidak rakyat Malaysia boleh lupakan segala janji PKR bahawa mereka tidak akan menukar bendera jika memerintah negara ini.

7 comments:

  1. itu la pkr??!!...//

    ReplyDelete
  2. Kejer org tak tau nk diuntung mcm ni la...bendera lambang nrgara pun nk jdikan isu...apela...carila sesuatu yg berbaloi untuk dibahas@debat..
    Org mcmni mmg takleh jadi pemimpin..

    ReplyDelete
  3. gwm... ko ni otak biol betul la nak bodek kepala taik umno pun kena tau fakta.... itu bendara komunis ko?

    kalu bnedra MCA ko kata bendera komunis betul la.... tp dah 55 tahun melayu umno bengap dok pangkah MCA... kihkihkih... salam la umno/bn.. dah banyak tanah air ku tergadai....

    ReplyDelete
  4. bendera untuk republik selangor. presiden dia khalid gagap.
    JANGAN HARAP MIMPI PAKATAN AKAN MENJELMA.

    ReplyDelete
  5. aku rasa berat nk berketuakan lanun2 umno/mca/mic semula .....

    kes pkfz belum selesai...
    gaji ceo syabas..mewah...
    rumah xmb pun hebatmewah....
    dah tu chinatown n tamiltown tumbuh merata2 dibawah UBN...
    kolam udang noh omar...
    .
    .
    /heheheheeheee



    ReplyDelete
  6. setahu aku umno cukup minat & setiakawan dgn bendera kafir harbi USA...

    sebab tu mereka amat fobia dgn bendera sang saka malaya dikibarkan....

    umno kata: hidup USA, hidup ApcoZionis

    ReplyDelete
  7. sebab tu harbi USA berani hina Nabi SAW... innocent of Muslim.. ... perkasa, umno tak berani lawan kafir harbi USA, Yahudi yg terang2 musuhi & perangi Islam ni ke?


    mana kote berahim katak?

    ReplyDelete