Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.
Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.
Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita, pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia, Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda.
Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelumnya, beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia.
Persoalan sekarang di manakah wang RM50,000 tersebut yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya?
Apakah Bala telah dengan sengaja menggelapkan wang tersebut untuk kepentingan dirinya?
Mengikut sumber-sumber, seandainya wang RM50,000 tersebut sampai pada tangan Altantuya dengan selamat, berkemungkinan kematian Altantuya yang tragis itu tidak akan berlaku.
Sekiranya Altantuya telah menerima wang tersebut tentunya dia tidak akan tergesa-gesa datang ke rumah Razak Baginda dan membuat kecoh sebaliknya terus pulang ke Mongolia.
Tapi disebabkan sikap tidak amanah yang ada pada Bala, timbullah kekecohan selepas kedatangan Altantuya ke rumah Razak Baginda.
Rentetan dari situ menyebabkan berlakunya salah faham komunikasi antara Razak dengan dua anggota polis yang dipercayai membawa kepada berlakunya pembunuhan tersebut.
Jadinya, tidaklah salah untuk kita nyatakan, disebalik peristiwa tragis yang pernah dijadikan isu politik oleh Anwar dan sekutunya sebelum ini, P.Balasubramaniam telah menyebabkan Altantuya mati terbunuh.
Bapa Altantuya, Setev Shaaribu sehingga ke hari ini masih berdiam diri dan menyepikan diri.
Gambar yang didakwa beliau sebagai bukti anaknya berada bersama dengan Najib dan Razak Baginda di Paris, masih tidak mahu dipertontonkan di media dan dihadapan rakyat Malaysia.
Setev Shaaribu tahu beliau telah dipermainkan oleh Tian Chua dan Suaram. Tian Chua dan Suaram sehingga kini masih lagi buntu dalam usaha untuk mengaitkan Altantuya dengan Najib.
Ditambah lagi dengan pengakuan Raja Petra Kamaruddin (loose cannon) bahawa surat Akuan Bersumpah untuk mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib ternyata suatu akuan sumpah palsu dan diada-adakan.
Barangkali Setev Shaaribu perlu mengheret P Balasubramaniam, Tian Chua dan Suaram kerana berbohong kepadanya mengenai pembunuhan anaknya.
Setev Shaaribu juga perlu heret sekali Anwar Ibrahim sebagai Tok Dalang terbesar ...
RM 50,000 jerrrr... muahahahahahaha... bodo punya lawak!!!!
ReplyDeleteRM50,000.00 tu besar nilainya di monggolia nu time tu anon 10:00pm. kalu demo duk denu pun, buleh 50riyal sebule pung makan tak habih woi!
ReplyDeleteAltantuya masuk Malaysia, tapi rekod Imigresen di delete oleh seorang Dato' di Jabatan Imgresen, kenapa? Muka kedua- dua polis UTK sentiasa ditutup dgn kain sepanjang perbicaraan, kenapa? Hanya dgn affidavit, Razak Baginda boleh bebas dari tuduhan bunuh, kenapa? Gani Patail & AG Chambers tidak membuat rayuan bila Makamah Tinggi lepaskan & bebaskan Razak Baginda, kenapa? Mengapa 2 polis UTK perlu membunuh Altantuya tanpa motif? Kenapa ASP Musa Safri tidak di ambil keterangan?
ReplyDelete