Saturday, August 25, 2012

Dzulkefly Ahmad PERMAINKAN Hudud, MALUKAN Nik Aziz - Lim Guan Seng


Jadikan agenda umat bukan parti politik

Akta Mahkamah Syariah 1965 perlu dipinda kerana ia menjadi penghalang kepada pelaksanaan hukum hudud,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan Dzulkefly menjelaskan hudud tidak boleh dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang Islam itu secara menyeluruh.

Bagaimanapun, Dzulkefly berkata, perkara itu tidak perlu dibuat dalam keadaan terburu-buru kerana ia memerlukan penerangan, didikan dan penjelasan yang secukupnya.

Menurutnya, penerangan yang menyeluruh adalah amat penting supaya rakyat memahaminya.

Dzulkefly berharap isu hudud ini tidak terus dipolemikkan dan dapat memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) terlebih dahulu.

Katanya, semua pihak perlu fokus kepada isu sebenar PRU. - Sinar Harian, 25 Ogos 2012.




Bukan Islam makin fahami hukum hudud

KOTA BHARU, 5 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan melahirkan rasa kesal kenyataan pemimpin Umno dan pihak tertentu cuba menakutkan masyarakat bukan Islam terhadap hukum hudud.

Ketuanya, Lim Guan Seng berkata, isu hudud sengaja dibangkitkan mereka semata-mata bagi menimbulkan kekalutan politik terutamanya di Kelantan.

Katanya, biar pun pelbagai usaha dilakukan bagi memburukkan hudud, namun orang ramai terutamanya masyarakat bukan Islam semakin faham.

”Pada pandangan kami mereka sengaja mengungkitkan isu tersebut sedangkan sudah 18 tahun rakyat Kelantan diberi penerangan mengenai hudud,” katanya di sini.

Menurutnya juga DHPP Kelantan mengambil sikap proaktif mengadakan taklimat dan program-program penjelasan berkaitan hukum Hudud kepada masyarakat bukan Islam.

“Kami juga akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PAS dan mana-mana NGO bagi menjelaskan isu ini kepada masyarakat bukan Islam supaya mereka tidak mudah dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab,” ujar beliau. - Harakahdaily, 05 Okt 2011






Kefahaman bukan alasan tangguh hudud

Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.

Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam.

Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan. - Harakahdaily, 24 Ogs 2012.



Rakyat perlu nilaikan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS. Siapa yang polemikkan isu hudud sebenarnya ...



No comments:

Post a Comment