GEORGE TOWN, 20 Ogos - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata parti itu sentiasa menentang tindakan melompat parti.
Beliau berkata tindakan itu adalah satu perkara yang serius kerana melibatkan pengkhianatan anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat.
"Anda tidak boleh mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan kehendak rakyat dan DAP tidak akan bertolak ansur dengan tindakan melompat parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Karpal juga berkata DAP berharap pilihan raya umum akan datang adalah bersih dan calonnya juga bersih serta tidak mengkhianati rakyat.
Beliau berkata mahkamah telah mengisytiharkan bahawa tindakan melompat parti tidak menyalahi undang-undang namun melanggar hak perlembagaan untuk kebebasan berpersatuan.
Lagi artikel menarik, klik KLPOS
Ini adalah amaran keras kali kedua Karpal Singh terhadap Anwar Ibrahim ...
Teruskan dengan acara pancing katak-katak politik atau berhadapan dengan boikot dari DAP.
Kasihan Anwar, belum habis pening kepala dengan demand yang melampaui batas oleh Lajim dan Bumburing, Abang Besar DAP sudah beri kata dua.
Stop this bullshit or else you go Anwar ...
Lajim dan Bumburing mahu dua perkara yang cukup dituntut
Lajim sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru jika PR menang;
Lantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri (kuota Borneo – rotation dengan wakil Sarawak);
Itu belum masuk lagi dengan tawaran awal sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Lajim, Anwar semakin terbelit.
Anwar banyak lagi perkara yang mahu difikir. Kuota Pas. Kuota DAP. Semua perlu masuk senarai.
Ketika ini, Azmin tersenyum kerana dia pernah ingatkan Anwar dengan permainan politik Lajim.
Azmin sudah lama mengatakan keperluan PKR hati-hati dengan game yang mahu dimainkan oleh Lajim. Orang tak cukup inci (pendek) seperti Lajim ini bahaya. Azmin pernah ingatkan hal ini.
Siapa Lajim untuk demand sebagai Timbalan Perdana Menteri?
Karpal masih belum sejuk hati dengan isu Hudud PAS, Anwar pula tengah seronok memancing katak-katak politik 'yang dah expired'.
Anwar Ibrahim semakin teruk terbelit dan tersepit ... tak sampai gayanya ke Putrajaya.
No comments:
Post a Comment