Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen empat tahun lalu, layak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Di bawah Perlembagaan Persekutuan beliau masih tertakluk kepada larangan bertanding semula kerusi Parlimen.
Penasihat undang-undang dan pemimpin kanan PKR, R. Sivarasa; Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu bahawa undang-undang tidak mengenakan sebarang halangan jika seorang anggota Dewan Rakyat yang meletakkan jawatan tanpa alasan yang kukuh daripada bertanding kerusi Dun.
Semua ini memang dirancang dengan baik dan halus.
TS Khalid, sebagai Menteri Besar dikhabarkan sudah pun mempunyai perancangan jangan panjang untuk Kak Wan. Bagi menyediakan BUFFER untuk dirinya sendiri, Khalid lebih berminat untuk membawa Kak Wan ke Selangor dan berfungsi sebagai ‘pendinding’ kepada cubaan menjatuhkannya dalam politik.
TS Khalid bukannya Khalid yang lama. Zaman Guhtrie. Kaki tunduk dan malas nak melawan. Di bawah bimbingan Faekah dan jagaan Kak Wan, Khalid mempunyai idea politik yang berani dan wild. Salah satunya adalah menggantikan Azmin di Bukit Antarabangsa dengan Kak Wan. Alasan? Azmin diperlukan di peringkat Pusat; dan bukannya di peringkat Negeri.
Dengan kembalinya Kak Wan dalam DUN Selangor, salah satu jawatan yang selama ini diberikan kepada Pas, akan dikembalikan kepada Kak Wan dan PKR. Makna kata, Kak Wan juga akan berperanan sebagai Exco Kerajaan Negeri untuk menjaga kepentingan hal ehwal wanita.
Gandingan Kak Wan – Khalid – Faekah ini memang ‘shrewd’ dan ganas. Mereka boleh menikam dalam senyum. Inilah yang menyebabkan Azmin cukup risau dan khuatir.
Sementara Azmin berjanji ‘BULAN DAN BINTANG’ kepada ramai Ketua Cabang – Khalid hanya senyum dan mengangguk. Dalam sekelip mata, kalangan yang dicadangkan oleh Azmin boleh gugur dan tersungkur. Kali ini Azmin benar-benar akan terkena. Dengan menarik Kak Wan sebagai ADUN dan Exco, Khalid sudahpun mengesahkan tempatnya sebagai calon MB Selangor satu term lagi. Azmin?
No comments:
Post a Comment