KOTA BHARU, 19 Julai - Pulau Melaka kawasan kediaman Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mata dikejutkan setelah 160 orang penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom sambil disaksikan oleh Ketua Bahagian UMNO Pangkalan Chepa, Datuk Dali Bin Husin ketika majlis perasmian Gelanggang Silat 1Malaysia yang diadakan pada 18 Julai 2012, jam 3.30 petang di Kampung Babong, Pulau Melaka.
Majlis berkenaan dihadiri oleh 1,000 orang penduduk dan Jamil Khir turut memberi bantuan sebanyak RM 5,000 untuk pembangunan silat di Kampung Pulau Melaka serta empat buah khemah untuk penduduk. Rata-rata yang hadir dalam majlis ini terdiri daripada pengikut PAS. Majlis yang dianjurkan sendiri oleh penduduk Kampung Babong.
Pulau Melaka yang diketuai oleh Haji Muhammad Din bergotong-royong sesama mereka untuk memanggil Menteri bagi mendengar rintihan rakyat memandangkan wakil rakyat mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik walaupun tinggal berdekatan dengan rumah kediaman Menteri Besar Kelantan.
Borang keahlian UMNO diserahkan oleh empat wakil yang mewakili kampung masing-masing antaranya wakil Kampung Pulau Melaka yang di wakili oleh Azlan Che Pa, Kampung Babong oleh Mohd Fadhil, Kampung Ujong Tanjung oleh Raja Ali dan Kampung Tok Ku oleh Azwa. Mereka ini dahulunya adalah pengikut PAS kuat sebelum ini.
Antara punca mereka memasuki UMNO adalah disebabkan oleh tindakan PAS Pangkalan Chepa ynag diketuai oleh MB Nik Aziz dan Nik Amar telah mengabaikan kebajikan penduduk di kawasan kampung Pulau Melaka itu sendiri yang menjadi tempat kediaman MB Kelantan. Malah menurut mereka kepimpinan Nik Aziz tidak mengendahkan kebajikan rakyat dan terus membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal hanya beberapa meter dari rumah Nik Aziz.
Nik Aziz juga dikatakan lebih mengutamakan rakyat dari luar kawasan termasuk dari negeri lain untuk berjumpa dan mendengar masalah berbanding dari rakyat di kawasan sendiri. Malah Nik Aziz juga sanggup memberi bantuan kewangan kepada peserta BERSIH 3.0 daripada bantuan kepada rakyat miskin di kawasan berkenaan. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan menyebabkan penduduk berindak memasuki UMNO sebagai manifestasi ketidakpuasan hati rakyat.
Sebaliknya penduduk lebih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri yang dilihat ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam membantu rakyat tanpa mengira latar belakang kaum mahupun politik. Kesungguhan PM dalam membantu rakyat telah memikat hati mereka untuk memasuki UMNO dan bersama-sama ingin membantu menjayakan transformasi PM dalam memperkasakan agama, bangsa dan negara.
Salah seorang daripada wakil dari Kampung Pulau Melaka, Azlan Che Pa menyatakan mereka mahu melihat kemajuan dan perubahan di kampung mereka disamping ingin melihat kehidupan rakyat berubah setanding dengan rakyat di negeri lain.
Beliau juga mengharapkan rakyat di seluruh Kelantan bersama-sama berubah untuk kemajuan diri kerana selama 22 tahun PAS memerintah Kelantan mereka masih gagal memajukan rakyat. Tempoh masa yang terlalu lama telah diberikan kepada PAS dan kini sudah tiba masanya untuk rakyat Kelantan membuat perubahan.
Menurut beliau lagi kalau penduduk di Kampung Pulau Melaka sendiri sudah tidak mempercayai kepimpinan PAS apatah lagi penduduk di kawasan lain turut diminta menolak PAS. Beliau yang ditemui tidak mahu berceritakan tentang keburukan Nik Aziz kerana tidak mahu mengaibkan Nik Aziz namun hakikat sebenar yang rakyat perlu ketahui adalah Nik Aziz dan Nik Amar gagal menjalankan tugas dengan baik dan kesannya telah dirasai oleh penduduk Kampung Pulau Melaka sendiri.
sumber : KLPOS
Orang Kelantan tidak mahu lagi puak-puak taksub ini mentadbir negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Penduduk belakang rumah Nik Aziz pun sudah bakar baju hijau.
Detik perubahan semakin kuat melanda Kelantan ...
SELAMAT TINGGAL PAS KELANTAN KAMI UCAPKAN ..SETELAH SEKIAN LAMA BERSAMA MU...SELAMAT TINGGAL !!
ReplyDeleteBUKAN DI SITU SAJA, APA YANG AKU PERHATI DAN MENDAPAT PERKHABARAN ANGIN PERUBAHAN SEDANG MELANDA SELURUH KELANTAN......TAHNIAH AKU UCAPKAN KEPADA RAKYAT KELANTAN YANG MASIH ADA AKAL UNTUK BERFIKIR DAN MENILAI......SESUNGGUHNYA KEALPAAN KITA YANG LALU MERUPAKAN SATU KESILAPAN YANG MAHA BESAR.....KITA TERUS MEMBIARKAN MANUSIA YANG TIDAK RETI DAN BAGHAL MENTADBIR NEGERI YANG MAKMUR INI MANJDI NEGERI MUNDUR DAN TERKEBELAKANG......KESEDARAN DAN HIDAYAH ALLAH MULA MENYINARI HATI-HATI RAKYAT KELANTAN UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN...SEMUA INI MENDAPAT GANJARAN ALLAH KERANA MENJAUHKAN DIRI DARI MANUSIA YANG BANYAK MEMBAWA KEROSAKAN KEPADA AGAMA DAN BANGSA.......AYUH RAKYAT KELANTAN YANG ADA HATI DAN KUALITI TINGGALKAN PERJUANGAN PAS YANG MAHA SIA-SIA......SUDAH TERLAMPAU LAMA KITA MEMBIARKAN NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG KETINGGALAN DARI ARUS PERDANA.....AYUH KITA BANGUN DAN KERAH SELURUH GENERASI UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN.......KALIAN ADALAH INSAN BERKUALITI USAH BIARKAN LAGI ANDA DIPERBODOHKAN SEKALI LAGI...AYUH BANGKIT..AYUH BANGKIT..AYUH BANGKIT..KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA-SAMA KITA.........yang benar ABE ZUL KOTA BHARU.
ReplyDeletesetakat 160 orang, nik aziz tak goyangpun..anytime dia boleh rekrut kaki gam, kaki kuda, kaki dadah masuk parti dia..
ReplyDeletenak nampak cun, dia ambik artis sesat mana ntah..ambik orang siampun dia boleh..x sia sia dia bina patung berhala banyak untuk org siam..
lain kalau 160,000 orang pas yang keluar parti serentak, itu boleh buat dia meninggal terus ler..
tapi nak dapat 160,000 orang pas keluar parti serentak, perghh gila ler kalau boleh buat kan hehehehe.