Tuesday, July 24, 2012

Tantawi BAKAL TERIMA NASIB Seperti HASAN ALI - Tuan Ibrahim Tuan Man

alt

PETALING JAYA, 24 Julai - Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebaliknya mahu Karpal 'tutup mulut' daripada memberi pandangan mengenai prinsip dan dasar parti itu. Malah ahli politik veteran itu diminta melihat isu besar yang dipersetujui secara bersama dalam pakatan pembangkang demi matlamat politik masing-masing.

"PAS harap Karpal menghormati dasar dan perjuangan PAS yang sudah diketahui umum. Kita tidak akan sekali-kali berhenti daripada menegakkan Islam.

"Justeru Karpal seharusnya melihat perkara besar yang sudah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat kerana itu adalah lebih utama," katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Karpal yang meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kepimpinan PAS perlu akur dengan Buku Jingga yang tidak memasukkan hudud sebagai satu agenda pemerintahan Malaysia dan manifesto dalam pilihan raya akan datang.


Artikel selanjutnya, KARPAL JENTIK LAGI TELOR PAS



PAS semakin terperangkap dengan permainan politik sendiri. Buku Jinggay perlu dijadikan kitab yang perlu dipatuhi oleh setiap puak-puak cicak mengkarung hijau.

Bila DAP bersuara, PAS perlu akur, tunduk dan patuh ...

Nasrudin Tantawi bakal disejukbekukan oleh PAS ... atau Ketua Pemuda PAS bakal menerima nasib yang sama seperti Hasan Ali.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhh_5l2Qa52Cx04p1UiG4_heVqFf8bUXcZfLkXi9ZSR6YSlT11Lg5Dn3Dl4Y132bBxa9XbNIHcXx3LgyQIVtOljKFjfqjuxFZIEOGSvM4FwEqCmsRrmWf5H0M999nUzxO_ntT4zmqaKK73C/s400/COVER+004.jpg



4 comments:

  1. Apa maksud Tuan Ibrahim nii.. adakah ini akan membenarkan pembohongan yang dilakukan oleh Ketua Pemudanya atau dengan kata lain DAP mesti berdiam diri dan biarkan Ketua Pemuda PAS mereka-reka cerita mengatakan DAP menerima Hudud asalkan UMNO yang merupakan parti Melayu (baca Islam) dijatuhkan ...dari kenyataan itu juga Tuan Ibrahim menggalakkan pembohongan dan Fitnah dikalangan Ahlinya termasuk juga pemimpin-pemimpinnya ...APA DAH JADI DENGAN PAS NI ??????

    ReplyDelete
  2. Dengar cerita Tuan Ibrahim ni ahli lembaga Pengarah syarikat yg import daging Halal ke Malaysia...sebab tu dia pun tak suka kewujudan NFC yg bakal pecah monopoli pasaran daging syarikat bukan Islam...

    ReplyDelete
  3. apsal PR berlumba dan mengejar nakkan putrajaya?...walhal pihak lain perintah negara cukup bagus.....nampak sgt kemaruk kuasa dan agenda pribadi

    ReplyDelete
  4. jawapan mudah pada anon di atas : pangkat + kuasa + peluang buat duit

    ReplyDelete