Monday, July 23, 2012

Saya DIFITNAH, DIAIBKAN Pernah Berkahwin Dengan DS ROSMAH - Video Pengakuan Farid Ismeth Emir





Cukup sadis permainan politik pembangkang, baik pemimpin mahupun pengikut tegar mereka. Apa sahaja yang mampu difitnah, semuanya dihalalkan demi membohongi rakyat.

Nah ... Farid Ismeth Emir akhirnya menjawab berbagai tohmahan, fitnah dan tuduhan berat pembangkang bahawa beliau pernah berkahwin dengan DS Rosmah. 


Kedangkalan pembangkang mengakibatkan Farid Ismeth Emir dan keluargnya menanggung malu sehingga menjadi buah mulut kenalan, orang ramai terhadap 'skandal kosong dan fitnah' permainan pembangkang.

Individu yang tidak berdosa turut terpalit ke dalam kancah politik semata-mata mahu mendapatkan sokongan dan undi.

Pengendali laman blog ini nyata telah melakukan fitnah yang amat dahsyat terhadap Farid Ismeth Emir dan Datin Seri Rosmah Mansor.


Dosa dan haram tolak ke tepi ... Fitnah dan tohmahan perlu dipertajamkan demi mengangkat Anwar Ibrahim dan pembangkang untuk menduduki Putrajaya.

Demi kuasa, juak-juak pembangkang ini sudah tidak mampu membezakan perkara yang halal atau haram.

Inilah hasil tarbiyah dan didikan puak-puak cicak mengkarung hijau demi mencapai status penghuni syurga.




Matlamat Menghalalkan Cara ...Rakyat perlu menolak pembangkang mulai saat ini.

Apa lagi tohmahan dan fitnah yang bakal dilancarkan oleh pembangkang selepas ini ...



No comments:

Post a Comment