Kewujudan SUARAM Juga Berasaskan Penipuan?
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang banyak membuat bising dan giat berusaha memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri telah pun dibuktikan sebagai penipu.
Beberapa tuduhan mereka berkenaan isu kapal selam scorpene telah pun dikantoikan dengan jelas sekali di mana perbicaraan langsung tidak berlaku di Mahkamah Perancis.
Namun, SUARAM sudah begitu sebati dengan menipu dan mereka langsung tidak hairan jika penipuan mereka terbongkar.
Apa nak dihairankan dengan sikap SUARAM ini apabila bukan sahaja aktiviti hariannya adalah menipu, tetapi asas kewujudan SUARAM itu juga adalah satu pembohongan.
SUARAM, selama ini mewar-warkan diri mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga mereka demi memperjuangkan hak asasi dan keadilan.
Namun, semalam Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah telah mendedahkan bahawa menerusi semakan dokumen awam SSM, beliau mendapati SUARAM adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan sebuah NGO seperti yang diwar-warkan mereka.
Lebih menarik lagi ialah ‘syarikat SUARAM’ ini didapati mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010.
Adalah difahamkan bahawa pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.
Perkembangan ini sekali gus menguatkan lagi pendapat ramai bahawa SUARAM adalah talibarut asing yang tugasnya adalah untuk mencipta suasana tidak tenteram dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan yang memerintah bagi membuka jalan kepada boneka asing, iaitu pihak pembangkang untuk berkuasa sama ada melalui pilihanraya mahupun jalanraya.
Sudah lama rakyat tertanya-tanya bagaimana sebuah NGO yang tidak berorientasikan keuntungan mendapat wang untuk ke sana ke mari memburukkan kerajaan?
Bagaimana mereka mengupah peguam dari luar negara dan bagaimana mereka menanggung kos perjalanan, penginapan dan makan minum pegawai serta peguam mereka dalam ‘misi’ memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia? Itu belum termasuk kos dokumentasi dan lain-lain kos pengurusan dan pentadbiran.
Dengan pendedahan ini, terjawablah sebahagian dari kemusykilan rakyat terhadap SUARAM.
Sebelum ini SUARAM juga telah didedah sebagai menerima bantuan dari pertubuhan-pertubuhan luar dari rangkaian CIA.
Berdasarkan pendedahan rekod kewangan ‘syarikat’ mereka ini, tidak mustahil sama sekali bahawa semua pendedahan tersebut adalah benar belaka.
SUARAM tidak boleh lari lagi kali ini. Untuk ke sekian kalinya, selain dari menuduh dan menuntut agar orang lain menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka, SUARAM perlu menjawab tuduhan ke atas mereka pula:
Apakah ia sebuah syarikat perniagaan? Jika ya, apakah yang mereka perniagakan? Apakah ia sebuah NGO? Jika ya, dari mana datangnya sumber kewangan?
Mungkin SUARAM perlu lupakan sekejap soal kapal selam. Lagipun, menurut SUARAM kes tersebut sedang ‘dibicarakan’ bukan? Jadi, biarlah ‘perbicaraan’ berjalan dengan tenang sementara kita menunggu keputusannya.
Buat masa ini, SUARAM perlu jelaskan pertuduhan ke atas mereka terlebih dahulu iaitu benarkah mereka ditaja oleh CIA?
Jika tidak, kenapakah SUARAM perlu mencipta publisiti ke atas kes yang kononnya ‘sedang dibicarakan’? Apakah yang SUARAM cuba capai sebelum ‘keputusan perbicaraan’ diumumkan?
Jika benar SUARAM adalah sebuah organisasi yang telus dan berniat baik, maka SUARAM tidak harus punya masalah untuk menangani persoalan mudah ini.
KENAPA TERUK SANGAT MUKA DIA NI...KSIANLA...APA LAGI YANG NK DI BUAT GAK NYA YEK...NAK...NAK JGK JD PM..
ReplyDeletedah tua nak mampus pun masih nak menipu, memfitnah, membontot dsb lagi... sudah2 la tu... sedar la wahai manusia...tu pun jika anda manusia...
ReplyDeleteSebab itu puak sial laknat ini mendesak ISA d hapuskan kerajaan ini gua pelik ahsyik beri peluru kepada pakatan hampas melalui NGO yg juangkan Hak Asasi Manusia, suara minoriti penting atau majoriti, malangnya sejak era paklah suara sikit ini di dengar oleh kerajaan, kenapa singapura yg dikatakan demokrasi tak hapuskan ISA meka, why negara kita,,,undang2 pencegahan saperti akta darurat di hapuskan pada hal penjenayah yg tak dapat di buktikan jenayah meka saperti bapak ayam, Bapak judi, taukey vcd dan lain tak pun sokong BN wpun undang2 da d hapuskan,,BN beri peluru untuk tembak kaki sendiri....ramai yg bijak tp x pandai, itu silapnya
ReplyDeleteMungkin Anwar adalah dalang pembunuhan Altantuya! Kena ingat, Anwar akan gunakan apa sahaja untuk jatuhkan orang lain dan kemudian nak jadi PM.. Dengan duit 3000juta (3billion) tak mustahil Anwar boleh beli dan buat apa sahaja.. Anwar adalah mastermind terhadap segala paksi kejahatan.. bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup.. sebagai agen Yahudi di Malaysia, sudah pasti proksi2 Yahudi dan Zionis, US boleh mengarahkan agar Altantuya diletupkan degan C4 oleh agen2 perisik mereka dengan megkambing hitamkan Azilah..
ReplyDeleteteori kematian Altantuya perlu dikaji dan ditulis semula..
kesian tengok anwar dalam buletin utama di tv3 tadi, kurus kering, seghoh, nampak serabut, nampak sugul di sebalik senyuman yang pura-pura
ReplyDeletekurus kering sebab tak dapat bontot, lama-lama mati berangan sebab tak dapat jadi pm. puih!
ReplyDelete...Berani kerana benar, takut kerana salah. Anwar Ibrahim takut bersumpah. Adakah ini membuktikan bahawa ia bersalah?. Jika diikutkan peribahasa diatas maka demikianlah keadaannya Anwar. Dia takut bersumpah kerana dia bersalah. Patutkah kita terus menyokong orang yang bersalah?. Pasti tidak!. Jadi, di PRU akan datang jangan lupa tolak habis habisan silaknat saekor ini serta kuncu kuncunya. Hapuskan terus PKR...
ReplyDelete