KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang Kumpulan NST/BH, Dato Jalil Abdul Hamid telah sabotaj persediaan pilihanraya Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan sepatutnya dipecat di atas pengkhianatan ini.
Sabotaj ini dilakukan dengan melaporkan kenyataan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Dato Abu Bakar Abdullah seolah beliau dianiaya dipecat dari jawatan dan membantu menimbulkan salah faham dan keresahan dikalangan kakitangan awam.
Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan. Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan.
Laporan Berita Harian, yang telah diluluskan penyiaran oleh Jalil, mendedahkan rungutan Abdullah yang sebelum ini hanya desas desus dikalangan sekumpulan kecil pegawai kerajaan. Kini ianya telah tersebar hingga ke portal pro-pembangkang.
Disebarkan pembangkang
Laporan tersebut tidak dapat diperolehi secara online tetapi disiarkan di Berita Harian edisi hari minggu semalam bertarikh Julai 1hb.
Namun begitu, ia telah dilaporkan semula oleh portal pro-pembangkang yang diuruskan oleh bekas-bekas wartawan dan penyunting dari News Straits Times, The Malaysian Insiders. Laporan mereka berbunyi:
Abu Bakar confirms sacked as PSD chief
By Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, July 1 — Tan Sri Abu Bakar Abdullah has confirmed he lost his job as director-general of the Public Service Department (PSD) as of today, which sources say is related to Putrajaya’s aborted new pay scheme for civil servants.
Despite the government’s move to extend the civil service retirement age to 60, the 57-year-old senior civil servant of 35 years said he was “saddened” to find out about the termination only through an official letter.
“My family and I are still saddened by this situation. I did not retire but my service was terminated effective July 1, 2012.
“I received a letter informing me of the termination of my service. I think that is enough for me to say right now,” he was quoted by Berita Harian (BH) Ahad as saying.
The Malay-language paper is the revamped weekend edition of Berita Harian. It was previously known as Berita Mingguan.
The paper reported Abu Bakar (picture) saying that he had opted to retire at 60, but the government’s unexpected decision meant that his benefits and pension would only be considered until June 30, 2012.
He has so far refused to comment on the reason for his termination, and whether it has anything to do with the PSD’s controversial Public Service Renumeration Scheme (SBPA), which was axed after protests from within the civil service.
Abu Bakar was previously tipped to be the next Chief Secretary to the Government, but Datuk Seri Dr Ali Hamsa has since taken over.
Abu Bakar, whose department was blamed for disparate pay rises for civil servants early this year, was widely expected to leave government service.
His termination comes amid a on-going debate over the civil service’s impartiality, after newly-minted chief secretary Ali raised eyebrows when he told his new charges that they “should know better” than to believe the “empty promises” made by the opposition.
The 1.4-million-strong public sector has been a traditional vote bank for BN but the controversy over a new pay scheme and attacks on the ruling parties by PR over bread-and-butter issues may offer the federal opposition a glimmer of hope in the coming polls. But recent days have seen top government officials go on an apparent overdrive to protect the BN government they serve.
Apart from Ali’s message to the civil service, Foreign Ministry undersecretary Ahmad Rozian Abdul Ghani recently attacked a Canadian newspaper for describing Datuk Seri Najib Razak as a “false democrat,” and insisted that the prime minister had “an impressive track record by anyone’s standards”.
A director at Putrajaya’s efficiency unit, Pemandu, also made a public attack on PR on Wednesday for not improving the states it governs and focusing on sniping and criticising the federal government’s efforts.
Tidak dapat dipastikan samada laporan bersama oleh The Malaysian Insiders itu dirancang. Namun tindak tanduk Jalil boleh dianggap mengkhianati Perdana Menteri.
Letak jawatan
Jalil seharusnya mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan. Jika dia enggan, dia seharusnya dipecat segera.
Isu yang mahu ditimbulkan oleh Abu Bakar dan dia bantu oleh Jalil adalah dia mahu terus berkhidmat tetapi kerajaan tidak terima permohonannya ini. Dengan ini, perkhidmatannya berakhir pada Jun 30 dua hari lepas.
Sebelum ini, Abu Bakar dijangka akan mengambilalih jawatan Ketua Setiausaha Negara dari Tan Sri Sidek Hasan yang ketika itu akan pencen. Walaubagimana pun, Najib tidak membuat keputusan mengikut jangkaan dan telah memilih Dato Dr Ali Hamsa untuk dilantik KSN.
Abu Bakar dipercayai tidak dipilih dan ditamatkan perkhidmatan kerana kegagalannya dalam merangka kenaikkan gaji sekim SBPA yang telah dipertanggungjawabkan secara terus oleh Perdana Menteri sendiri kepadanya.
CUEPAC telah mendedahkan bahawa sekim SBPA yang diusahakan Abu Bakar hanya menguntungkan pegawai atasan kerajaan dengan kenaikkan gaji hingga 80%, manakala kenaikkan diperingkat bawah agak nominal.
Kenaikkan gaji yang sepatutnya dapat memuaskan hati kakitangan awam menjadi satu liabiliti politik kepada Perdana Menteri kerana ia hanya menimbulkan ketidk puasan hati dikalangan kakitangan kerajaan.
Ini memalukan Perdana Menteri yang terpaksa menukar keputusan dan memperkenalkan sekim SSB baru untuk menggantikan sekim SBPA.
Namun begitu, Abu Bakar tidak mengambil bertanggungjawab dengan kesalahan besarnya itu tetapi masih mengharapkan dapat terus berkhidmat hingga ke umur 60 tahun. Sebab pemecatannya pun turut tidak disebut.
Gagal
Sejauh mana kenyataan Abu Bakar akan menjadi isu masih tidak dapat dijangka. Sebelum ianya membesar dan berlaku pelbagai lagi sabotaj dari NST atau BH, tindakan segera dengan menghentikan perkhidmatan Jalil adalah perlu.
Jalil menggantikan Dato Zainul Ariffin sebagai Ketua Pengarang Kumpulan. Dibawah Zainul, NST berubah dari akhbar penuh menjadi akhbar gaya hidup yang tidak membantu penerangan kerajaan dan propaganda parti. Anihnya bahagian politik ditutup dan NST adakala lebih mirip seperti akhbar untuk parti pembangkang.
Sebelum ini, Jalil adalah Pengarah Komunikasi Pejabat Perdana Menteri. Dia yang seharusnya faham keperluaan mengemaskinikan NST dan peranan NST sebagai salah satu dari beberapa akhbar penyokong kerajaan.
Berbanding dengan Utusan Malaysia dan TV3, NST dan BH begitu kurang sekali membantu usaha kerajaan dan parti pemerintah. Dengan laporan mengenai Abdullah, nampaknya NST dan BH seolah-olah menjadi "duri dalam daging" pula.
sumber : THE UNSPINNERS
Kita lihat apa pula komen 'handbrake' dari Pengerusi Media Prima Berhad (MPB), Datuk Johan Jaafar dalam hal ini.
GWM pun pernah mendengar dari mulut-mulut kenalan rapat Pengerusi MPB ini. Boleh tahan juga mulut Johan Jaafar ini 'backhand' BN ...
Saya seorg pnyokong kjaan dan juga seorg student media. Namun saya tidak setuju perkara ini kerana ini adalah suatu ketidakbebasan media di Malaysia. Media arus perdana di Malaysia di kawal penuh pemerintah dan sememangnya sesuatu yang tidak sihat dalam kebebasan media. Setiap penerbitan di akhbar dan berita di kawal dahulu oleh 'tangan2 pemerintah' sebelum is sampai kepada rakyat. Ini adalah sesuatu yang melanggar etika media. Jika kerajaan terus mengawal media sebigini,mgkin skongn rkyat kpd krjaan akan lg brkurg..
ReplyDelete