Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya bersyukur kehadrat Allah SWT dan menerima baik keputusan Pihak Peguam Negara didalam memfailkan Petisyen Rayuan ke Mahkamah Rayuan kelmarin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9hb Januari 2012 yang telah melepas dan membebaskan tertuduh.
Saya dan keluarga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Petisyen Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana.
Kami berharap, tarikh rayuan yang bakal ditetapkan kelak tidaklah terlalu lewat dan prosiding berjalan dengan lancar.
Untuk rekod, pada 28 Jun lepas, genap 4 tahun dari hari saya membuat laporan polis. Walaupun ia satu tempoh yang lama, namun saya akan terus berdoa, istiqamah dan sabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah.
Akhir kalam, Saya dan keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.
Kepada Allah saya berserah.
sumber : blog SAIFUL BUKHARI AZLAN
InsyaALLAH..Amin..saya akan tetap terus menyokong anda..Jangan menyerah selagi terdaya...!
ReplyDeleteSyukur dan semoga keadilan disertakan dengan pembalasan akan dijadikan ikhtibar kepada mereka-mereka yang tidak sedar dan sesat hanya kerana politik. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.
ReplyDelete*kejernihan sinar wajah anda lebih terserlah tapi keruh dan kusam wajah sipelaku membuktikan siapa yang benar disisi Ilahi"
Lirik Lagu Kes Liwat.
ReplyDeleteIntro*
Repot...siasat...
Chorus*
failing...bicara...tunda..tangguh....pelbagai alasan..ulasan..lepas bebas(tapi lakukan)..
sekarang rayuan..
pasni (ulang Chorus..)
hahahaha...
ketawa beramai2 penyokong2
Anwar Al-Juburi
-Mat Sabu.