Friday, June 1, 2012

Selepas PRU-13 ... PUSAT URUT AKAN DITUTUP - Khalid Ibrahim

alt 
 Mana Boleh Tutup Terlalu Cepat. Ini Sumber Kewangan Selangor

HULU LANGAT, 30 Mei 2012 - Kerajaan Negeri Selangor dilihat masih terkial-kial mencari penyelesaian masalah kegiatan tidak bermoral di rumah-rumah urut di sekitar negeri tersebut.
 
Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memberitahu kerajaan negeri bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan masih di peringkat membuat kajian bagi mengatasi masalah penyalahgunaan lesen rumah urut di Selangor.
 
Antara kajian yang sedang dilakukan katanya adalah untuk memastikan samada kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk merampas premis yang didapati menjalankan aktiviti tidak bermoral.
 
Katanya lagi, usaha sedang dijalankan bagi memastikan jika premis yang melakukan aktiviti tidak bermoral tersebut disewa, pemilik sebenarnya juga akan dipertanggungjawabkan.
 
"Kerajaan negeri sedang menyediakan aturcara undang-undang. Sebelum dikuatkuasa, PBT akan mengeluarkan amaran terlebih dahulu.
 
"Selepas diberi amaran, jika premis itu masih menjalankan kegiatan tidak bermoral, PBT akan beri borang perampasan. Akhirnya pemilik tanah harus bertanggungjawab," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas program khas Terima Kasih Rakyat di Hulu Langat hari ini.
 
Selain itu, Khalid turut menambah yang kerajaan negeri mungkin akan melaksanakan 'aku janji' kepada pemilik premis perniagaan bagi menangani masalah kegiatan tidak bermoral di rumah-rumah urut di Selangor.
 
"Keduanya, jika pemilik premis menyewakan premis mereka, dan didapati perniagaannya meragukan, kita nak pemilik tanah menandatangani aku janji setuju jika penyewa langgar syarat perniagaan, premis tersebut akan dirampas," katanya.
 
Aktiviti tidak bermoral di rumah-rumah urut didapati semakin bercambah sejak Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran Selangor pada 2008.
 
Di Pekan Kuala Selangor sahaja, tujuh pusat urut dikesan beroperasi.
 
Perkara ini membimbangkan penduduk-penduduk di negeri ini yang risau ia akan memberikan kesan negatif kepada golongan muda.


sumber : KLPOS


Lihat alasan demi alasan yang diberikan oleh Khalid Ibrahim ...






 



No comments:

Post a Comment