Thursday, June 28, 2012

Papa Mahu AIBKAN NAJIB Dalam Parlimen - Nurul Izzah


FAKTA ISU SCORPENE DEDAH PEMBOHONGAN BESAR ANWAR
Tiada Perdana Menteri di negara ini yang terpaksa berdepan dengan kezaliman pihak pembangkang berbanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau bukan sahaja difitnah, ditohmah dan dijadikan sasaran bagi senjata politik pembangkang, tetapi mereka juga turut menyeret isteri dan ahli keluarganya yang tidak berdosa.

Daripada kes kematian bekas pembantu Exco Selangor hinggalah kepada isu kapal selam Scorpene, semuanya disalahkan kepada pundak Perdana Menteri.

Yang merancang segala jentera propanda licik ini tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim yang mengepalai tiga puak yang berlawanan ideologi, prinsip perjuangan dan kepentingan politik.


Namun kenyataan anggota bebas Parlimen, Datuk Seri Zahrain Hashim dua hari lalu berhubung isu Scorpene telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu.

Ia sekali gus meranapkan strategi Anwar dengan mengeksploitasi pertubuhan bukan kerajaan, Suaram untuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan besar dalam kempen fitnah pembangkang terhadap Perdana Menteri.

Anggota Parlimen itu mengatakan bahawa selama ini Suaram telah diperalatkan oleh Anwar untuk menipu rakyat dengan mereka-reka isu tersebut.

Pertama katanya, siasatan pihak polis Perancis mendedahkan bahawa tidak wujud sama sekali mana-mana rekod imigresen yang menunjukkan wanita bernama Altantuya Shaariibuu telah memasuki negara itu antara tahun 1999 dan 2006.

Ini bermakna dakwaan pembangkang bahawa Datuk Seri Najib telah dilihat bersama-sama wanita itu dan Abdul Razak Baginda adalah pembohongan semata-mata.

Sekali gus perbuatan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mencipta gambar Perdana Menteri kononnya sedang makan dengan Altantuya dan Abdul Razak menggunakan kaedah 'photoshop' juga mendedahkan niat jahat pembangkang sejak dari awal lagi.


Fakta kedua yang mendedahkan kepalsuan tuduhan pembangkang ialah Altantuya tidak fasih berbahasa Perancis seperti mana yang didakwa mereka.

Ini jelas membuktikan dakwaan bahawa wanita itu telah menjadi orang perantaraan sebagai penterjemah dalam urusan jual beli kapal selam antara kerajaan Malaysia dan Perancis adalah palsu dan pembohongan yang jelas.

Malah menurut Datuk Seri Zahrain, semua perbincangan rasmi antara kedua pihak diadakan dalam bahasa Inggeris dan dengan itu keperluan untuk menggunakan khidmat seorang penterjemah tidak wujud sama sekali.

Penjelasan beliau telah berjaya mendedahkan komplot dan motif sebenar pembangkang yang mahu memalukankan kerajaan dengan menyebar fitnah dan memburukkan nama baik negara di mata dunia.

Anwar beranggapan isu Scorpene yang dibangkitkan adalah senjata politiknya yang ampuh untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri, tetapi sayang sekali senjata yang diharapkan memakan diri sendiri.

Pergolakan politik yang berlaku di Selangor dan pembohongan besar pembangkang dalam isu Scorpene adalah resipi terbaik yang akan memastikan mereka berkubur pada pilihan raya umum akan datang.

NURUL IZZAH SAHKAN SUARAM PEMBOHONG
Nurul Izzah terpaksa menerima hakikat bahawa tidak ada perbicaraan yang berlangsung di Perancis mengenai isu kapal selam Scorpene. Dalam Sidang Parlimen 26hb Jun baru-baru ini, Nurul Izzah antara lainnya bertanya Menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan berhubung kes tersebut.

Y.B Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa keperluan itu tidak timbul kerana pihak Perancis telah memaklumkan bahawa tiada perbicaraan yang berlangsung mengenai kapal selam scorpene di negara itu.


Nurul Izzah kemudiannya akur dengan jawapan tersebut dan bertanya lagi sama ada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut dan dijawab oleh Menteri Pertahanan sebagai tidak perlu kerana pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat mengikut tatacara perlaksanaan kontrak perolehan pertahanan negara.

Maka dengan itu, semakin jelaslah penipuan SUARAM mengenai perbicaraan di mana Nurul Izzah sendiri telah mengesahkannya apabila memohon penubuhan Suruhanjaya DiRaja sebagai ‘ganti’.

Benar, bahawa penyiasatan sedang dijalankan mengenai urusniaga kapal selam oleh syarikat DCNS di Perancis. Tetapi, penyiasatan itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan mahupun pemimpin-pemimpin di Malaysia, tetapi melibatkan syarikat tersebut, dengan ahli-ahli politik di sana. Ia masih di peringkat siasatan dan bukannya perbicaraan.

Nama Altantuya Shaariibuu juga langsung tidak terlibat, malah nama Perdana Menteri juga tidak disebut. Malaysia tiada kena mengena dengan penyiasatan itu melainkan mungkin, sebagai pembeli sahaja.

Gambar yang didakwa pembangkang sebagai Altantuya berdiri dihadapan Notre Dame Cathedral, Paris sebenarnya adalah gambar yang berlatarbelakangkan Gothic Cathedral Duomo, di Milan, Itali.

Untuk SUARAM membangkitkan soal sapina merupakan sesuatu yang amat lucu sekali kerana bagaimana untuk mengsapina sesiapa jika perbicaraannya tidak ada?

SUARAM, atau lebih tepat, pembangkang bukan sahaja mempunyai tabiat yang suka menipu tetapi lebih buruk lagi ialah mereka sanggup menipu tanpa batasan. Tidak cukup mereka memburukkan sistem kehakiman dan pihak berkuasa di Malaysia, kini mereka turut membadutkan hakim dan mahkamah Perancis pula. Malah mereka juga menggambarkan polis Perancis sebagai tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara tersebut.

Mereka juga sanggup mengheret orang yang telah mati untuk dijadikan modal politik secara berterusan memandangkan orang tersebut tidak mampu membela diri atau menjelaskan apa-apa lagi. Mereka juga tidak malu menggunakan nama orang yang masih hidup seperti Jasbir Singh Chahl, yang ditohmah kononnnya akan disapina untuk hadir ke perbicaraan fantasi mereka.

Walaupun telah terkantoi berkali-kali, mereka tetap berdegil ingin mengasak isu yang sama.

Ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat mula bertanya, setelah jelas kini bahawa isu ini sengaja diada-adakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, maka apakah ia bermakna pembunuhan Altantuya juga didalangi oleh mereka?


Sememangnya pelik apabila Altantuya dikaitkan dalam isu yang beliau langsung tiada kena mengena. Dan memang pelik apabila namanya tetap disebut walaupun telah jelas beliau langsung tidak memasuki Perancis pada ketika urusniaga scorpene berlangsung. Perdana Menteri juga tidak mengenali Altantuya dan telah bersumpah sebanyak empat kali mengikut landasan Islam mengenainya.

Justeru, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki yang segala apa yang dituduh oleh pembangkang terhadap kerajaan dalam isu scorpene ini, adalah sebenarnya apa yang telah dilakukan sendiri oleh mereka dengan niat untuk memerangkap kerajaan.


Dengan itu, Nurul Izzah boleh meneruskan lakonannya di parlimen dan SUARAM boleh meneruskan penipuan mereka di media tetapi rakyat jua yang akan menghakimkan mereka. Di mata rakyat, kredibiliti SUARAM, Nurul Izzah dan pembangkang keseluruhannya telah musnah sama sekali.

Malah, ramai rakyat yang sinis berkata bahawa mereka mengesyaki para penulis komen menyokong SUARAM dan Nurul Izzah di portal-portal dan blog-blog pro-pembangkang adalah kebanyakannya orang yang sama yang diupah oleh SUARAM untuk menyedapkan hati sendiri kononnya masih ramai yang menyokong mereka.



4 comments:

  1. Cukup-cukuplah tu Anuar Ibrahim dan semua kuncu-kuncu termasuk PAS dan DAP (PR) Tembelang fitnah yang dicipta akan terdedah sedikit demi sedikit berkat dari doa semua pengikut PAS.
    Tunggu aja PRU 13 samada PR di Putrajaya atau Putrajaya melambai tangan pada PR.
    Allah s.w.t. akan bayar tunai setiap perbuatan keji.

    ReplyDelete
  2. PENYOKONG UMNO (SKRG NIH) SOKONG KEPEMIMPIN PM NAJIB YG ADE KAITAN DENGAN KES P'BUNUHAN ALTANTUYA GUNA BOM KHAS ASKAR MELAYU , SOKONG ROSMAH M'BAZIR DUIT RAKYAT BELI CINCIN MAHAL JUTA2, SOKONG PIMPINAN UMNO RASUAH MCM SHAHRIZAT PAW PROJEK LEMBU NFC 250 JUTA , SOKONG BELIA MELAYU ISLAM JOGET K-POP TGK POMPUAN SEKSI (MENTERI PEMBANGUNAN WANITA-NAJIB) , SOKONG BELIA SAMSENG PUKUL ORG SUKA HATI DGN SOKONG JOGET PUNGGUNG TOKEH RESTOREN SKINCHAN UMNO...APE KES UMNO SKRG NIH, NI YG BANGGA DIKATAKN JAGE BANGSA MELAYU (TAK PAYAH)...LANGSUNG TAK RELAVEN!!!!

    ReplyDelete
  3. Lagi bukti UMNO sudah X Releven,
    Lagi bukti kenapa rakyat perlu Tolak UMNO :

    Pada 8 Feb 2011 dulu ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail  ni pengsan dalam kandang tertuduh..

    Tapi kali ni tak pengsan dah...

    Baru pegang jawatan Ketua Bahagian pun dah boleh mentekedarah rasuah hampir RM200K.. kalau jadi Menteri agaknya berapa yang akan disapu...

    Inilah UMNO.. dari pemimpin atasan sampai ke pemimpin bawahan, rasuah dah jadi budaya..
    Kes rasuah: Ketua Umno Pandan diperintah bela diri

    Ketua Umno Bahagian Pandan diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007. 

    ReplyDelete
  4. Alah anon 12.59 ni... Buat semak jer.... Aljuburit suruh serang ker.... Hahahhaa... Isu fekah x nak cite ker?? kelana jaya punye isu x nak cite ker... Kedah punye hutan simpan x nak citer?? Kuin x nak ceriter?? Penang x nak citer ker???

    ReplyDelete