Sunday, June 10, 2012

Nasruddin Tantawi BAKAL DIPECAT - Nik Aziz







KUALA LUMPUR 9 Jun — Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) menyokong cadangan kerajaan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata pemberian itu merupakan sesuatu yang wajar diberi kepada rakyat dan DPPP tidak pernah memandang ringan usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu.

"Kami tidak pernah halang dan pertikai hak rakyat daripada menerima sumbangan itu, malah orang Pas pun terima, tiada masalah. Cara ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

"Ia juga satu cara baik bagi menyalurkan peruntukan daripada kerajaan kepada rakyat, satu asas penting dalam sesebuah kerajaan," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut di sini.

Nasrudin mengulas cadangan untuk meneruskan BR1M pusingan kedua yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua hari lepas.

Sementara itu, beliau menempelak Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang menyeru rakyat Kelantan supaya tidak menderma bagi pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Baharu-Kuala Krai di Kelantan.



Masih ada lagi dikalangan pemimpin PAS berfikiran rasional. Mengakui apa yang diusahakan dan diberikan oleh kerajaan sebagai baik dan murni untuk rakyat.

Cuma apa yang dibimbangkan ada kemungkinan Nasrudin Hasaan Tantawi pula bakal 'disejuk bekukan' atas dasar memberi pujian dan sokongan apa yang diusahakan oleh kerajaan ... Barisan Nasional sebenarnya.

Tidak mustahil beliau akan turut menerima nasib yang sama seperti Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa.

Puak-puak Parti Adat & Sosialis ini gila sikit ...



4 comments:

  1. EVERYBODY LOVE "BUDU"..ME TOO...KAH..KAH..KAHHH

    ReplyDelete
  2. Kati biru senget sebelahJune 10, 2012 at 10:26 AM

    Bahaya duduk atas pagar bro, kalau orang tolak pagar tu, bro jatuh, pagar jatuh atas bro. Golongan atas pagar ni disebut dalam al-Quran sebagai golongan "muzabzabin".

    ReplyDelete
  3. Tak dek salah n silap lah.bknnya duit kerajaan pon.duit lhdn kan.maknenye duit pembayar cukai.maknenye duit kita.dr bg ke menteri.bek bg ke rakyat.awal sgt en atas pagar wat kobklusion.

    ReplyDelete
  4. Kenapa pihak Pakatan tidak mengutarakan cadangan2 yang positif untuk kepentingan rakyat.

    kalau dah tau bantuan itu dari hasil cukai rakyat kepada rakyat kenapa baru sekarang ada yang meloncat mendabik dada bantuan itu sebahagian dari duit mereka.

    Kenapa sebelum ini meraung2 kerajaan itu zalim.

    Memulakan politik wang itu adalah Anwar Ibrahim, sebab itulah ditendang keluar oleh Tun.

    Orang yang kau puja2 tahap Dewa itu lah yang berada bersama hampa sekarang ini.

    Orang inilah juga yang songlap duit rakyat. Orang inilah juga yang memperkayakan kroni2nya.

    ReplyDelete