Sunday, June 24, 2012

Anwar PANIK ... Salah Satu Dokumen Sulit RM 3 Bilion DIDEDAHKAN Oleh PKR Kuala Langat




Adakah ini dokumen sulit RM 3 Bilion yang dimaksudkan ...

Dokumen sulit 'modus operandi' PKR Kuala Langat dalam mencari dana untuk membiayai perbelanjaan parti itu pada pilihanraya umum ke-13.

PAS memang tidak lokek mencurahkan ilmu bagaimana PKR mampu mencari sumber dana sampingan.

GWM kurang pasti berapa banyak kedai perniagaan yang ada di Kuala Langat.

Andaikan ada 500 gedung perniagaan di kawasan tersebut dan PKR Kuala Langat mampu mengutip RM 20 sebuah kedai, maka jumlah kutipan derma pilihanraya mampu dicapai RM 1,000.

Ini baru PKR Kuala Langat, bagaimana dengan 26 lagi cabang PKR di Selangor?

Andaikan setiap cabang PKR ini turut mengutip RM 1,000 (200 buah kedai didarabkan dengan RM 20), maka kutipan kasar keseluruhan bakal mencecah RM 27,000.

Perlukah PKR menggunakan taktik rakus ini semata-mata untuk mencari sumber dana pilihanraya. Apa yang boleh dibelanjakan dengan RM 27,000 ini?

Adakah ini taktik 'mengalih perhatian' PKR kononnya mahu menunjukkan parti itu tidak mempunyai sumber dana yang mencukupi bagi menempuh pilihanraya umum kelak.


Bukankah lebih baik PKR Kuala Langat meminta dana dari Timbalan Presidennya yang nyata cukup kaya dan mampu memiliki sebuah kenderaan Ferrari F430 Modena?

Tidak perlu PKR Kuala Langat cuba merompak wang rakyat jika sekiranya para pemimpin PKR itu sendiri sememangnya dan cukup mewah.

Lebih baik lagi minta sahaja dana pilihanraya dari Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Ada RM 3 bilion tu ...



2 comments:

  1. 500 gedung X RM 20 = RM10,000 bro... harap betulkan semula...

    ReplyDelete
  2. 27 Cabang x RM10,000 = RM270,000. Banyak tuuu...! Nak harap si Azmin mana bisa dong...Dia punya untuk diri dialah pergi mampus kamu nak cari sendirilah....Perjuangan azmin untuk melepaskan diri dari hukuman bila BN memerintah lagi...Oleh Mat Bond.

    ReplyDelete