KUALA LUMPUR 12 Jun – Parti pembangkang tidak seharusnya menjadikan kanak-kanak sebagai alat mainan politik untuk mencapai matlamat mereka.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, penglibatan kanak- kanak dalam perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada bulan April lalu jelas menunjukkan pembangkang melanggar hak asasi kemanusiaan.
“Video yang dimuatnaik di laman youtube daripada pihak pembangkang memaparkan suasana sekitar perhimpunan Bersih 3.0 yang jelas berat sebelah seolah- olah memperlihatkan kezaliman pihak polis kepada kanak- kanak.
“Saya beranggapan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka menyertai perhimpunan tersebut tidak bertanggungjawab kerana secara tidak langsung ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak mereka terutamanya apabila perhimpunan bertukar menjadi rusuhan,” katanya kepada pemberita di sidang media di Parlimen di sini hari ini.
Tambah Zahrain, video tersebut telah diedit dengan memaparkan keganasan polis dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat yang menontonnya.
“Rakyat akan merasakan polis bersalah dalam hal tersebut kerana video itu memperlihatkan mengenai keganasan kepada kanak-kanak,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak pihak pembangkang menghentikan tindakan menggunakan kanak-kanak sebagai alat mainan politik mereka.
sumber : KLPOS
Artikel seterusnya, klik PEMBANGKANG JADIKAN KANAK-KANAK ALAT MAINAN POLITIK
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSekadar peringatan bagi yang lupa." Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8)