Saturday, June 30, 2012

MB Kedah Perlu DISISIHKAN PAS Negeri - Anwar Ibrahim



Dua ceramah di Sungai Petani, semalam dan Kulim, Hari ini Pakatan Rakyat jelas menunjukkan pentas dikuasai oleh pemimpin PKR termasuklah Anwar Ibrahim.

Mana pergi pemimpin PAS Kedah?

PAS akhirnya terpaksa meminta bantuan Anwar dalam memastikan kemenangan di Kedah. Menurut seorang rakan di HQ, Anwar menerima ‘rayuan’ PAS dengan terbuka. Walaupun Anwar kecewa kerana Azizan tidak mendengar cakap sejak awal.

Kalau menurut kepada kehadiran Himpunan Hijau – segalanya nampak memihak kepada PAS. Namun Azizan akhirnya mengakui bahawa kekuatan Himpunan Hijau tempohari hanyalah bersandarkan orang luar Kedah.

Anwar sudah berulang kali menyampaikan mesej kepada Azizan, jika tidak berbuat apa-apa – PR akan gugur di Kedah. Confirmed. Namun Azizan masih menjadi seorang MB yang degil dan tidak mendengar cakap orang. Sudahnya, berbekalkan Merdeka Rakyat, Anwar sendiri terpaksa turun ke bawah.

Azizan lupa bahawa dia bukanlah MB yang digemari semua rakyat. Ya, mungkin sebahagiannya masih menganggap dia sebagai MB yang mudah didekati. Namun dalam berhadapan dengan politik semasa, baik sahaja tidak mencukupi.

MB mestilah mampu mengisi harapan rakyat. Azizan terlalu banyak mengharapkan orang lain dalam melakukan kerja politik untuknya.

Anwar sudahpun memberikan komitmen kepada TG Nik Aziz, bahawa dia sendiri akan membantu usaha dan strategi PR di Kedah.

Namun mesti ada ‘pulangan’ yang setimpal, termasuk daripada sudut perjawatan Exco dan sebagainya.

Orang PKR tidak akan berpuas hati sekiranya mereka terpaksa melakukan banyak kerja ; tetapi PAS hanya menikmati kejayaan yang mereka usahakan. Mesti ada timbal balas.

Azizan hampir pasti TIDAK mengetuai PAS Kedah dalam PRU yang akan datang. Itu sudah muktamad.

Anwar mahukan seorang lain yang lebih mudah dibentuk, diurus, diarah untuk membawa kepentingan Pakatan Rakyat. Orangnya sudahpun dikenal pasti.




Gulingkan NAJIB ... Ikut Cara Ikhwanul Muslimin - Anwar Ibrahim


Kemenangan Parti FJP yang meletakkan calon dari Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Morsi dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai insipirasi. Menurut Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh sisipan akhbar Harakah, iaitu Fikrah, kemenangan Dr. Morsi dan perubahan yang berlaku dalam negara Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat hari ini.

Secara tidak langsung, Anwar juga membuktikan apa yang dituduh ke atasnya iaitu beliau sememangnya berniat untuk menggulingkan kerajaan dengan cara keganasan sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir.

Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri Anwar sering berangan-angan membayangkan dirinya seperti tokoh-tokoh pembebasan lain seperti Aung Suu Kyi, Ghandi dan sebagainya.


Dan apabila Mesir mengalami pemberontakan serta Morsi diangkat menjadi Presiden, Anwar pantas menyamakan dirinya dengan Morsi, dan partinya, Pakatan Rakyat, umpama Ikhwan Muslimin pula.

Sedangkan Morsi dan Anwar adalah jauh panggang dari api. Dan Parti FJP dengan Pakatan Rakyat adalah bagai langit dengan bumi. Manakala PKR, malah PAS juga, iaitu parti yang kononnya ‘paling Islamik’ dalam PR, langsung tidak menyamai Ikhwan Muslimin.

Pertamanya, dalam era pemerintahan Mubarak, calon dari parti Ikhwan Muslimin hanya boleh bertanding atas tiket bebas kerana pertubuhan itu tidak diiktiraf.

Sedangkan Anwar dan apa saja nama parti yang ditubuh atau digabungkannya tidak pernah dinafikan hak untuk bertanding atas tiket parti.

Walaupun Ikhwan Muslimin membawa imej Islam konservatif tetapi ia tidak pula menyamai PAS. Ikhwan Muslimin tidak menggadaikan prinsip perjuangan mereka hanya kerana ingin memenangi pilihanraya.


Ia kekal meletakkan Islam sebagai platform tetapi dengan pendekatan lebih terbuka. Jika dulu parti ini membelakangkan terus peranan wanita, hari ini Ikhwan Muslimin hanya menghadkan kedudukan wanita dalam politik dan tidak membolehkan mereka menjadi calon tetapi mereka dibenarkan untuk menjadi anggota kabinet.

Justeru, menjadikan parti ini jauh lebih berbeza dengan PKR yang meletakkan Wan Azizah, isteri Anwar sendiri sebagai Presiden.

Oleh kerana platform Ikhwan Muslimin adalah Islam, maka parti tersebut tidak membawa aspirasi terbuka dan liberal sepertimana PKR yang mengambil sikap ‘mesra’ dengan golongan songsang dan mengiktiraf perjuangan golongan ini di bawah hak asasi manusia.

Morsi, Presiden baru Mesir adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai keperibadian baik, yang mana amat jauh berbeza dengan Anwar yang telah terbukti meliwat dan menyalahguna kuasa. Morsi juga tidak mempunyai skandal dengan pelacur seperti Anwar.


Oleh itu, bagi Anwar untuk meletakkan diri dan partinya menyamai Morsi dan Ikhwan Muslimin adalah satu penghinaan kepada Morsi dan Ikhwan Muslimin.

Rakyat Mesir memberontak akibat dari tekanan ekonomi. Itupun, keadaan hidup rakyat selepas pemberontakan adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya.

Pada awal tahun ini, rizab matawang asing negara tersebut hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum pemberontakan. Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik.

Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain.

Kadar pengangguran pula berada di tahap 12 – 24 peratus berbanding 9 – 12 peratus sebelum pemberontakan.

Rakyat Malaysia tidak mengalami semua masalah ini. Malah kehidupan rakyat Malaysia adalah antara yang termewah di rantau ini. Justeru, untuk kita memberontak dan meletakkan diri kita dalam keadaan yang lebih buruk dari ini sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir, semata-mata untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang amat bodoh sekali.


Pun begitu, belum ada kepastian bahawa Morsi mampu menerajui Mesir dengan lebih baik dari Mubarak.

Jika dilihat dari 4 langkah pertama yang diumumkan akan dilakukannya sebagai Presiden, kita akan dapati bahawa beliau tidak mempunyai visi yang jauh.

4 langkah tersebut ialah:

1. Menyumbangkan wang gajinya untuk kebajikan rakyat

2. Melarang penggantungan gambarnya di bangunan kerajaan dan melarang menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

3. Berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden dan Menteri Dalam Negeri.

4. Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiring Presiden agar tidak berlaku kesesakan lalulintas.

Ini adalah gambaran awal pemikiran Morsi dan jika gambaran ini boleh dijadikan ukuran gaya pemerintahannya maka nampaknya Mesir akan berada dalam keadaan yang statik untuk beberapa lama sebelum merosot perlahan-lahan dan tidak mustahil akan mencetuskan satu lagi pemberontakan.

Justeru, rakyat Malaysia wajar berfikir beratus kali sebelum memperjudikan nasib dan nyawa sendiri dengan menyahut seruan Anwar agar mengikut jejak langkah Mesir.



KSN Jangan Jadi Anjing UMNO - Mahfuz Omar



Kita tidak faham kenapa Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar perlu menjadikan kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, Dato’ Dr. Ali Hamsa sebagai satu isu.

Menurut laporan Harakah, Dato’ Dr. Ali, dikatakan mengeluarkan kenyataan agar menyokong BN secara terbuka dan menuduh pembangkang sebagai membuat ‘janji kosong’.

Kita fahamlah yang Mahfuz tidak berapa cerdik dan PAS sudah ketandusan isu tetapi sekurang-kurangnya janganlah ditonjolkan kepada rakyat betapa tidak cerdik dan betapa terdesaknya PAS dan Mahfuz untuk mencari sedikit modal politik.

Sudah menjadi kemestian bagi seseorang KSN untuk menyokong kerajaan yang memerintah dan kebetulannya kerajaan yang memerintah hari ini ialah Barisan Nasional.

Justeru, tiada isunya di sini. Kecualilah jika beliau mengajak rakyat menentang kerajaan, maka itu barulah satu isu besar.

Mungkinkah PAS sudah merasa yang sokongan kakitangan awam terhadap parti mereka semakin merosot sehingga menjadi begitu ‘paranoid’ sekali dengan kenyataan KSN itu?

Dalam kenyataannya, Mahfuz juga menyatakan bahawa bukan semua penjawat awam menyokong kerajaan dan tidak wajar jika mereka dikempen untuk menyokong mana-mana parti.

Jika BN perlu mengambil sikap ‘paranoid’ yang sama, BN juga boleh menjadikan kenyataan Mahfuz sebagai satu isu dan membangkitkan soal penjawat awam yang tidak menyokong BN perlu dipecat kerana berpotensi untuk mengsabotaj dan mengkhianati kerajaan.

Tetapi, ini tidak berlaku, kerana seperti kata Mahfuz, kita perlu bertindak professional. Kerana bertindak professionallah kita tidak mengungkit soal penyokong pembangkang yang makan gaji dan menikmati kemudahan dan bantuan kerajaan tetapi saban hari mencaci kerajaan.

Dan kerana professionallah juga KSN yang baru menyokong kerajaan dan bukan pembangkang.

Menurut kata Mahfuz lagi, KSN tidak boleh dilihat menyokong mana-mana parti kerana jawatan beliau tidak akan ditukar jika PR menang pilihanraya .

Entahlah, jika dilihat dari sejarah sikap dan perangai PAS ketika berjaya menawan Terengganu, dan juga di dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan, kita akan dapati bahawa tidak ada jaminan PAS akan mengekalkan KSN atau sesiapa sahaja walaupun jawatan mereka dilindungi oleh undang-undang sekali pun.

Ini kerana, puak-puak PAS tidak pernah mendaulatkan undang-undang dan sering membela dan mengagung-agungkan pihak yang melanggar undang-undang.

Justeru, tidak ada salahnya KSN menasihati penjawat awam mengenai perkara yang tepat iaitu menyokong BN yang menjadi kerajaan yang memerintah bagi memelihara integriti agar negara dapat ditadbir dengan berkesan.




Friday, June 29, 2012

Bukan Saya CURI FAIL SULIT SYARIKAT AIR KELANTAN - Nik Aziz



Pagi tadi saya menerima satu panggilan telefon dari Kota Bharu Kelantan yang agak mengejutkan. Pemanggil itu bertanya apakah saya sudah tahu satu kejadian yang memalukan menimpa pejabat Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd yang bertanggungjawab mengurus dan membekalkan air bersih untuk rakyat Kelantan.

Kening saya berkerut keruh mendengar berita itu kerana tidak terdengar apa-apa pula cerita pelik di Kota Bharu berhubung dengan mana-mana agensi atau syarikat berkaitan kerajaan negeri. Cerita hangat di Kota Bharu semalam hanya mengenai demo pre-royalti di perkarangan SUK, sebelum ini mengenai penyelewengan yang dikatakan berlaku dalam Kelantan Gold Trade (KGT) bersabit dinar dan dirham.

Menurut pemanggil itu kejadian itu berlaku enam hari lepas dan berita ini sudah mulai bergerak dan menjadi cakap-cakap di kalangan pegawai kerajaan amnya dan khasnya dari kalangan kakitangan syarikat Air Kelantan SB itu. Ertinya kejadian ini tidak boleh ditusuk selindungkan lagi. Apa lagi kejadian ini juga sudah sampai ke pengetahuan pihak polis, cuma belum terbau oleh media massa sahaja.

Tidak dapat dipastikan apaklah MB juga telah dimaklumkan dengan kejadian ini?


Kejadian dimaksudkan itu ialah mengenai bilik seorang pengawai di syarikat itu telah dipecah dan beberapa peralatan pejabat termasuk komputer serta dokumen penting dilarikan. Kejadian ini agak anih sedikit kerana orang terlibat dalam kejadian ini ialah kakitangan bertaraf pegawai syarikat air itu sendiri.

Pelik dikatakan kerana ia berlaku dalam rumah sendiri dan dilakukan orang rumah sendiri? Empat orang pegawai terlibat katanya sudah dikenal pasti. Nama dan IC mereka pun ada dalam simpanan saya. Polis juga sudah menyiasat dan keempat-empat pegawai itu sudah dipanggil polis. Pihak yang menjadi pengarah kepada kejadian itu juga telah mengakui apa yang berlaku.

Sukar untuk dianalisa kenapa dan mengapa kejadian ini terjadi? Apabila ia berlaku ke atas bilik sorang pegawai yang bertanggung jawab membuat semakan ke atas pembelian, tander, kontrak (oditor) dan sebagainya ia boleh diandaikan dengan bermacam-macam kejadian buruk dan jelek. Mungkin kejadian itu ada kaitan dengan usaha untuk melupuskan maklumat tertentu. Kalau maklumat apakah perkara itu?

Sebelum ini ada tuduhan mengatakan berlaku penyelwengan dalam syarikat berkenaan. Pihak musuh dan ada sekelompok 'jebong' di Kelantan juga telah membuat aduan kepada SPRM. Apakah jenayah yang berlaku di pejabat itu ada hubung kait dengan laporan ke SPRM itu?

Kita tunggu apa perkembangan selanjutnya. Pihak kerajaan negeri khasnya Exco yang bertanggungjawab mengawal dan menjaga hal ehwal air di Kelantan perlu memberi penjelasan apa sebenarnya yang berlaku. 

Penjelasan segera sangat perlu setidak-tidaknya kepada MB. Dan sekiranya kejadian itu melibatkan jenayah yang boleh merosakkan kerajaan negeri mereka perlu dikena tindakan tegas tanpa ampun maaf kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Beberapa orang pegawai yang dikatan terlibat wajar digantung jawatan sementara siasatan kes itu selesai. Dalam pada itu jangan pula ada pihak yang cuba menyusuk punca kejadian ini atau pun mendiamkan dari pengetahuan kerajaan atas alasan kerana tidak mahu kerajaan menanggung malu.


sumber : blog MSO

Thursday, June 28, 2012

Papa Mahu AIBKAN NAJIB Dalam Parlimen - Nurul Izzah


FAKTA ISU SCORPENE DEDAH PEMBOHONGAN BESAR ANWAR
Tiada Perdana Menteri di negara ini yang terpaksa berdepan dengan kezaliman pihak pembangkang berbanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau bukan sahaja difitnah, ditohmah dan dijadikan sasaran bagi senjata politik pembangkang, tetapi mereka juga turut menyeret isteri dan ahli keluarganya yang tidak berdosa.

Daripada kes kematian bekas pembantu Exco Selangor hinggalah kepada isu kapal selam Scorpene, semuanya disalahkan kepada pundak Perdana Menteri.

Yang merancang segala jentera propanda licik ini tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim yang mengepalai tiga puak yang berlawanan ideologi, prinsip perjuangan dan kepentingan politik.


Namun kenyataan anggota bebas Parlimen, Datuk Seri Zahrain Hashim dua hari lalu berhubung isu Scorpene telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu.

Ia sekali gus meranapkan strategi Anwar dengan mengeksploitasi pertubuhan bukan kerajaan, Suaram untuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan besar dalam kempen fitnah pembangkang terhadap Perdana Menteri.

Anggota Parlimen itu mengatakan bahawa selama ini Suaram telah diperalatkan oleh Anwar untuk menipu rakyat dengan mereka-reka isu tersebut.

Pertama katanya, siasatan pihak polis Perancis mendedahkan bahawa tidak wujud sama sekali mana-mana rekod imigresen yang menunjukkan wanita bernama Altantuya Shaariibuu telah memasuki negara itu antara tahun 1999 dan 2006.

Ini bermakna dakwaan pembangkang bahawa Datuk Seri Najib telah dilihat bersama-sama wanita itu dan Abdul Razak Baginda adalah pembohongan semata-mata.

Sekali gus perbuatan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mencipta gambar Perdana Menteri kononnya sedang makan dengan Altantuya dan Abdul Razak menggunakan kaedah 'photoshop' juga mendedahkan niat jahat pembangkang sejak dari awal lagi.


Fakta kedua yang mendedahkan kepalsuan tuduhan pembangkang ialah Altantuya tidak fasih berbahasa Perancis seperti mana yang didakwa mereka.

Ini jelas membuktikan dakwaan bahawa wanita itu telah menjadi orang perantaraan sebagai penterjemah dalam urusan jual beli kapal selam antara kerajaan Malaysia dan Perancis adalah palsu dan pembohongan yang jelas.

Malah menurut Datuk Seri Zahrain, semua perbincangan rasmi antara kedua pihak diadakan dalam bahasa Inggeris dan dengan itu keperluan untuk menggunakan khidmat seorang penterjemah tidak wujud sama sekali.

Penjelasan beliau telah berjaya mendedahkan komplot dan motif sebenar pembangkang yang mahu memalukankan kerajaan dengan menyebar fitnah dan memburukkan nama baik negara di mata dunia.

Anwar beranggapan isu Scorpene yang dibangkitkan adalah senjata politiknya yang ampuh untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri, tetapi sayang sekali senjata yang diharapkan memakan diri sendiri.

Pergolakan politik yang berlaku di Selangor dan pembohongan besar pembangkang dalam isu Scorpene adalah resipi terbaik yang akan memastikan mereka berkubur pada pilihan raya umum akan datang.

NURUL IZZAH SAHKAN SUARAM PEMBOHONG
Nurul Izzah terpaksa menerima hakikat bahawa tidak ada perbicaraan yang berlangsung di Perancis mengenai isu kapal selam Scorpene. Dalam Sidang Parlimen 26hb Jun baru-baru ini, Nurul Izzah antara lainnya bertanya Menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan berhubung kes tersebut.

Y.B Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa keperluan itu tidak timbul kerana pihak Perancis telah memaklumkan bahawa tiada perbicaraan yang berlangsung mengenai kapal selam scorpene di negara itu.


Nurul Izzah kemudiannya akur dengan jawapan tersebut dan bertanya lagi sama ada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut dan dijawab oleh Menteri Pertahanan sebagai tidak perlu kerana pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat mengikut tatacara perlaksanaan kontrak perolehan pertahanan negara.

Maka dengan itu, semakin jelaslah penipuan SUARAM mengenai perbicaraan di mana Nurul Izzah sendiri telah mengesahkannya apabila memohon penubuhan Suruhanjaya DiRaja sebagai ‘ganti’.

Benar, bahawa penyiasatan sedang dijalankan mengenai urusniaga kapal selam oleh syarikat DCNS di Perancis. Tetapi, penyiasatan itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan mahupun pemimpin-pemimpin di Malaysia, tetapi melibatkan syarikat tersebut, dengan ahli-ahli politik di sana. Ia masih di peringkat siasatan dan bukannya perbicaraan.

Nama Altantuya Shaariibuu juga langsung tidak terlibat, malah nama Perdana Menteri juga tidak disebut. Malaysia tiada kena mengena dengan penyiasatan itu melainkan mungkin, sebagai pembeli sahaja.

Gambar yang didakwa pembangkang sebagai Altantuya berdiri dihadapan Notre Dame Cathedral, Paris sebenarnya adalah gambar yang berlatarbelakangkan Gothic Cathedral Duomo, di Milan, Itali.

Untuk SUARAM membangkitkan soal sapina merupakan sesuatu yang amat lucu sekali kerana bagaimana untuk mengsapina sesiapa jika perbicaraannya tidak ada?

SUARAM, atau lebih tepat, pembangkang bukan sahaja mempunyai tabiat yang suka menipu tetapi lebih buruk lagi ialah mereka sanggup menipu tanpa batasan. Tidak cukup mereka memburukkan sistem kehakiman dan pihak berkuasa di Malaysia, kini mereka turut membadutkan hakim dan mahkamah Perancis pula. Malah mereka juga menggambarkan polis Perancis sebagai tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara tersebut.

Mereka juga sanggup mengheret orang yang telah mati untuk dijadikan modal politik secara berterusan memandangkan orang tersebut tidak mampu membela diri atau menjelaskan apa-apa lagi. Mereka juga tidak malu menggunakan nama orang yang masih hidup seperti Jasbir Singh Chahl, yang ditohmah kononnnya akan disapina untuk hadir ke perbicaraan fantasi mereka.

Walaupun telah terkantoi berkali-kali, mereka tetap berdegil ingin mengasak isu yang sama.

Ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat mula bertanya, setelah jelas kini bahawa isu ini sengaja diada-adakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, maka apakah ia bermakna pembunuhan Altantuya juga didalangi oleh mereka?


Sememangnya pelik apabila Altantuya dikaitkan dalam isu yang beliau langsung tiada kena mengena. Dan memang pelik apabila namanya tetap disebut walaupun telah jelas beliau langsung tidak memasuki Perancis pada ketika urusniaga scorpene berlangsung. Perdana Menteri juga tidak mengenali Altantuya dan telah bersumpah sebanyak empat kali mengikut landasan Islam mengenainya.

Justeru, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki yang segala apa yang dituduh oleh pembangkang terhadap kerajaan dalam isu scorpene ini, adalah sebenarnya apa yang telah dilakukan sendiri oleh mereka dengan niat untuk memerangkap kerajaan.


Dengan itu, Nurul Izzah boleh meneruskan lakonannya di parlimen dan SUARAM boleh meneruskan penipuan mereka di media tetapi rakyat jua yang akan menghakimkan mereka. Di mata rakyat, kredibiliti SUARAM, Nurul Izzah dan pembangkang keseluruhannya telah musnah sama sekali.

Malah, ramai rakyat yang sinis berkata bahawa mereka mengesyaki para penulis komen menyokong SUARAM dan Nurul Izzah di portal-portal dan blog-blog pro-pembangkang adalah kebanyakannya orang yang sama yang diupah oleh SUARAM untuk menyedapkan hati sendiri kononnya masih ramai yang menyokong mereka.



SIRI 2 : Najib Dalam BAHAYA ... Hantu Altantuya MULA MENGGANAS


 

 
Jika anda layari laman web Asia Sentinal, anda boleh saksikan dengan mata kepala anda sendiri bahawa dia (Altantuya) berdiri di hadapan kedai Louis Vutton, Buddha Bar, Notre Dame Cathedral, Berthelsen memberitahu Malaysiakini.


“If you go to the Asia Sentinel site, you will see pictures of her standing in front of a Louis Vuitton store, the Buddha Bar, Notre Dame Cathedral and a whole flock of other locations in Paris,” Berthelsen told Malaysiakini.

Semalam adalah siri pertama pendedahan fitnah gambar-gambar Altantuya yang digunakan pembangkang dan SUARAM, yang semakin gusar tidak mampu mengaitkan DS Najib dengan isu pembelian dua kapal selam Scorpene.

Gambar yang di dakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral, Paris sebenarnya adalah suatu pembohongan besar.


Altantuya sebenarnya tidak berada di Paris, malah mendiang Mongolia ini sebenarnya bergambar dihadapan sebuah bangunan dinamakan Gothic Cathedral Duomo, di Milan, Itali.



East side of the Duomo with choir windows

Gothic Cathedral Duomo – The Pride of Milan (East side of the Duomo with choir windows)

Cukup nyata Anwar Ibrahim melalui Tian Chua yang bermati-matian mengatakan gambar Altantuya di atas adalah bukti bahawa mendiang pernah berada di Paris suatu fitnah yang menjijikkan dari seorang yang bertaraf ahli Parlimen (gigit polis).

Cukup berbeza struktur dan ikon bangunan sebenar Notre Dame Cathedral dari apa yang didakwa oleh laman web Asia Sentinel dan Tian Chua di Parlimen, semalam.

Bagaimana pula dengan gambar dibawah ini ...



FITNAH KEDUA - Eiffel Tower, Paris 


Begitu juga dengan gambar di atas ini ... sebagaimana yang didakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan Menara Eiffel Tower, Paris.

Benar ... memang benar. GWM tidak menafikan memang Altantuya sedang bergambar di hadapan Menara Eiffel (Eiffel Tower).

Namun ... Eiffel Tower di negara mana? Benarkah gambar ini diambil dihadapan Eiffel Tower di Paris? Jawapannya ... Tidak.

Apakah benar hanya ada satu Eiffel Tower di Paris? Bagaimana pula dengan gambar-gambar di bawah ini ...

Eiffel Tower di Las Vegas, Amerika Syarikat


Eiffel Tower di Beijing, China.

Eiffel Tower di Brisbane, Australia.


Justeru, bagaimana pula dengan Eiffel Tower boleh berada di Filipina? 





Berbalik kepada persoalan utama, benarkah mendiang Altantuya bergambar di hadapan Eiffel Tower di Paris?


Perhatikan kepada tanda-tanda kuning sebagai rujukan, kononnya Altantuya berada di hadapan Eiffel Tower, di Paris, Perancis.


Tanda-tanda, sama ada dibulatkan atau dalam bentuk petak, mahupun dalam bentuk garisan terputus menunjukkan gambar ini telah diubahsuai (modified / tampered).

Lihat dengan teliti dibawah gambar sebenar Eiffel Tower di Paris, Perancis ... 


1) Mengapa terlalu gelap gambar Altantuya di hadapan Eiffel Tower di Paris.

2) Dari kedudukan manakah Altantuya bergambar sehingga menampakkan bayang-bayang X (tanda kuning) di belakang Eiffel Tower.

3) Mengapa ada struktur bangunan di sebelah kiri Eiffel Tower (petak tiga segi berwarna kuning) dalam gambar mendiang Altantuya sedangkan gambar sebenar menunjukkan tiada struktur bangunan dari mana-mana bahagian Eiffel Tower di Paris.

4) Bagaimana pula dengan dua lampu bulat yang dikuningkan dalam gambar Altantuya nyata malap.


5) Di bahagian garisan terputus, mengapa ada dua bahagian bayangan cahaya gelap dan kurang gelap. 


Persoalan ... Altantuya berdiri dihadapan Eiffel Tower mana sebenarnya? ... Las Vegas, Beijing, Brisbane atau di Filipina?


Mungkin masih ada persoalan yang timbul ... mustahil gambar Altantuya yang disiarkan di laman web Asia Sentinel ini palsu. 


Bagaimana pula jika dilakukan dilakukan pengesahan melalui perisian istimewa (software), seperti dibawah ini ...





Perisian ini mampu memberikan jawapan jika sekiranya sesuatu gambar yang diambil telah diubahsuai (modified, edited or tampered).



Original Image taken from canon 850


Keputusan analisis gambar di atas menunjukkan ianya mempunyai kebarangkalian asli dan tidak diubahsuai, melalui perisian ini.  


GWM melakukan analisis terhadap gambar yang diambil bulat-bulat dari laman web Asia Sentinel, yang didakwa sebagai gambar Altantuya berada di hadapan Eiffel Tower di Paris.


Berikut adalah keputusan ujian ...






Analisis menunjukkan gambar Altantuya ini telah mengalami proses edit  (modified, edited or tampered).

Seharusnya jika sesuatu gambar itu asli, maka perisian ini akan menunjukkan analisis Class 3 ... dan bukannnya Class 1.

Class 1 bermaksud gambar ini telah mengalami proses suntingan ... (modified, edited or tampered).



Bersambung dalam siri seterusnya, fitnah gambar-gambar di laman web Asia Sentinel.



Wednesday, June 27, 2012

DAP Lahanat PERKOSA Majlis Bandaraya Petaling Jaya - MCA Selangor


SHAH ALAM, 26 Jun – Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Ching Eu Boon hari ini mendedahkan campur tangan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari DAP iaitu saudari Tiew Way Keng yang menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak kepada firma peguam untuk menguruskan kes melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tiew Way Keng telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak ini kepada firma peguam yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dengan kos sebanyak RM 55,000 sedangkan kontrak awal telah pun diberikan kepada pihak guaman yang lain dengan kos hanya sebanyak RM15,000 sahaja.

“Selama ini, DAP cuba menonjolkan imej parti yang lebih bersih dan telus berbanding PKR dan PAS. Pemimpin-peimpin DAP sedaya upaya mengekang berita-berita buruk dan salah laku pemimpin mereka dari tersebar kepada rakyat.

Namun begitu, ini tidak bermakna DAP merupakan sebuah parti yang bersih. Hakikatnya, campur tangan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri terutamanya diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah begitu teruk dan memalukan sekali,” ujarnya kepada media dalam sidang media di Ibu Pejabat BN Selangor, sebentar tadi.

Tambahnya, menurut Penolong Pengarah Undang-Undang (Kanan) MBPJ, Ahli Majlis, Tiew Way Kheng telah mempengerusikan mesyuarat pada 16 Jun 2010 dan mencadangkan supaya Stella, Lim & Co diberikan kes membabitkan kutipan hutang MBPJ. Stella, Lim & Co menawarkan harga sebanyak RM 55,000 untuk tujuan tersebut.

Sebenarnya, kes kutipan hutang itu mulanya diserahkan kepada Firma Daim & Gamany dengan kos sebanyak RM 15,000. Tetapi keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tiew Way Kheng telah memutuskan untuk memberikan kepada Firma Stella, Lim & Co yang juga dimiliki oleh Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng.

“Walaupun jawatankuasa mesyuarat itu mempunyai 17 ahli, namun hanya tiga ahli majlis yang hadir iaitu Tiew Way Kheng, Chan Chee Kong dan Derek Fernandez. Derek mengakui bahawa beliau terpaksa meninggalkan mesyuarat kerana urusan lain dan Chan Chee Kong pula mengakui bahawa beliau tidak tahu Stella, Lim & Co mempunyai hubungan dengan DAP.

Bersama-sama ini juga saya akan mengedarkan laporan audit yang dibuat oleh pihak Audit Dalaman MBPJ. Ini merupakan contoh salah laku yang timbul setelah didedahkan oleh sumber dalaman sendiri. Saya percaya jika sumber dalaman tidak mendedahkan mengenai isu ini, maka kes ini akan dibiarkan berlaku tanpa ada pihak yang akan bertangungjawab.

Saya juga yakin bahawa DAP sebenarnya tidaklah bersih seperti yang disangka. Penglibatan DAP dalam beberapa salahlaku oleh pemimpin DAP sendiri menyebabkan ahli DAP mula hilang kepercayaan kepada parti itu,” ujarnya yang juga Penyelaras DUN Pandamaran.

Dalam masa yang sama, sikap Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok yang tidak boleh bekerja dalam satu pasukan bersama-sama pemimpin DAP lain telah menjadi buah mulut ahli DAP khasnya dan rakyat Selangor amnya.

“Bersama ini juga saya akan edarkan surat dari ahli DAP yang kecewa dengan kepimpinan DAP sendiri terutamanya di Selangor. Fakta-fakta yang dikemukakan dalam surat ini masih belum dijawab sehingga kini oleh kepimpinan DAP. Mereka malah cuba menutup salah laku ini dan lebih suka menonjolkan kelemahan PKR dan PAS.

Saya suka ingin mengingatkan kepada Rakyat Selangor bahawa jangan sekali lagi kita tertipu dengan lakonan pemimpin-pemimpin Pakatan ini terutamanya dari parti DAP. Lakonan-lakonan dari pemimpin DAP sudah tidak dapat ditutup lagi. Kami akan mendedahkan sedikit demi sedikit kepincangan dan sikap berpura-pura pemimpin DAP yang berselindung disebalik slogan accountability itu,” ujarnya lagi.


sumber : MALAYSIAN VIEW

Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan PERLU DIHAPUSKAN - Malaysiakini


Malaysiakini Mempromosi Perkauman

Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, amatlah mengkagumkan bagaimana Malaysia mampu mencapai kejayaan sepertimana hari ini. Sepertimana seorang ulama dari Turki menyatakan bahawa “Malaysia adalah sebuah negara yang ditakdirkan menjadi neraka tetapi pemimpinnya berjaya menjadikannya syurga.”

Sifat semulajadi manusia menjadikan kita sukar untuk menerima perbezaan. Walaupun sebagai manusia yang bertamadun dan berpendidikan, kita tidak mampu menerima perbezaan secara semulajadi. Menerima perbezaan adalah satu tugas yang sukar dan selalunya kita gagal. Oleh itu, peperangan mungkin disebabkan dari sesuatu yang lebih mendalam seperti bekalan minyak tetapi ianya sentiasa dicetuskan dengan membangkitkan soal perbezaan.

Tetapi Malaysia berjaya mengatasi segala masalah perbezaan ini dengan satu formula – Artikel 153 di dalam perlembagaan yang meletakkan hak-hak Bumiputera. Tentu saja Artikel ini tidak membuatkan semua orang gembira walaupun mereka berada di dalam negara seperti syurga dengan ekonomi di dalam genggaman mereka, tetapi ia pastinya jauh lebih baik dari tinggal di neraka dunia yang penuh dengan peperangan dan keganasan.

Artikel ini jugalah yang menyelamatkan Malaysia dari mengikuti jejak langkah Indonesia ketika gerakan Reformasi tercetus. Kerana di Malaysia, walaupun orang Melayu tidak gembira dengan kawalan ekonomi oleh kaum cina, tetapi mereka tahu, kaum Cina juga tidak gembira kerana tidak dapat mengaut semuanya.

Membuang Artikel ini bermakna malapetaka bagi Malaysia.

Malangnya, di negara kita terdapat manusia-manusia yang gemar sekali bermain dengan api perkauman. Satu pihak memanggil pihak yang lagi satu sebagai rasis lalu dibalas pula dengan panggilan pendatang.

Memandangkan tiada penyelesaian dapat dicapai, Perdana Menteri telah mencuba sedaya upaya untuk meredakan keadaan dan menyatakan dengan tegas bahawa kaum Cina juga adalah rakyat yang setia dan memanggil mereka pendatang bukan sahaja tidak wajar atau tidak tepat tetapi juga gila. 

Dengan itu, beliau merujuk kepada kaum Cina yang benar-benar bersikap seperti seorang warganegara yang setia yang meletakkan nasionalisme dahulu sebelum kaum, serta tidak mempersoalkan perlembagaan mahupun Institusi Raja-raja.

Bagaimanapun, portal Malaysiakini nampaknya begitu tega untuk mencurah petrol ke atas api yang hampir padam ini. Pembacanya juga mentertawakan seruan PM dalam usaha untuk membendung sifat perkauman. ‘Perkasa’ sekali lagi dibangkitkan sebagai simbol perkauman Melayu atau UMNO dan bahawa Perkasalah yang dirujuk sebagai ‘gila’ oleh PM dan selagi Perkasa tidak dibubarkan, selagi itulah usaha PM dianggap tidak ikhlas oleh mereka.

Persoalannya, bagaimana pula dengan Dong Zong atau Dong Jiao Zong atau Hindraf? Kenapa NGO yang membela hak kaum Cina dan India tidak apa, tetapi Perkasa tidak boleh? Bukankah ini seperti seekor gagak menuduh merpati putih sebagai hitam? Siapakah rasis dan ‘gila’ sebenarnya di sini?

Orang ‘gila’ yang sebenarnya ialah mereka yang lebih rela hidup di dalam neraka daripada syurga dengan berusaha sedaya upaya untuk mencetuskan keganasan perkauman. Mereka melakukan ini dengan memburuk-burukkan, memperlecehkan, mengetawakan dan mempersetankan segala usaha kerajaan untuk membawa perpaduan.

Mereka bertegas untuk dipisahkan dari kaum lain dan menolak perjuangan Perkasa demi perpaduan melalui Satu Sekolah Untuk Semua. Mereka tidak habis-habis mengutuk Artikel 153 sebagai menjadi halangan antara mereka dengan syurga yang sebenar-benarnya.

Semuanya adalah berkenaan apa yang mereka mahukan dan apa yang membawa keuntungan kepada mereka dan orang lain boleh ‘pergi jahanam’. Apa yang mereka tidak tahu ialah kita semua hidup di atas bumi yang sama dan salah satu kaum tidak boleh ‘pergi jahanam’ tanpa mengheret kaum lain bersamanya.

Justeru, Malaysiakini harus berhenti mengheret rakyat ke neraka jahanam dan belajar menghargai dan menilai negara yang umpama syurga ini. 



Najib Dalam BAHAYA ... Gambar Altantuya Di Perancis BETUL DAN DISAHKAN

Jika anda layari laman web Asia Sentinal, anda boleh saksikan dengan mata kepala anda sendiri bahawa dia (Altantuya) berdiri di hadapan kedai Louis Vutton, Buddha Bar, Notre Dame Cathedral, Berthelsen memberitahu Malaysiakini.



Surprise, Surprise, Surprise ...

Begitu terdesaknya Anwar Ibrahim mahu mengaitkan DS Najib dengan Altantuya sehingga mengambil sepenuhnya berita dari Malaysiakini untuk dimuatkan dalam blog beliau.

Dan bahagian yang disukai oleh GWM adalah petikan artikel dalam blog Anwar Ibrahim ini ...

“If you go to the Asia Sentinel site, you will see pictures of her standing in front of a Louis Vuitton store, the Buddha Bar, Notre Dame Cathedral and a whole flock of other locations in Paris,” Berthelsen told Malaysiakini.

Dibawah ini adalah gambar-gambar Altantuya yang didakwa berada dihadapan kedai Louis Vutton, Buddha Bar, Notre Dame Cathedral ... di Paris.






Rakyat mula terpana dan percaya sememangnya Altantuya berada di Paris. Rakyat juga mula mempercayai sememangnya ada kaitan di antara DS Najib dan Altantuya.

DS Najib pula pernah bersumpah bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya. Parah ... keadaan kini semakin parah.



Bagaimana jika GWM boleh mebuktikan gambar-gambar di atas adalah rekaan dan mainan politik persepsi (political perception), malah diantaranya 'superimposed'.

Menarik bukan ...



FITNAH PERTAMA - Notre Dame Cathedral

Gambar ini didakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral.

Perhatikan kepada tanda-tanda yang telah dibulatkan sebagai rujukan struktur, ikon kononnya Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral.

Lihat dengan teliti gambar-gambar sebenar bangunan Notre Dame Cathedral di bawah ini dari pelbagai posisi.





Lakukan perbandingan tanda-tanda yang dibulatkan ... bagi melihat benar atau tidak persamaan gambar yang didakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral.

Cukup berbeza struktur dan ikon bangunan sebenar Notre Dame Cathedral dari apa yang didakwa oleh laman web Asia Sentinel.

Persoalan ... Altantuya berdiri dihadapan bangunan mana sebenarnya?



FITNAH KEDUA - Eiffel Tower

Gambar ini didakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan Menara Eiffel Tower.

Namun sebelum itu, GWM mahu paparkan gambar dibawah ini bagi menunjukkan teknik superimposed, sebagaimana dilakukan ke atas gambar Altantuya yang didakwa berdiri di hadapan Menara Eiffel Tower.



Mampukah dibezakan gambar Raja Petra Kamaruddin ini dengan gambar asal commentator Miss Finland?



Bersambung dalam siri seterusnya, fitnah gambar-gambar di laman web Asia Sentinel.