Orang yang paling gembira dengan pengumuman DS Najib hari ini tentulah Omar Osman. Selaku Presiden CUEPACS, 80 peratus tuntutan CUEPACS telah diterima oleh Kerajaan Pusat.
Apa yang telah diumumkan DS Najib pagi tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ...
Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pun telah dibatalkan dan kerajaan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan diberi penambahbaikan.
Penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.
DS Najib juga mengumumkan pelarasan gaji untuk penjawat awam ...
1) Kenaikan 13 (%) peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
2) Kenaikan 9 (%) peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
3) Kenaikan 8 (%) peratus untuk turus 3 dan 2.
4) Kenaikan 7 (%) peratus untuk turus 1 dan Ketua Setiausaha.
DS Najib juga turut mengumumkan ...
5) Kenaikan COLA kawasan B kepada RM250 sebulan
6) Kenaikan COLA kawasan C kepada RM150 sebulan
Najib umumkan lagi ...
7) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred
Wah ... banyak betul pengumuman DS Najib hari ni. Tahniah dan syabas kerana pantas melakukan 'damage control' peringkat awalan sebelum merebaknya 'pemberontakan' dikalangan penjawat awam.
Apabila timbul pemberontakan, dua biji mata dan satu akal sudah tidak nampak lagi segala kebaikan yang telah diterjemahkan oleh pihak kerajaan.
Cuma satu permintaan rakyat, janganlah disebabkan kenaikan, pelarasan dan penambahbaikan boleh juga menyebabkan berlakunya pelarasan dan kenaikan harga barang-barang secara mendadak.
Minta pertolongan dan kerjasama DS Najib untuk mengarahkan KPDNKK untuk bekerja lebih keras melakukan pemantauan harga barangan. Gaji dan elaun dah naik ni ... gerak kerja pun mestilah setimpal dengan apa yang telah diberikan.
Buat penyokong setia pembangkang, nak kata gula-gula kepada rakyat pun katalah. Sekurangnya-kurangnya DS Najib bagi gula-gula, boleh dibuat makan juga.
Tergamakkah puak-puak pembangkang hari-hari makan air liur Anwar Ibrahim. Padanlah muka setiap seorang kelat dan ketat.
"Hari ini kita tawan Putrajaya, esok harga minyak akan turun" Itulah gula-gula terbaik Anwar Ibrahim kepada puak-puak pembangkang ...
Air Liur !
Air Liur !
11 comments:
Hahaha... terbaik. Paling suka baca "Tergamakkah puak-puak pembangkang hari-hari makan air liur Anwar Ibrahim. Padanlah muka setiap seorang kelat dan ketat."
Sebab tu masing2 otak dah jadi sewel. Banyak sgt telan air liur Anwar.
akuantiPAKATAN.
Salam,tahniah kepada DSN kerana penambahbaikan gaji kakitangan awam.Oleh yang demikian,semua pemimpin harus beringat sebelum mengumumkan sesuatu.bawa berbincang buruk baiknya barulah umum.jangan umum hari ini esok laksana.apa-apa pun tahniah dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia ( BN ) yang tunjangi oleh UMNO.Tahniah sekali lagi.Agak-agak kakitangan awam yang menjadi penyokong parti pembangkang dapat sama ke ?
tambah lagi satu bro...puak fuckatan dalam JPA pada muka... Memang DS Najib seorang berpandangan jauh berbanding Dajjal Spesis Anwar Berahim (DSAI). Bravo Tok Jib!!!
Kalau tidak dibantah oleh Cuepacs belum tentu PM Najib akan buat pindaan ini. Hairan juga bagaimana skim yg jelas berat kepada penjawat gred atasan boleh dipersetujui oleh PM dan bentang di parlimen untuk kelulusan. Bila dah kecoh sana sini tak puas hati baru sibuk buat damage control!
Perihatin apa ke namanya ni?
Sama jenis Flip-Flop macam yg dulu gayanya PM ni...
Anuar baru berkira-kira nak naikkan gaji k/tangan awam 100% kalau dia jadi PM (takat 13% jer tak main la).
Tapi bila tiba masa nanti dia akan kata "Duit tak ada, 1% pun tak ada sebab...kerajaan BN dah perabih".
Hampeh punya munafik.
anon 343.. sebebnar nya niat DSN memang seperti ini SBPA tu elok jerk tp JPA merasakan diri mereka terlalu pro dan melangkaui semua org sampai tutup mata dgr pandagan org tu pasal. nih bukan salah PM nih salah Org yang diamanahkan melaksanakan tanggungjawab ini. niat murni PM dimanipulasikan beberapa pihak yang mementingkan diri. cuepac dan kakitangan nih bersuara kerana mereka sedar akan kepincangan yang berlaku. JPA ingat mereka dah lama menguruskan skim ini menganggap pandangan dan nasihat org tidak perlu sekali ambik kau kene maki hamun dgn staff sendiri.apa pun tindakan presiden cuepac dan kakitangan yang berani meluahkan pandangan mereka di FB twitet blog DSN di pandang mulia kerana. merekalah yang menyedarkan PM bahawa apa yang di janjikan beliau tidak dilaksanakan dengan tepat oleh mereka yang diamanahkan.. KALAU SEMUA KERJA PM BUAT MATI LAH WEH TU GUNA KAKITANGAN YANG DILANTIK SEBAGAI PEMEGANG AMANAH. APA PUN TAHNIAH KEPADA DSN MENYELESAIKAN MASALAH SETELAH SEKIAN LAMA CUEPAC BERJUANG . TO DATO NOH OMAR TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA SEMUA TEAM CUEPAC.
...lebih baik DS Najib bagi gula-gula dari dok hirup air kencing DS Anuuwar....
Thanks DS Najib.
Pls link kan blog sy.Tq
Nanti puak2 pembangkang akan kata kenaikan gaji tu rasuah pilihan raya. Kalau rasa itu rasuah, tak usah la makan, kan makan duit rasuah tu haram. Kasi saja pada kami yang tak kata rasuah ni. Ni tak, cakap rasuah, tapi bedal jugak..
SALAM KEKURA ... BLOG SAUDARA AKAN DILINKKAN. TUNGGUUUUUUU ...
depa biasalah..kata rasuah tapi depa dok balun dulu kaw kaw hahaha..munafik betul depa ni..
Post a Comment