Wednesday, March 7, 2012


Kalau mahu mengaibkan negara, serahkan sahaja pada Anwar Ibrahim dan pembangkang. Fitnah dan hasutan bakal dihalalkan, pembohongan bakal menjadi kebenaran.

Namun data dari Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 tidak mampu dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim dan pembangkang.





Malaysia menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat di dunia dan berada di kedudukan teratas di kalangan negara Asia Tenggara.




Kedudukan negara bertambah baik setiap tahun berbanding tahun 2008 pada tangga ke-38, hingga mencecah pada kedudukan ke-19 pada tahun 2011.

Jauh meninggalkan negara lain di Asia Tenggara termasuklah negara impian Pakatan Rakyat, Singapura yang berada pada lima anak tangga di bawah Malaysia.

Sudah tentu ada kriteria-kriteria yang meletakkan negara berada pada kedudukan terbaik. Dan kriteria-kriteria tersebut berpandukan kepada tiga perkara utama:

1) Konflik berterusan diperingkat dalam negeri dan antarabangsa
2) Keamanan dan keselamatan masyarakat yang dihuni.
3) Ketenteraan


Sebagai contoh kriteria yang melibatkan keamanan dan keselamatan masyarakat yang dihuni di Malaysia. Indikator penilaian dibuat berdasarkan kepada kejadian jenayah dalam negara termasuklah juga sehingga melibatkan soal hak asasi manusia, kadar kematian akibat bunuh diri dan jenayah berat.



Ini yang tidak disukai oleh Anwar Ibrahim dan pembangkang. Jika boleh Malaysia mahu digambarkan sebagai negara yang kucar-kacir dan tidak selamat untuk diduduki. Lebih kucar-kacir, lebih ramai pelabur luar tidak akan datang melabur dalam negara.

Malaysia mahu digambarkan sebagai mempunyai pihak anggota keselamatan yang cuai dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat. Anggota keselamatan mahu digambarkan sebagai ganas, tidak berperikemanusiaan, tidak beretika dan bermoral.



Kerana itulah kejadian tempohari seorang remaja Cina cedera parah setelah terjatuh dari motor akibat melarikan diri dari sekatan jalanraya oleh pihak keselamatan, diperbesar-besarkan oleh media dan pembangkang!



Remaja Bodoh Yang Merempuh Sekatan Jalanraya

Pihak keluarga remaja Cina tersebut menyalahkan pihak polis kerana menendang motorsikal sehingga menyebabkan anak mereka cedera parah akibat dari kejadian tersebut.

Apa yang pasti, remaja Cina ini berumur 14 tahun, tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu motosikal. Remaja Cina ini panik apabila melihat satu sekatan jalanraya diadakan lalu merempuh sekatan yang dilakukan.

Berapa banyak kesalahan yang dilakukan oleh remaja Cina ini?

Namun itulah yang mahu digambarkan oleh media portal-portal pembangkang sehingga perkara tidak benar hampir mencetuskan rasa tidak puas hati terhadap anggota keselamatan.

Kalau insiden ini mampu menyebabkan pergaduhan antara kaum, lagi bagus untuk diputarbelitkan oleh pembangkang dan media alternatif ini.




Bodoh benar anggota polis yang menendang motorsikal remaja Cina ini masih lagi menunggu agar beliau dirawat dengan segera.



Inilah modus operandi pembangkang dan portal 'anjing peliharaan' Anwar Ibrahim ... Apa sahaja yang mampu diambil kesempatan, berita berbentuk provokasi akan diterbitkan secepat mungkin bagi meresahkan rakyat terhadap anggota pasukan keselamatan.

Ketidakstabilan sosio ekonomi dan politik sentiasa menjadi 'darah daging' Anwar Ibrahim dan pembangkang untuk terus melakukan provokasi terhadap anggota pasukan keselamatan.

Lebih teruk lagi ... kesalahan remaja Cina ini turut dibabitkan dengan BN dan UMNO! Bangkai punya pembangkang ...



4 comments:

Anonymous said...

Eh, Malaysia lebih selamat dari Singapura ke? biar betul. Susahlah LGE bak pergi kempen kata Johor tak selamat. hehehe

Unknown said...

HAHAHA ... NAKAL KOMEN ANON 3.37PM!

The Eugenist said...

Divide and rule.. Memang macam tu la brader..

Rasanya, lelaki gila meroyan jawatan lebih merbahaya jika dibandingkan dengan wanita meroyan akibat kelahiran anak.. Setuju?

Hesmel Faznee Faisal

Brahim Nyior said...

Alhamdulillah. Moga PDRM, KASTAM, RELA, IMIGRESEN dan agensi lain dapat kekalkan iltizam menjaga keselamatan negara..