Tidak cukup dengan 32 dosa kerajaan negeri pimpinan PKR, Khalid Ibrahim berjaya menambah satu lagi dosa kering dengan menghalau 25 orang peladang terlibat dalam menjayakan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Taman Agroteknogi.
Alasan yang diberikan cukup mudah ... tanah yang diduduki diterokai secara tidak sah.
Walhal tanah seluas 142 hektar telah diberikan oleh Kerajaan Selangor pada tahun 1998 di Bistari Jaya, Kuala Selangor untuk dijadikan sebagai Taman Agroteknologi.
Dan pada tahun 2000, selepas Kementerian Pertanian memperkenalkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Taman Agroteknogi tersebut bertukar menjadi TKPM.
Kerajaan negeri Selangor ketika itu dibawah pimpinan Barisan Nasional telah bersetuju dan telah menandatangan MOU dengan Kementerian Pertanian bagi menjayakan TKPM di Bistari Jaya.
Zalimnya Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat menghalau 25 orang peladang bagai anjing kurap
Antara projek pertanian yang dijalan dalam TKPM tersebut adalah :
Penternakan ikan(keli dan talapia)
Kebun sayur dan buah-buahan
Pemprosesan ikan kering
Kilang memproses makanan ikan
Ladang ternakan ayam
Pusat semaian pokok dan bunga
Penternakan ikan(keli dan talapia)
Ikan hiasan
Hasil usaha keras Kementerian Pertanian dan Jabatan Pertanian Selangor selaku pembimbing,serta usaha keras para peladang juga projek ini berjalan dengan lancar.
Sejak diwujudkan sehingga kini hasil pertanian berjumlah RM 25.3 juta telah berjaya dikeluarkan dari TKPM tersebut. Peladang-peladang dari kawasan terbabit juga antara pembekal bahan pertanian utama di Lembah Klang.
Dendam kesumat politik PKR dan DAP sanggup menjadikan para petani sebagai mangsa. Marahkan Barisan Nasional, 25 orang peladang dihalau macam anjing kurap yang sudah nyawa-nyawa ikan.
Segala apa yang diusahakan oleh petani-petani selama ini yang semuanya orang Selangor akan jahanam dalam sekelip mata tidak lama lagi kerana kerakusan politik Pakatan Rakyat.
sumber : portal Selangor Daily
Yup ... Betul tu bang. PR = Penyamun Hasil Rakyat!
Lu Melayu keluar sajalah.... Kami mau bikin jirat Cina 5 bintang punya oooo...
ReplyDeletememang sikit hari cina kena jerat.
ReplyDeletefuuyoooo ramai ye rakyat dlm gambar tu... hehehehehe
ReplyDeletewww.selangorku.com...cuba ler try !
ReplyDeleteBodoh punye blog... ampu sana ampu sini.. ada masyukkk ka bro? Brp umNGOK byr lu?
ReplyDeletealamak ! rakyat kena halau macam binatang pun kau kata blog ni nak ampu .. memang mentaliti korup betul Pakatan Rakyat ni ... tanah tersebut akan dirompak daripada RAKYAT selangor dan dijual agar Pakatarn Rakyat boleh terus merompak selangor dan mengambil rasuah !!!
ReplyDeleteApapun yang berlaku perkara ini perlu di siasat dan penjelasan yang sewajar.
ReplyDeleteUntuk saling menuduh bukan lah satu langkah yang terbaik bagi menyelesai sebarang masalah yang timbul apa lagi jika ianya satu agenda politik yang sengaja diselit sebagai satu isu...walahualam