APA agenda sebenar yang Farid Redzuan sedang rancangkan hingga begitu sekali beliau dikatakan mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger yang pro UMNO dan juga kerajaan sehingga tanpa segan silu `menyerang’ kerja-kerja pemain di ruang maya ini dan menyelar kononnya bloger-bloger pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu?
Gambar yang menjadi kontroversi ... Nice Work Farid!
Beliau sedar atau tidak betapa seksa dan sengsaranya bloger pro UMNO dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan parti serta kerajaan yang difitnah oleh pembangkang sedangkan dalam masa yang sama tidak ramai pemimpin,Menteri,Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri turut sama seiring dan sederap bersama bloger mempertahankannya hingga ada dari kalangan bloger tersilapa arah hingga menyerang sesama sendiri?
Farid Redzuan hanya dilihat berjaya menjadi Penasihat Fesyen kepada Perdana Menteri dan juga isteri apabila Najib dan Rosmah berjaya diangkatnya sebagai model kepada fesyen-fesyen pakaian terkini yang berjenama tetapi malangnya sebagai Perundinbg Media,beliau nyata gagal termasuklah menangani isu Najib di Pesta Ponggal di Klang baru-baru ini,cetakan gambar dalam Utusan Malaysia bilamana Najib dilihat menunggu Rosmah di tangga kapal terbang serta banyak lagi kegagalan Farid yang berkaitan dengan media dalam negara ini dari sudut berita ataupun gambar-gambarnya.
Media khianati peranan PM ... Another Job Well Done By Farid!
Bila Farid Redzuan dikatakan membentang kertas cadangannya di mesyuarat kabinet,Farid sebenarnya sudah pun menyimpan hasrat yang mungkin beliau sahaja yang tahu jahat atau baik kerana selain mahu mengawal selia RTM beliau juga dilihat cuba mempengaruhi Perdana Menteri dan kabinet untuk menyokong bagi menubuhkan satu pasukan cybertrooper yang beliau sendiri kendalikan walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak aktif berblog,berFB ataupun berTweeter.
Sebagai melengkapkan agenda peribadinya,beliau menyerang secara halus peranan-peranan yang dimainkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab baik yang bergaji ataupun tidak dan pasti serangan Farid Redzuan itu tertumpu kepada Kementerian tertentu,Menteri-Menteri tertentu dan semua agensi yang berkaitan.
Masih terngiang-ngiang kata-kata hikmat Farid Ridzuan sewaktu menerajui TV3 ...
"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.
"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai.
Yup ... bakal Menteri Penerangan Baru Malaysia! Head Honcho at Prime Minister Office ... Bakal menjadi Bullet Baru Pembangkang!
7 comments:
apalagi seranglah dia pulak..ingat dia siapa nak perlekeh para blogger pro umno??
Sedari awal lagi aku dah nampak si Farid ni memang jenis gila glamour...
laa ni dah mula gila nak berkuasa pulak....
Masih daku ingat di suatu pagi bila rancangan live "morning show" di TV3 mengenai si Farid Ridzuan yang dijemput untuk menguar-uarkan selebriti yang akan megadakan persembahan di program anjuran TV3, dengan bengap dan sawannya si Farid boleh tersasul menyebut nama artis yang akan ada untuk menghiburkan anda ialah Anwar Ibrahim oppss Anwar... Anuar Zain... Begitu di rancangan Live pun dia tidak dapat menyembunyikan gelojak nafsu beliau terhadap Anwar the Peliwat al zina.. Rasa-rasanya si Farid ini ada agenda tersembunyi.. ialah untuk menjadi duri dalam daging.. Sebenarnya dia adalah penjilat Anwar Ibrahim.
Kata tv3 media umno punya la bagai.. Dato ridzuan org kuat pakatan upanye.. Banyaknya fitnah yg pakatan buat untuk mengelirukan rakyat.. Semoga korang hidup senang laa lepas menang pru nanti... 80% org melayu yg ditindas dikata org umno dan 20% nasib melayu terbela dikatakan org pakatan.. Akhirnya jadi cam singapore kerja kerajaan tapi melayu setakat sarjan shj. Menteri pulak sampai menteri kebersihan jaga tahi sampah... Syabas anwar dan tok guru.. Takan melayu hilang di dunia.
geng klu leh aku nak ckp satu perkara jer.aq sokong hang dan kengkawan lain bloger pro umno.katalah kita di gigit olih ular atau lain2 serangga yg berbisa sperti lipan atau kala.doktor mesti tanya serangga apa yg menggigit kita supaya ubat yg di bg nanti adalah sama dgn jenis serangga yg menggigit kita xd.klu ular maka bisa ularlaa yg akan di suntik kedlm badan kita.aku harap korang faham nape aq sokong korang 100%.
GWM - kalau kata awak semua ni akal pendek nanti marah pula. Kalau awak bloggers ,semangat kena lah semangat brutal. Kerja korang untuk pengaruh sentimen orang lain bukan korang sendiri pulak senang terpengaruh. Dah terbalik lah pulak. Ingatkan senang saja serang orang mainstream, orang pembangkang, tapi kalu hngpa sendiri senang kena pulas emosi, susah lo.
Kamu semua dah kena tipu. Memang betul farid rezuan tu tolong bahagian media PM tapi bukan dia yang kata blogger pro umno tak diperlukan, tak efektif , tak pandai, tak mandi , oops sasul tak sengaja.
Lain kali peksa dulu sumber mumber korang.Farid tu pun tak kurang musuh dia dari orang kerajaan yg lembab tak gherti buat kerja , ketinggalan pulak, kena pura pura pandai tweet.Pernah tengok mana pegawai kerajaan pura pura bertweet bila tak nak layan kita?
Ya penyakit melayu yang tak lain tak bukan, dengki dengki dengki. Memang la farid tu pun bukan nya tajam akal maksimum , sbb kalu dengan menteri mulut laser yg terkenal tu, dia direct aja kata farid ko jangan ampu pm aja. Kat situ farid kalah maklum la orang professional , dia gentleman sikit , senyum aja kena tibai.
Tapi dia yang paling banyak bantu pm sebab orang media kerajaan lembab buat kerja . BIla buat, tak ada analisis tak ada strategi, mana lah menteri menteri BN yang akal tajam tak bengang.PM sendiri pun frus tuuu.
DI situ lah maslahnya. Farid tu tak kata pro blogger umno tak diperlukan atau tak gherti buat kerja dan konon dia nak buat cyber trooper sendiri. Cuba ko tanya - Apa pasal dia nak harakiri kata gitu. Dia bukan bodoh nak bunuh diri mati katak kalu blogger serang dia. Kalo tak suka dia pun , buka minda tu, pikiagq la takkan la PM nak amik orang sebodoh itu jadi penasihat media dia. Otak belacan aja yang sewel tak nampak mainan orang yg marah kat farid ni. Yang paling kelakar- yang cakap tu pun bukan farid la.. aisehman lain kali selidik la dulu wira blogger semua, jangan cepat melantun.
NAGASNAGAS.
hancur umno. hancur bn hancur najib...
Post a Comment