Monday, March 19, 2012





Bukti penyelewengan pemberian kontrak sampah kepada kroni Pakatan Rakyat di Selangor

Mengapa kerajaan negeri PKR wajib dikatakan melakukan penyelewengan dalam pemberian tender dan kontrak sampah di Selangor?



Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu memaklumkan, pembelian ini dibuat memandangkan beberapa kontraktor yang mendapat tender kutipan sampah namun tidak mempunyai kompaktor memandangkan jumlah sampah yang tinggi di beberapa kawasan.

Menurutnya kompaktor yang ditempah akan tiba pada April ini dan kadar sewa yang akan diberikan juga berpatutan.

“Kerajaan negeri akan menentukan harga yang berpatutan,” katanya.

Jelasnya pembelian kompaktor ini dibuat kerana terdapat aduan bahawa ada usaha mensabotaj kontraktor yang tidak mempunyai kompektor apabila dikenakan caj sewaan yang tinggi sehingga RM16,000 sebulan. -  SelangorKini



Bagi rakyat yang tidak memahami maksud tender dan pemberian kontrak, memang mudah ditipu bulat-bulat prosedur penganugerahan sesebuah kontrak.

Bagi mana-mana tender sekalipun, baik dari sektor awam mahupun swasta, setiap kontraktor perlu memenuhi syarat-syarat wajib butiran tender yang dikeluarkan.

Syarat wajib penganugerahan projek atau kontrak hanya layak diberikan sekiranya pembida atau kontraktor memenuhi setiap syarat yang ditetapkan.

Dalam hal pemberian kontrak sampah kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik, nyata kerajaan negeri Selangor memberikan kontrak tersebut kepada mereka yang tidak layak.

Dengan kata lain ... kontrak diberikan kroni-kroni terpilih dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor, bukan kepada kontraktor yang layak dianugerahkan projek permbersihan sampah di Selangor.



Paparan dibawah adalah bukti syarat-syarat tender yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor yang jelas menyatakan syarat-syarat wajib untuk memasuki tender kutipan sampah.



Menyediakan dan membekal buruh, peralatan, jengkaut, bahan dan lain-lain keperluan untuk kerja-kerja memunggah dan mengumpul sampah ...


Menyedia dan membekal buruh, peralatan, jentera dan lori bagi mengangkut sampah sarap ke tapak pelupusan yang diiktiraf ...



Persoalan yang perlu dijawab oleh Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor ...

1) Mengapa kerajaan negeri membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membeli 50 buah kompaktor kepada kontraktor sedangkan dalam tender yang dikeluarkan, setiap kontraktor perlu menyediakan peralatan dan jentera sebagai syarat wajib sebelum kontrak diberikan?

2) Bagaimana kontrak kutipan sampah ini boleh dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik sedangkan kerajaan negeri sangat tahu mereka ini tidak mempunyai jentera dan peralatan untuk melakukan kerja? Bukankah ini sudah melanggar syarat wajib sesebuah tender yang dikeluarkan?

3) Mengapa kontraktor-kontraktor ini dilantik yang jelas tidak menepati syarat wajib tender walhal Alam Flora yang ditamatkan kontrak oleh kerajaan negeri mempunyai cukup peralatan dan jentera untuk melakukan kutipan sampah?




Kerana itulah Presiden CASSA, Dr Jacob George mahu melakukan 'roadshow' ke seluruh Selangor untuk mendedahkan penyelewengan dalam pemberian kontrak kutipan sampah kepada kroni-kroni pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

“Here we see allegations that many of these companies are using the same trash compactors and lorries. What was the yardstick or barometer used to give these companies the contracts?

“Usually we give it to companies that have the infrastructure, experience and good price. But is that happening now? Why are companies sub-contracting their jobs and using other people’s trucks? Was there no conflict of interest?

“There’s also the allegation that two companies are offering prices so close to the estimated price which can only mean that somebody inside was feeding this contractors info about the tender details,” said George.

‘Something is not right’. Free Malaysia Today.



Rasanya sudah banyak bukti yang telah didedahkan berkenaan dengan penyelewengan kontrak kutipan sampah di Selangor.

Bukan sekadar penyelewengan yang membabitkan pemberian kontrak sampah, malah sudah terlalu banyak isu penyelewengan kuasa, kronisme dan nepotisme yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Khalid Ibrahim.

Isu penyelewengan rasuah pasir
Penyalahgunaan kuasa dan ugutan terhadap Yayasan Basmi Kemiskinan
Salahgunakuasa dan penipuan dana Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
Salahgunakuasa dan penyelewengan dana Yayasan Selangor
Pemberian projek berdasarkan Direct Negotiation tanpa melalui tender
Penyelewengan tanah rizab Melayu
Skandal Helmi Malik dan Elizabeth Wong
Skandal pembunuhan Patrick Wong
dan berbagai lagi bentuk penyelewengan yang dilakukan ...

Rakyat perlu sedar kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah pengamal sebenar dasar rasuah, kronisme dan nepotisme.

Dalam tempoh tidak sampai 4 tahun pentadbiran di Selangor, hampir beberapa bilion ringgit wang rakyat Selangor dirompak atas arahan Anwar Ibrahim melalui proksi utama Khalid Ibrahim. Kesemua ini sudah pun dibuktikan.

Bagaimana jika sekiranya Pakatan Rakyat memerintah untuk tempoh beberapa tahun lagi, berapa bilion ringgit lagi yang akan dirompak dari poket dan saku rakyat negeri Selangor.



2 comments:

Anonymous said...

Repot SPRM.
Yang DiPertua atau Datuk Bandar yang melantik kontraktor boleh dikenakan tindakan pecah amanah. (Kanun Jenayah Section 420).
Kalau YDP dan Datuk Bandar kantoi, mesti dia orang seret juga siapa yang arahkan perlantikan kontraktor.
GWM kasi bongkar habis-habis. Kita lihat siapa yang akan kena.

Unknown said...

TQ FOR THE INFO BRO MUHAMMAD