Anwar Ibrahim tidak perlu terkejut bagaimana dokumen sulit ini sudah berada di dalam tangan blogger-blogger pro kerajaan.
Jejak langkah dan modus operandi PKR kini sudah diketahui sebelum bermulanya pilihanraya umum nanti.
Untuk perhatian para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, sila ambil berat dokumen yang didedahkan ini ...
Agenda tertinggi Anwar Ibrahim adalah mahu memusnahkan kepercayaan rakyat ke atas kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional melalui strategi yang dihasilkan melalui kepakaran luar ( CIA dan/atau KAF ).
1) Pengundi baru dipersetujui agar diberikan perhatian khas.
2) Jurucakap Pakatan Rakyat mengenai Isu Melayu perlu ditonjolkan.
3) Isu rasuah perlu dikaitkan dengan hakikat korupsi UMNO lah penyebab kelemahan Melayu.
Ini adalah tiga isu utama yang akan diketengahkan oleh PKR dan Pakatan Rakyat dalam menyuburkan kebencian amat tinggi rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
Dokumen Sulit Fitnah dan Propaganda Berada Atas Meja Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim dan PKR tahu majoriti sokongan dan undi orang Melayu sudah kembali ke arah UMNO dan Barisan Nasional. Perlu ada satu rangka strategi untuk mengalih perhatian orang Melayu untuk menyokong Pakatan Rakyat melalui tiga tiga isu utama yang perlu ditonjolkan secepat mungkin.
Anwar Ibrahim telah mengarahkan setiap pemimpin Pakatan Rakyat untuk menumpukan isu kronisme, nepotisme dan elemen-elemen rasuah sebagai senjata utama dalam memastikan serangan terhadap UMNO dan Barisan Nasional tidak akan berhenti sehinggalah pilihanraya umum diadakan kelak.
Paling utama adalah untuk menutup segala Agenda Transformasi yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sejak memegang tampuk sebegai Perdana Menteri Malaysia.
Kerana itulah setiap agenda yang diperkenalkan oleh kerajaan baik dari pengenalan Klinik 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan segala jenis kemudahan dan subsidi yang diberikan perlu ditutup rapat dengan agenda mengaitkan isu kronisme, nepotisme dan elemen-elemen rasuah UMNO dan Barisan Nasional.
Hasutan dan kebencian yang mendadak perlu diterapkan ke dalam jiwa rakyat khasnya orang Melayu agar propaganda yang sama pernah dimainkan sewaktu pilihanraya umum ke-12 akan berulang dalam memberi kelebihan undi kepada Pakatan Rakyat.
Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional perlu peka dengan pendedahan dokumen sulit ini dan wajib bertindak pantas dalam membalas fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Rakyat.
Awas Anwar Ibrahim ...
Blogger-blogger pro kerajaan masih ada lagi beberapa dokumen sulit yang sudah berada dalam genggaman bakal didedahkan. Setiap kebobrokan Pakatan Rakyat akan didedahkan satu persatu sehingga tiba hari pembuangan undi.
Anda terkejut Anwar Ibrahim ...
3 comments:
Salam
Tahniah GWM, anda dan Blogger Pro BN telah melakukan sesuatu yang amat besar, kerana jika CIA terlibat, maka US akan kehairanan , bagaimana ianya terdedah.
Masih ada lagi Melayu didalam PAS d PKR, sedar dan insaf, kejahatan anwar terhadap Agama, Bangsa dan Negara.
Anda lakukan kerja anda kerana DIA, kami akan laukan kerja2 kami dengan cara yang amat berlainan sekali.
Sama2 kita membenteraskan kaum munafiqin dan khawarij bertopengkan Agama..........
Kami bekerja secara tersembunyi dan halus, biarlah golongan kami sahaja yang tahu.
Syabas dan tahniah
Jika ada gangguan secara halus dan tidak nampak, hubungilah kami....
Caranya, poskan sahaja didalam Blog2 anda..............kami akan bantu dari jauh, Insyallah
Panglima Semantan Puteh ........
Aww. tahniah dan syabas pendedahan dokumen sulit finah n propaganda Anwar!...memang ramai dah ketahui...cuma ada setengah orang kita Melayu ni lambat tangkap dan masih kurang waras fikirannya n terlalu taksub dgn pemimpin dek kerana kononnya pandai berpidato, tapi sebenarnya kalau diteliti isi pidatonya hanya penuh dgn fitnah,putar- belit dan kelentong semata2 naik muak dibuatnya!,...takut2 nanti kita hanya akan sedar bila negara lebur spt yg berlaku di Afghanistan dan Iraq!...banyak sejarah menggambarkan kejatuhan Melayu ni dek kerana tak bersatu!...kajilah sejarah kejatuhan Melaka berpunca daripada si kitul petualang bangsa!...sekarang ni penderhaka2 tu ada di depan mata yg terang2 bersekongkol dgn kuasa luar yg selama ni terkenal dgn agenda hegemoninya iaitu ingin menguasai,termasuk dunia Islam yg dianggap memberi keuntungan kpdnya!...spt yg kita lihat telah pun berlaku satu demi satu di Timur Tengah dan Afrika!...kita perlu menentang niat jahat ni demi mempetahankan kedaulatan negara dan kesucian Agama Islam!...Insya-Allah... ALLAHUAKBAR!
tahniah dn syukur ke hadrat Allah swt BN menang dlm Pru 13 ...dgn izin Allah BN terus menguasai pentadbiran negara Malaysia...mudah-mudahan negara terus maju di bawah Bn dan mencapai wawasan menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020... Insya-Allah!
Post a Comment