Saturday, March 31, 2012

BREAKING NEWS ... Khalid Ibrahim DiDakwa TERBABIT Dalam Skandal ROGOL & ROMPAK




Kerajaan negeri Selangor mencatatkan satu sejarah baru dalam 'Malaysian Book of Records' apabila mencipta rekod baru kenaikan kadar sewa sebanyak 79.6 (%) peratus, Bangunan Kompleks Belia, Seksyen 7 Shah Alam.

Rekod tertinggi 'Rogol dan Rompak Belia' pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri ...

Kita dengar ucapan tahniah dan pujian dari saudara Badrul Hisham, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor atas kejayaan Khalid Ibrahim mencatatkan rekod baru 'rompakan kadar sewa' ini.





Dibawah adalah kenyataan media Badrul Hisham yang mengalu-alukan 'rompakan terbesar' pernah dilakukan oleh Khalid Ibrahim & Co ke atas mana-mana persatuan belia dalam negara, yang tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.



ISU KENAIKAN KADAR SEWA KOMPLEKS BELIA SELANGOR KEPADA MBS

1) Majlis Belia Selangor (MBS) yang mewakilli semua persatuan belia di negeri Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah syarikat milik Menteri Besar Selangor (Perbadanan) iaitu MSNS HOLDINGS SDN BHD yang mengenakan kadar sewa yang begitu tinggi kepada MBS untuk menyewa dan menjalankan aktiviti di Kompleks Belia.

2) Tersergam indah di seksyen 7 Shah Alam, Bangunan Kompleks Belia ini telah dibina pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri ketika itu. Bangunan serta dewan besar Raja Muda Musa telah terbina atas dasar keperihatinan, pengiktirafan dan wawasan pemerintahan kerajaan negeri akan peranan persatuan-persatuan belia di dalam negeri Selangor. Menjunjung Merapat sembah, sukacita kami maklumkan, penaung kami ialah DYTM Raja Muda Selangor Darul Ehsan, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu melihat aktiviti belia di negeri ini digerakkan secara aktif dengan terbinannya kompleks ini.

Surat dari Kompleks Belia Negeri Selangor kepada Majlis Belia Negeri Selangor bertarikh 27/11/2011

3) MBS telah menghuni bangunan kompleks ini dari awal tahun 2001 sehinggalah sekarang. Sebelum tahun 2008, MBS beroperasi di lantai empat dan lima tanpa dikenakan sebarang bayaran sewaan. Akan tetapi setelah kepimpinan kerajaan negeri beralih kuasa, untuk pertama kalinya pihak pengurusan bangunan yang di bawah penyeliaan Setiausaha Kerajaan Negeri telah mula mengenakan sewaan kepada kami dengan kadar RM1,977 sebulan termasuk elektrik dan air pada Januari 2011 untuk searas tingkat. Tanpa belas kasihan, pihak pengurusan seakan memekakkan telinga mereka menolak rayuan kami agar tidak dikenakan sewa bulanan. Dengan rasa pilu kami terpaksa merela dan melepaskan penggunaan tingkat aras 4 kerana tidak mampu membayar sewa yang dikenakan dan hanya beroperasi di aras 5 sahaja.

4) Sekali lagi kami dikejutkan apabila syarikat pengurusan sekali lagi pada awal 2012 telah menaikkan sewa kepada RM5,280 + RM900 (penggunaan elektrik, air dan sinking fund) dan deposit sebanyak RM10,560 (sewa 2 bulan) yang ditetapkan. MBS adalah persatuan belia, bukan syarikat perniagaan. Daripada mana kami hendak mendapatkan sewa sedangkan kami sendiri tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.

5) Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kami teraniaya. Slogan Selangor Negeri Kebajikan dan perutusan "Tabung Warisan Anak Selangor" atau TAWAS oleh Menteri Besar Selangor, "Saya dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor tanpa mengira keturunan, bangsa, agama mahupun dukungan politik", hanyalah retorik untuk meraih sokongan rakyat.

Surat dari MSNS Holdings Sdn Bhd kepada Majlis Belia Negeri Selangor bertarikh 3/1/2012



6) MBS dianak tirikan oleh kerajaan negeri. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih menutup telinga dan tidak mendengar permasalahan kami. Sudah terlalu banyak permohonan pengurangan berkenaan sewaan kami ajukan kepada pihak pengurusan tetapi tidak diendahkan.

7) Sejak dari tahun 2008, kerajaan negeri tidak pernah satu sen pun menghulurkan bantuan kewangan kepada MBS mahupun kepada persatuan-persatuan belia di bawah payung MBS. Mengapakah peruntukan kewangan hanya diagihkan kepada pengerak belia tempatan (PeBT), Rakan Muda PBT dan Generasi Idaman Selangor (GeMS)? Di manakan ketulusan dan keikhlasan kerajaan negeri memegang amanah yang suatu masa dahulu melaungkan, "Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan"?

8) Jika kerajaan negeri betul-betul serius mahu melestarikan persatuan-persatuan belia dan belia di Selangor khususnya, mereka tidak akan mengenakan kos sewa yang tinggi kepada MBS untuk menyewa di bangunan ini dan menggunakan prasarana yang dibina untuk kemudahan belia di negeri ini. Justeru kami mendesak kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mempertimbangkan semua kadar sewa tersebut. Atau tukar sahaja nama kompleks ini kepada kompleks perniagaan jika kerajaan negeri benar-benar mahu memikirkan keuntungan daripada memikirkan aktiviti belia di negeri ini digerakkan.


Badrul Hisham Badrudin
Timbalan Presiden
Majlis Belia Selangor



GWM ucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Khalid Ibrahim atas kejayaan melakukan kenaikan kadar sewa mekampau-lampau kepada Majlis Belia Selangor.

Satu lagi kejayaan "Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan" versi Pakatan Rakyat.



sumber : blog Minaq-Jinggo



Friday, March 30, 2012

TERKINI ... Rafizi DI DAKWA Di MAHKAMAH, Langgar BAFIA Act 1989





Sebelum ini GWM pernah mengeluarkan artikel Rafizi Ramli bakal di saman kali kedua kerana menyalahi BAFIA Act 1989 berkenaan Sekatan, Kerahsiaan, Kesalahan dan Penalti, gara-gara seronok benar tayang dokumen bank berkaitan dengan akaun NFCorp.






Masin benar mulut dan tulisan GWM ...


KUALA LUMPUR --- PKR strategy director Rafizi Ramli has seriously contravened the Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) when he illegally distributed private and confidential bank account documents to the media for public dissemination and broadcast on 7 March, said National Feedlot Corporation (NFCorp).

NFCorp said Rafizi Ramli being a highly trained accountant and a member of the Institute of Chartered Accountants in England and Wales, as well as the Malaysian Institute of Accountants (MIA), should be familiar with the laws that prohibit public distribution of private and confidential bank account documents.

As such, NFCorp said Rafizi Ramli, Zuraida Kamaruddin and Nurul Izzah Anwar who collectively presided at the PKR news conference where the private and confidential bank account documents and credit ratings were revealed openly, should be investigated and charged for violating BAFIA.

klik seterusnya, RAFIZI AKAUNTAN BODOH



Cukup mustahil Akauntan Bertauliah yang mendapat kelulusan dari ICAEW (Institute of Chartered Accountants in England and Wales) dan ahli MIA (Malaysian Institute of Accountants) langsung tidak pernah belajar undang-undang berkaitan dengan BAFIA Act 1989, Akta Syarikat 1965.

Walhal subjek ini adalah mandatori dalam silibus para akauntan yang mahu mendapatkan tauliah dari ICAEW dan MACPA (Malaysian Association Of Certified Public Accountants)!



Ada dua kesilapan paling besar dilakukan Rafizi Ramli dalam kes ini:

1) Sabit kesalahan, beliau akan dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun dan denda RM3 juta.

2) Lesen perbankan bank-bank berkenaan boleh ditarik balik oleh Bank Negara Malaysia.



Rasanya Rafizi Ramli tidak mempunyai masalah untuk dipenjara dan membayar denda RM 3 juta ... namun bagaimana pula kepada nasib pekerja dan pelanggan bank jika sekiranya lesen perbankan ini ditarik balik oleh Bank Negara Malaysia?

Rafizi Ramli belum tentu memikirkan sebab dan akibat (repercussion) tindakan yang beliau lakukan.

Eloklah jika sekiranya para pekerja bank yang terpaksa menganggur sementara akibat lesen perbankan bank berkenaan di tarik balik cari Rafizi Ramli ...

Sekolahkan budak Rafizi ni cukup-cukup.

Belum tentu seorang yang mempunyai kelayakan bertauliah sebagai akauntan pandai dan bijak ...



Khalid Ibrahim HALAU Dan BUNUH 25 PELADANG Taman Agroteknologi MACAM ANJING KURAP




Tidak cukup dengan 32 dosa kerajaan negeri pimpinan PKR, Khalid Ibrahim berjaya menambah satu lagi dosa kering dengan menghalau 25 orang peladang terlibat dalam menjayakan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Taman Agroteknogi.


Alasan yang diberikan cukup mudah ... tanah yang diduduki diterokai secara tidak sah.

Walhal tanah seluas 142 hektar telah diberikan oleh Kerajaan Selangor pada tahun 1998 di Bistari Jaya, Kuala Selangor untuk dijadikan sebagai Taman Agroteknologi.

Dan pada tahun 2000, selepas Kementerian Pertanian memperkenalkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Taman Agroteknogi tersebut bertukar menjadi TKPM.

Kerajaan negeri Selangor ketika itu dibawah pimpinan Barisan Nasional telah bersetuju dan telah menandatangan MOU dengan Kementerian Pertanian bagi menjayakan TKPM di Bistari Jaya.


Zalimnya Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat menghalau 25 orang peladang bagai anjing kurap



Antara projek pertanian yang dijalan dalam TKPM tersebut adalah :

Penternakan ikan(keli dan talapia)
Kebun sayur dan buah-buahan
Pemprosesan ikan kering
Kilang memproses makanan ikan
Ladang ternakan ayam
Pusat semaian pokok dan bunga
Penternakan ikan(keli dan talapia)
Ikan hiasan






Hasil usaha keras Kementerian Pertanian dan Jabatan Pertanian Selangor selaku pembimbing,serta usaha keras para peladang juga projek ini berjalan dengan lancar.

Sejak diwujudkan sehingga kini hasil pertanian berjumlah RM 25.3 juta telah berjaya dikeluarkan dari TKPM tersebut. Peladang-peladang dari kawasan terbabit juga antara pembekal bahan pertanian utama di Lembah Klang.






Dendam kesumat politik PKR dan DAP sanggup menjadikan para petani sebagai mangsa. Marahkan Barisan Nasional, 25 orang peladang dihalau macam anjing kurap yang sudah nyawa-nyawa ikan.

Segala apa yang diusahakan oleh petani-petani selama ini yang semuanya orang Selangor akan jahanam dalam sekelip mata tidak lama lagi kerana kerakusan politik Pakatan Rakyat.


sumber : portal Selangor Daily


Yup ... Betul tu bang. PR = Penyamun Hasil Rakyat!



TERKINI ... Quek Leng Chan DEDAH SKANDAL SEKS YAHUDI Anwar Ibrahim





Mengapa Anwar Ibrahim cukup takut untuk menjadi saksi berhubung perbicaraan kes saman berhubung perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta, kira-kira 14 tahun lalu?

Kes ini akan membongkar :

1) Vincent Tan di arahkan berundur dari cubaan mengambil alih MUI Bank (kini dikenali sebagai Hong Leong Bank Berhad (HLBB) oleh Anwar Ibrahim.

2) Sebagai balasan, Vincent Tan diberikan lesen perjudian besar, The Sports Toto oleh Anwar Ibrahim.

3) Kroni dan taikun Cina Anwar Ibrahim, Quek Leng Chan diberi lampu hijau mengambil alih MUI Bank Berhad melalui Hong Leong Credit Berhad.

4) Satu pinjaman bersindiket (syndicated loan) berjumlah RM 420 juta ( 8 penama ) dengan tambahan RM 25 juta diberikan kepada kroni Anwar Ibrahim, Faiz Ibrahim.

5) Pinjaman pada awalnya bertujuan untuk membeli saham dalam Inchcape Timuran dan untuk pembelian Kewangan Bersatu Berhad KBB, yang mempunyai lesen kewangan ... hanyalah satu 'diversion'.

6) Syarikat kewangan KBB ini diterajui oleh Ishak Ismail, kroni Anwar Ibrahim dan Bendahari Umno Pulau Pinang yang turut menguasai Idris Hydraulic sewaktu Anwar Ibrahim bertindak sebagai Menteri Kewangan Malaysia dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang.

7) Pembelian KBB tidak berlaku sebaliknya wang ratusan jutaan ringgit ini digunakan untuk menyingkirkan Tun Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.




8) Politik wang paling kotor dalam sejarah Umno dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan menabur RM 200 juta untuk melobi perwakilan dan kroni-kroni bagi menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari jawatan Timbalan Presiden UMNO.

9) Quek Leng Chan yang mendapat kembali MUI bank hasil kerja Anwar Ibrahim, bertindak sebagai pelobi dan pembiaya terbesar dalam usaha menyingkirkan Tun Dr Mahathir dari jawatan Presiden Umno.

10) Warlord terbesar Anwar Ibrahim, Nazri Abdullah bersama warlord Quek Leng Chan, Seow Lun Hoo bertindak sebagai penyelaras projek untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir dari kerusi Presiden Umno.

11) Tersingkirnya Tun Dr Mahathir ... projek yang bakal diterima oleh kroni-kroni Anwar Ibrahim adalah tanah RRI (Rubber Research Institute) di Sungai Buloh berjumlah RM 625 juta.



Mengapa kes saman berhubung perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta timbul kembali setelah 14 tahun berlalu?

12) Peluang terbaik Quek Leng Chan mendedahkan dalam mahkamah kesemua ini adalah rancangan Anwar Ibrahim dalam keghairahan untuk menjadi Perdana Menteri.

13) Quek Leng Chan sudah tahu Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sampai bila-bila sekalipun.

14) Quek Leng Chan tahu Pakatan Rakyat tidak akan menang pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

15) Kes ini akan membuktikan Anwar Ibrahim adalah dalang dan perancang utama mengapa pinjaman bersindiket berjumlah ratusan juta ringgit dikeluarkan hanya untuk menyingkirkan Tun Dr Mahathir dari menjadi Presiden Umno.













Tembelang Anwar Ibrahim akan terbongkar melalui kes ini sebagai Bapa Rasuah, Bapa Politik Wang, Bapa Kronisme & Bapa Nepotisme Malaysia ...

Tahniah kepada penyokong tegar Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ... Anda memang layak digelar keldai



Thursday, March 29, 2012

Noh Omar BONGKAR Strategi Kotor ANWAR KEKALKAN SELANGOR


Anwar tak peduli, apa sahaja cara mesti dilakukan bagi memastikan Selangor akan kekal milik PKR. Apa sahaja cara. Malahan, sewaktu minum selepas berucap di Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor, Anwar sudah mengarahkan agar gambar Noh Omar dengan perempuan seksi dicetak dengan ‘warna’ dan diedar ke seluruh Sabak Bernam, Tanjung Karang, Sungai Besar, Jeram, Sekinchan dan seluruhnya. Anwar mahu Noh Omar tersembam di tempat sendiri kali ini.

Anwar juga sudah bercakap banyak kali dengan TG Haji Hadi, calon Tanjung Karang mestilah kalangan yang benar-benar hebat dan boleh menenggelamkan kredibiliti Noh Omar. Anwar mahukan pencapaian 100 % dalam PRU akan datang, khususnya kepada kawasan-kawasan Parlimen berikut:-

P092: Sabak Bernam (N1: Sungai Air Tawar; N2: Sabak)
P093: Sungai Besar (N3: Sungai Panjang; N4: Sekinchan)
P094: Hulu Selangor (N5: Hulu Bernam; N6: Kuala Kubu; N7: Batang Kali)
P095: Tanjong Karang (N8: Sungai Burong; N9: Permatang)
P096: Kuala Selangor (N10: Bukit Melawati; N11: Ijok dan N12: Jeram)
P097: Selayang (N13: Kuang; N14: Rawang dan N15: Taman Templer)
P098: Gombak (N16: Batu Caves; N17: Gombak Setia dan N18: Hulu Klang)

7 kawasan Parlimen (18 DUN) ini dikatakan Anwar sebagai ‘core areas’ bagi Pakatan Rakyat. Anwar mahukan 100 % – dan tidak kurang daripada itu dalam memastikan peluang BN di Selangor akan kaput seluruhnya.

Anwar tekankan, kuasa Noh di kawasan ini perlu dibatasi dengan usaha PAS yang bersungguh menyerang peribadi Noh Omar di segenap peringkat. Gambar dengan perempuan seksi itu hanya permulaan. Anwar sedang menyusun strategi untuk merosakkan kredibiliti Noh secara maksimum.

Anwar sudah terangkan kepada Dr Rani, apa sahaja permintaan PAS akan dipenuhi – selagi PAS boleh menjanjikan undi maksima kepada PR di dalam PRU yang akan datang. Dana akan dibantu oleh PKR dan DAP.

7 kawasan Parlimen di atas adalah fokus utama kepada Pakatan Rakyat. Kejayaan 100 % akan menjanjikan PR akan lebih diterima majoriti rakyat di Selangor.

Anwar yakin, Petaling Jaya (Utara dan Selatan), Puchong, Pandan, Shah Alam, Serdang, Kelana Jaya akan kekal milik PR. Ini semua urban seats. PR memang terkenal dengan kekuatan di urban seats. DAP banyak membantu.

BN kena jujur bertanya diri sendiri, sejauh mana Noh Omar mampu mempertahan 7 kerusi Parlimen dan 18 DUN yang dinyatakan oleh Anwar. Kalau ikut serangan peribadi yang berduyun-duyun selepas ini, rasanya memang sukar.

Antara isu-isu yang dijangka digunakan di 7 ‘core areas’ ini:-

Noh Omar
Khir Toyo
YB Rahman (Sabak Bernam)
NFC (kaitkan dengan Noh)
Rasuah (pukul keliling)
UMNO jual tanah Melayu;
Kemewahan pemimpin UMNO;
Isu Rosmah;
Altantuyaa (tak kuat; tapi boleh recycle);
Perbelanjaan kerajaan;
Hasan Ali jadi alat UMNO;
Penyesuaian isu mengikut kawasan majoriti (Sekinchan, Ijok dan sebagainya);
Isteri Khir Toyo (isu BAKTI akan direcycle semula);
Kemewahan Khir (gambar rumah dan sebagainya);


sumber : blog GELAGAT ANWAR




Gambar skandal Noh Omar dengan Bini No. 2 ... Okay lah tu bini sendiri!




Gambar Anwar Ibrahim dengan Bini No Berapa ni ...



BREAKING NEWS ... Pejabat Fuziah Salleh DITUTUP Kerana RADIASI LEBIH TINGGI Dari LYNAS























GWM minta Lim Guan Eng dan puak-puak terkena radiasi Pejabat Fuziah Salleh membuat demontrasi besar-besaran untuk merobohkan pejabat PKR Kuantan secepat mungkin.

Karam Singh Walia menunjukkan 'identifier' mengesahkan kehadiran sinaran radiasi yang membahayakan kesihatan dan nyawa penduduk sekitar di pejabat PKR 'THORON Kuantan.

Ada berani Guan Eng Nenen? ...



TERKINI ... Najib TERKEJUT, Mahathir DEDAH CALON 'WINNABLE CANDIDATE' UMNO PRU 13






KUALA LUMPUR 29 Mac - Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

NONE"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.

Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.

"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.

Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.

Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.


sumber : KL POS



Agaknya berapa ramai Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Cawangan UMNO sanggup memberi laluan kepada muka-muka baru sebagai calon 'Winnable Candidate' untuk pilihanraya umum nanti?

UMNO perlu berhenti mulai sekarang dari menyimpan puak-puak yang sudah berumur lebih 55 tahun dari menjadi ketua-ketua bahagian dan cawangan.

Terlalu lama berada di kerusi empuk akan membahayakan umur UMNO untuk jangkamasa panjang ...



Wednesday, March 28, 2012

Nallakaruppan DEDAH RAKAMAN VIDEO SULIT ANWAR SHAMSIDAR






"Ya. Anwar ada hubungan sulit dengan Shamsidar,"


KUALA LUMPUR 28 Mac - Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Senator Datuk Nallakaruppan bertegas tidak akan mengubah pendiriannya dalam membuat pertuduhan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa merupakan seorang Biseksual.

Beliau berkata tindakan penyokong Anwar yang telah membuat ugutan terhadapnya agar menghentikan segala tuduhan-tuduhan beliau langsung tidak akan dipedulikan malah telahpun menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Malah Nalla turut membuat satu lagi pertuduhan secara terbuka mengenai hubungan Ketua Umum PKR itu bersama isteri kepada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.


Penduduk Ukay Bistari ... BONGKAR LAGI SKANDAL KRONI KHALID IBRAHIM & TALAM CORPORATION




GWM terima kiriman email dari seorang bekas pembeli rumah teres dua tingkat Taman Ukay Bistari, yang mahu membongkar skandal sebuah syarikat pemaju, Platinum 88 Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Talam Corporation Berhad (melalui pegangan saham Intelbest Corporation Sdn Bhd).




Assalamualaikum Bro Melayu Atas Pagar,

Saya selalu mengikuti blog anda yang banyak membongkar kisah penyelewengan kerajaan PKR Selangor. Saya ingin kongsi bersama apa yang bakal dan mungkin telah berlaku kepada pembeli rumah Taman Ukay Bistari (HS(D) 49542 hingga 49809 PT No 1578 hingga 1845 Mukim Bandar Ulu Kelang Daerah Gombak Negeri Selangor projek Taman Ukay Bistari).

Dalam email ini saya serahkan kepada Bro untuk dedahkan dokumen2 dan taktik terbaru pemaju ini melengahkan pembinaan dan penyiapan projek perumahan tersebut. Saya sebagai bekas pembeli turut sedih kerana ramai kenalan dan kawan saya yang masih lagi berjuang mendesak syarikat Platinum 88 Sdn Bhd untuk siapkan projek ini.

Kebanyakan para pembeli ini sudahpun bernaung di bawah VICTIMS (Persatuan Mangsa Rumah Terbengkalai) yang diketuai oleh Dr. Rafick dan En. Ali Karim. Kenalan dan kawan saya ini sudah sepakat bersama VICTIMS mahu melakukan petisyen agar syarikat Platinum 88 Sdn Bhd ditutup bagi membolehkan sebuah syarikat pemaju lain mengambil alih dan siapkan rumah-rumah yang tidak siap dan terbengkalai ini.

Saya sebagai bekas pembeli masih lagi tidak dibayar baki wang tahanan (retention) dari deposit yang telah dikembalikan berjumlah RM XXXX. Baru-baru ini, pemaju ini menelefon saya dan memberitahu wang tahanan ini akan dibayar dan saya diminta untuk datang ke ofis di Menara Maxi Segar di Pandan Indah bagi pengambilan cek.




Rupa-rupanya ada udang disebalik batu. Saya diminta untuk menandatangani Borang Proksi jika mahu cek itu dibayar kepada saya. Memang saya amat terdesak dan memerlukan wang ini atas kesulitan hidup serta tanggungan adik beradik. Borang Proksi ini rupanya bagi membolehkan syarikat Platinum 88 Sdn Bhd mendapatkan perintah mahkamah menghalang pembeli sedia ada dari menuntut sebarang tindakan dan desakan ke atas syarikat ini selama 18 bulan.

Maksudnya para pembeli sedia ada tidak boleh menuntut apa-apa dari pemaju selama 18 bulan. Ramai kenalan dan kawan saya akan terpaksa serve interest dari loan semasa membeli rumah yang terbengkalai ini.

Saya rasa kesal kerana terpaksa menandatangani Borang Proksi ini demi baki wang tahanan. Borang Proksi ini akan digunakan pada satu mesyuarat bersama para pembeli kononnya ramai yang masih mahukan syarikat pemaju ini meneruskan projek perumahan yang terbengkalai ini.

Saya minta bro tolong dedahkan dokumen yang attached ini untuk orang ramai melihat situasi sebenar Talam dah memang teruk sebenarnya sampai terpaksa main tarik tali dengan kami bekas pembeli jika nakkan kembali duit kami.

Wasalam.



Seperti yang dipinta dan dikehendaki oleh pengirim email ini, GWM dedahkan Borang Proksi dan satu notis panggilan mesyuarat bersama dengan pembeli rumah Taman Ukay Bistari ini.


Borang Proksi sebagai bersetuju untuk mendapatkan perintah mahkamah, menghalang para pembeli sedia ada tidak boleh mengambil tindakan ke atas syarikat Platinum 88 Sdn Bhd selama 18 bulan berturut-turut.

Notis mesyuarat seperti yang diarahkan melalui Seksyen 176 Akta Syarikat 1965.


Senarai pembeli rumah Taman Ukay Bistari yang masih belum dipulangkan wang tahanan/penalti (LAD) oleh pemaju yang masih gagal menyiapkan projek perumahan ini.



Apa maksud Seksyen 176 Akta Syarikat 1965?

"Section 176 provides that where a proposal for a compromise or arrangement is made between a company and its creditors or its members, the Court has powers to order a meeting of creditors or members. The scheme is binding on all the members and creditors if a majority in number representing three-fourths in value of the creditors or members are present and voting agrees to any compromise or arrangement, if approved by the court. “Arrangement” is broadly defined to include a re-organization of the share capital of the company by the consolidation of shares of different classes or by the division of shares into different classes or by both these methods."

Sekali imbas, GWM faham mengapa pemaju ini mahu 268 bekas pembeli rumah menandatangani Borang Proksi bagi mendapatkan mendapatkan perintah mahkamah, menghalang para pembeli sedia ada tidak boleh mengambil tindakan ke atas syarikat selama 18 bulan berturut-turut.

Pemaju projek ini mahu mendapatkan kuasa undi 3/4 bagi menghalang tindakan selanjutnya oleh pembeli yang sedia ada.

Pembeli sedia ada yang berterusan menanggung hutang bank mahu mengambil tindakan mahkamah untuk menutup syarikat ini daripada meneruskan projek perumahan yang tergendala sejak tahun 2006 dan juga mahu sebuah syarikat pemaju lain untuk mengambil alih projek ini.




“Setiap bulan saya kena bayar RM1,400 sebulan tetapi rumah masih belum siap. Rumah sewa pun kena bayar. Keadaan ini bukan saya seorang yang tanggung tetapi seluruh pembeli mengalami nasib sama.

“Saya harap mana-mana pihak yang mempunyai kuasa atau peranan dalam perkara ini, bantulah kami yang benar-benar dalam keadaan kritikal sekarang,”

“Pemaju juga menipu pembeli apabila arahan oleh tribunal supaya menjelaskan semula wang deposit pembeli berjumlah sekitar RM24,800 tidak ditunaikan sepenuhnya,”

“Saya rasa pemaju turut mempunyai agenda sendiri apabila pernah menyatakan hendak membeli semula rumah daripada pembeli dengan harga asal iaitu sekitar RM240,000 sedangkan harga pasaran kini sudah mencecah RM400,000,”



GWM juga pernah membaca dari sebuah blog mengenai projek terbengkalai Taman Ukay Bistari ini yang menggesa para pembeli tidak terpedaya dengan strategi Talam Corporation melengah-lengahkan projek ini dari disiapkan.


GWM tidak hairan jika para pembeli apartment Ukay Bistari unit A,D dan E yang sudah menerima kunci apartment masing-masing, berterima kasih kepada Dato Seri Noh Omar dan beberapa pemimpin tempatan di Selangor sudi mendengar dan memberi bantuan yang sewajarnya kepada pemilik-pemilik ini sehinggalah ke hari penyerahan kunci.

Rasanya Khalid Ibrahim dan Azmin Ali pasti gusar melihat banner-banner dibawah ini akibat janji yang tidak pernah ditunaikan oleh kerajaan negeri PKR selama memegang tampuk pemerintahan di Selangor.





Berbalik kepada skandal projek terbengkalai Taman Ukay Bistari. Soalan bonus untuk Khalid Ibrahim ...

Apa rasional kerajaan negeri Selangor membeli hutang Talam Corporation Berhad berjumlah RM 391 juta dan mengapa sehingga kini Talam Corporation Berhad masih lagi gagal menyiapkan projek-projek perumahan yang terbengkalai?

Khalid Ibrahim boleh mendakwa pembelian hutang Talam Corporation Berhad hanya sebagai Debt Recovery Exercise, namun sehingga kini kerajaan negeri tidak pernah membuat 'full disclosure' terma pembayaran hutang Talam Corporation Berhad kepada umum.

Rakyat tidak sebegitu bodoh dan tahu pembelian hutang ini sebenarnya adalah Bail Out Exercise untuk menyelamatkan hutang peribadi kroni beliau, Tan Sri Chan Ah Chye.

Bail Out yang mengakibatkan rakyat dan pembeli rumah ditindas semata-mata mahu menyelamatkan kroni Khlaid Ibrahim ...