Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat, Steven Andrew mahu pengguna memboikot Starbucks atas dasar syarikat tersebut menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington.
Katanya tindakan tersebut sebagai menentang ajaran Tuhan ...
Namun cukup berbeza dengan Ketua Umum Pembangkang, Tuan Haji Anwar Ibrahim ...
"Kami perlu menilai kembali undang-undang (homoseksual) lapuk ini supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan."
Tuan Haji Anwar Ibrahim kata tindakannnya hanya mahu mengketengahkan hak dan kebebasan bersuara golongan luar tabi'e. Barangkali tidak menentang ajaran Tuhan ...
Tuan Haji Anwar Ibrahim juga berkata jika Pakatan Rakyat berkuasa kelak, perlu menilai kembali undang-undang homoseks lapuk untuk menjadi lebih relevan dan sesuai dengan keadaan semasa ... Barangkali juga tidak menentang ajaran Tuhan!
Dalam banyak isu yang membabitkan masalah sosial yang boleh diketengahkan, Tuan Haji Anwar Ibrahim tetap menjadikan isu luar tabi'e sebagai objektif utama perjuangannya sebagai ketua kepada pemimpin pembangkang, sekaligus Pakatan Rakyat.
Pada beliau, tidak penting isu sosial lain yang melibatkan anak luar nikah, pengguguran haram, penagihan dadah, peningkatan rumah urut dan pusat hiburan, gejala murtad, keganasan rumahtangga dan banyak lagi yang boleh diketengahkan untuk menghentam kerajaan pusat.
Nampak gayanya, paderi Steven Andrew lebih mengetahui dosa dan pahala berbanding dengan Tuan Haji Anwar Ibrahim ...
http://jeffrydamienz2.blogspot.com/
ReplyDelete