Tuesday, February 21, 2012

Salah Guna Kuasa Naib Canselor UiTM ... SPRM PERLU TELITI KEMBALI KES INI





Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan bahawa naib canselornya Datuk Sahol Hamid Abu Bakar telah menyalahgunakan kuasa dalam pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu dengan memberikan biasiswa berkenaan kepada dua orang anaknya.

Malah, kata penasihat undang-undang universiti itu Prof Datuk Emeritus Shad Saleem Faruqi, bukan sahaja siasatan dalaman UiTM telah membersihkan Sahol Hamid (kiri) tetapi Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu juga mendapati tiada bukti untuk mensabitkannya.

“Mereka mewawancara beberapa pegawai UiTM dan memeriksa sistem pemilihan biasiswa (universiti). Didapati tiada bukti salah guna kuasa. Tetapi mereka buat beberapa cadangan untuk menambah baik sistem untuk menjadikannya lebih telus,” kata Shad Saleem.

Pakar perlembagaan itu turut memaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga ada menjalankan siasatannya sendiri. Shad Saleem bagaimanapun tidak mendedahkan hasilnya.

Malaysiakini sebelum ini difahamkan BPR (ketika itu belum dinaiktaraf sebagai suruhanjaya) pada 2008 pernah menyiasat Sahol Hamid atas dakwaan salah gunakan kuasa dan kedudukan rasminya bagi memilih dua anak perempuannya di bawah skim TPM.

Menurut sumber, BPR kemudiannya menyarankan naib canselor ketika itu Tan Sri Profesor Ibrahim Abu Shah (kiri) mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu berkenaan. Sahol Hamid ketika itu bertugas sebagai timbalan naib canselor.

Difahamkan, antara yang dimaklumkan BPR kepada UiTM:


Sahol Hamid selaku anggota Jawatankuasa Latihan Pembangunan Staf (Induk) pada Ogos 2006 didakwa bersetuju dengan laporan lembaga temuduga yang mencalonkan 411 nama selepas temuduga dan sesi mock teaching.

Sahol Hamid selaku pengerusi jawatankuasa hal ehwal kakitangan juga didakwa memperaku keputusan tawaran TPM tetapi gagal mengisytihar kepentingan dua anaknya dari Fakulti Komunikasi dan Media serta Fakulti Kejuruteraan Awam.

Sahol Hamid dalam jawatankuasa hal ehwal kakitangan pada Februari 2007 didakwa memaklumkan beliau tidak terlibat dengan pemilihan dan tidak mengisytiharkan dua anaknya sebagai calon.

Sumber juga mendakwa Ibrahim kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada KPT.



Dalam kenyataan balasnya kepada Malaysiakini baru-baru ini, Shad Saleem (kiri) berkata, siasatan UiTM yang dimulakan pada 19 Mac 2007 juga mendapati tiada pengaruh tidak wajar Sahol Hamid terhadap terhadap fakulti yang mengendalikan permohonan.

“Bagaimanapun, jawatankuasa menemui bahawa terdapat perbezaan yang tidak diingini antara fakulti dalam beberapa aspek proses pemilihan, seperti komposisi jawatankuasa pemilihan fakulti.

“Beberapa kriteria seperti 'bidang kritikal' juga terlalu subjektif' dan boleh menjurus kepada keadilan yang tidak sama rata,” kata Shad Saleem.



Bagaimana Professor Shad Saleem mengatakan tidak timbul isu salahgunakuasa sedangkan surat rasmi dari SPRM (dahulu dikenali sebagai BPR) memperakukan berlakunya salahgunakuasa dalam pemilihan anak Datuk Sahol Hamid Abu Bakar mendapatkan Biasiswa.

BPR juga telah meminta pihak Universiti mengambil satu tindakan keatas Datuk Sahol Hamid Abu Bakar pada waktu itu yang difikirkan perlu demi menjaga kepentingan awam terutama imej UITM sendiri.

Dato Seri Prof Ibrahim Shah yang waktu itu Naib Cancelor UITM turut menghantar hasil keputusan BPR melalui surat rasmi kepada Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 14 Oktober 2008.



Seharusnya kes ini diteliti kembali sebelum imej dan kredibiliti Universiti Teknologi MARA (UiTM) lebih teruk tercemar akibat permainan kronisme mereka yang berjawatan tinggi.

Sudah cukup pembangkang bermain dengan isu salahguna kuasa ... puak-puak ini perlu diambil tindakan sebelum imej kerajaan Barisan Nasional lebih teruk tercemar sebelum menjelang pilihanraya umum nanti.



1 comment: