Memang fitrah manusia sememangnya mudah lupa. Mudah lupa belajar dari kesilapan lama. Macam anak-anak yang cukup gembira mendapat mainan baru, dilupakan mainan lama. Sememangnya ada kebenaran kata Tun Dr Mahathir ... 'Melayu Mudah Lupa'.
GWM sering menyentuh dalam setiap artikel dan memberi gelaran Raja Petra Kamarudin sebagai 'psychopath' dan 'loose cannon'. Gelaran ini cukup sesuai bagi Melayu opportunis, Melayu opportunis seperti RPK.
RPK adalah opportunis hebat dan bijak dalam menilai siapa paling cepat untuk memenuhi ruang-ruang kosong dalam poketnya. Semakin dekat pilihanraya, hidungnya semakin cekap menghidu mana-mana parti yang perlu disentap untuk menanggung kehidupan di luar negara ... siapa cepat menyumbang wang ringgit, semakin ligat dan pantas langkahnya.
UMNO jangan terlalu mengharap bantuan 'peluru-peluru' yang ditaburkan RPK sepanjang minggu ini terhadap Pakatan Rakyat. RPK sedang memberi signal terbaik poketnya perlu diisi seberapa segera.
Anwar Ibrahim belum lagi menabur wang ringgit kepada RPK kerana masih sibuk dengan urusan di luar negara dalam mencari penyumbang-penyumbang dana sebelum menjelang pilihanraya umum. Barangkali agak marah dengan kelewatan sumbangan dari Anwar, satu peluru sudah ditembak terhadap Pakatan Rakyat. Periuk nasi pakatan pembangkang sudah ditaburkan dengan pasir serta konkrit.
Jangan lupa siapa sebenarnya Raja Petra Kamarudin ini ...
'Psychopath' dan 'Loose Cannon' RPK yang lari meninggalkan negara ini membuat Akuan Bersumpah mengatakan beliau berkata benar menuduh Rosmah Mansor terlibat sama dalam pembunuhan Altantuya Shariibu pada malam kejadian tersebut.
Dimanakah Rosmah Mansor pada malam kejadian Altantuya Shariibu, 19 Oktober 2006 ...
Rosmah Mansor berada di Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006, tarikh di mana Altantuya dibunuh.
Mengapa 'Psychopath' dan 'Loose Cannon' ini tidak pernah menarik balik Akuan Bersumpah yang jelas cukup bersifat suatu tuduhan liar?
Musim pilihanraya umum semakin hampir. Peluang terbaik bagi RPK untuk mencari penyumbang dana yang mampu menyumbang poketnya yang semakin berkurang.
RPK tahu Anwar Ibrahim tidak lagi mampu untuk memenuhi poketnya. Lebih baik Anwar Ibrahim memberi tumpuan mencari sumbangan dana dari luar untuk diagihkan kepada parti-parti yang bernaung dibawah Pakatan Rakyat.
Cara paling mudah, taburkan sedikit demi sedikit pasir ke dalam periuk nasi Pakatan Rakyat. RPK sedang menunggu jika UMNO dan Barisan Nasional sudi untuk menghulurkan sedikit bantuan kewangan untuk menanggung kehidupan berbelanja mewah di Manchester ... memang tabiat manusia opportunis seperti ini.
Walaubagaimanapun, GWM bersetuju dengan kata-kata saudara Mohd Nazmi Rosli ... "kenyataan Raja Petra Kamarudin ini kita anggap sebagai desert sahaja, walaupun kita sebenarnya sudah kenyang ... Kalau kita tak makan desert pun tidak apa."
Namun tidak mustahil apabila 'Psychopath' dan 'Loose Cannon' RPK ini sudah semakin kering poketnya, UMNO dan Barisan Nasional akan turut diserang juga ...
RPK was a trusted comrades by Anwar in the early years to topple the BN government and hence will do whatever instructed by his boss and/or financial ...but of late things change and for reason best known to RPK and Anwar which many is not aware....whatever it maybe RPK knows secret of Anwar which Anwar is afraid this lose Canon will expolde one after another just like Zul Noordin ....just watch Anwar will have to go to London soon to close up on the sand issue and tell or beg RPK to give chance ....as the carpet man said a price is for discussion if want anything resolve ....CARI MAKAN LA....
ReplyDeleteyeezy boost 350 v2
ReplyDeleteyeezy 500
golden goose outlet
nike air max 97
christian louboutin outlet
curry 6
jordans
golden goose
timberland boots
converse shoes
my latest blog post best replica designer bags explanation Louis Vuitton fake Bags check this link right here now replica bags online
ReplyDelete