Wednesday, February 15, 2012

BREAKING NEWS ... Khalid Ibrahim Mengaku Ada SKANDAL RASUAH PASIR Di Selangor






KENYATAAN PENUH NOH OMAR ISU PASIR DAN PENYELEWENGAN KSSB DI SELANGOR

Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor yang mengatakan bahawa syarikat Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) adalah telus dan tidak perlu ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja dan beliau juga mengatakan bahawa tidak perlu lagi untuk mencungkil apa yang berlaku dalam MSSB.


Saya menyatakan bahawa Menteri Besar Selangor adalah seorang bersaksi ke lutut. Belum lagi penyiasatan dibuat, beliau sudah mengatakan bahawa pengurusan KSSB ini bersih, telus dan sebagainya. Cara penafian yang dibuat seolah-olah kerajaan negeri Selangor bersih telus dan tidak ada penyelewengan.

Saya mahu menyatakan disini bahawa kenyataan Menteri Besar mengatakan KSSB bersih dari penyelewengan sebenarnya menunjukkan beliau tidak tahu apa yang berlaku dalam pengurusan KSSB. Saya mempunyai banyak bukti disini.

Yang pertama, kita ada bukti laporan polis yang dibuat oleh pegawai KSSB. Dalam laporan polis ini jelas menunjukkan pembuat laporan menerima panggilan telefon yang mengugut mahu membunuh pembuat laporan polis ini.


Dalam laporan ini juga mengatakan bahawa pembuat laporan polis ini diugut untuk dipotong tangan dan sebagainya.

Dan ini menunjukkan kalau tidak ada penyelewengan berlaku, masakan pekerja yang berkenaan diugut kerana pekerja KSSB tersebut telah mendedahkan beberapa penyelewengan yang berlaku dalam KSSB. Pekerja tersebut yang membuat laporan polis ini telah dibuang kerja.

Yang kedua, kita ada bukti Akuan Bersumpah yang menyatakan bahawa ada berlaku penyelewengan berlaku dalam KSSB.

Dua perkara ini kalau dilihat. Kalau laporan polis ini tidak betul, maka pembuat laporan polis ini boleh diambil tindakan dibawah undang-undang membuat laporan palsu. Kalau Akuan Bersumpah ini tidak benar, maka orang yang melakukan Akuan Bersumpah ini perlu diambil tindakan.


Yang Ketiga, apabila ahli Parlimen Kapar membongkar isu penyelewengan pasir ini, kerajaan negeri telah melakukan penyiasatan.


Tetapi penyiasatan oleh SELCAT terhadap KSSB dalam isu pasir ini berhenti di tengah jalan. Salah seorang saksi yang sepatutnya dipanggil dalam penyiasatan SELCAT ini adalah kontraktor yang telah membuat Akuan Bersumpah tersebut. Kontraktor atau pembuat Akuan Bersumpah yakin jika siasatan diteruskan akan banyak lagi penyelewengan yang berlaku didedahkan.

Saya pernah membuat kenyataan mengapa SELCAT tidak meneruskan siasatan berikutan isu penyelewengan pasir. Pengerusi SELCAT dan Yang Dipertua DUN Selangor, Dato' Teng Chang Kim berkata siasatan masih berjalan. Itu satu penipuan kerana salah seorang ahli SELCAT adalah Sulaiman Abdul Razak dan ADUN Permatang mengatakan kepada saya bahawa siasatan SELCAT sudah diberhentikan separuh jalan.


Waktu SELCAT ditubuhkan, mereka membuat 'public hearing' ke atas pemimpin BN di Selangor. Namun apabila kes yang melibatkan pemimpin pembangkang dan kerajaan negeri, siasatan terhenti. Mereka hanya bermain wayang dan kes ini terhenti.

Kita juga ada bukti-bukti akaun daripada KSSB. Bukti-bukti yang saya ada dan dapat ini, jelas memang berlaku penyelewengan. Jika kerajaan negeri benar-benar mahu menegakkan kebenaran dan mahu menunjukkan ketelusan, maka mereka perlu berani mendedahkan isu pasir.

Saya masih ingat sewaktu Menteri Besar Selangor membaca ucapan sulung beliau pada tahun 2008 dihadapan DYMM Sultan Selangor pada Hari Keputeraan baginda, beliau mengatakan kerajaan negeri akan mendapat hasil kutipan pasir RM150 juta.


Malangnya, apabila hasil kutipan pasir ini diumumkan kerajaan negeri, hasil kutipan menunjukkan tidak sampai 10 peratus. Ini menunjukkan bahawa waktu Menteri Besar menyediakan draf ucapan dan waktu ucapan dihadapan DYMM Sultan Selangor, saya yakin dan Menteri Besar Selangor juga yakin bahawa mereka boleh mengutip hasil pair RM150 juta.

Tetapi oleh kerana pentadiran kerajaan negeri Selangor dan pengurusan monopoli oleh KSSB, banyak berlaku penyelewengan, maka jangkaan kutipan hasil pasir meleset begitu jauh sekali. Saya melihat Menteri Besar dan kerajaan negeri cuba untuk menutup kelemahan-kelemahan yang dilakukan kerajaan Negeri Selangor.


Kita perlu melihat mengapa penyelewengan-penyelewengan ini berlaku. Adakah penyelewengan ini berlaku disedari atau tidak disedari oleh pihak kerajaan negeri. Saya yakin penyelewengan yang berlaku ini disedari oleh kerajaan negeri.

Tindakan yang diambil terhadap pengurusan KSSB adalah tindakan yang tidak merubah pengurusan tersebut. Mungkin RM150 juta itu boleh dicapai dan sepatutnya RM150 juta ini masuk kedalam akaun kerajaan negeri, boleh diaudit.

Saya rasa mereka tidak boleh menggunakan duit itu untuk urusan-urusan lain termasuk urusan kepentingan politik ataupun untuk aktiviti-aktiviti parti mereka. Ada kemungkinan penyelewengan ini telah dirancang.


Rakyat Selangor harus berfikir, kemana duit kutipan pasir yang diselewengkan ini. Jika benar ianya duit rakyat, sepatutnya duit kutipan tersebut telah dimasukkan kedalam akaun kerajaan negeri namun tidak sampai 10 peratus.

Adakah Menteri Besar semasa berucap dihadapan Sultan Selangor, berniat untuk menipu dan mengaburi mata baginda. Hanya mahu menunjukkan bahawa kerajaan PKR ini kerajaan yang hebat.

Jika dihadapan Sultan beliau boleh menipu dan beliau sendiri tidak yakin dengan kutipan RM150 juta, apatah lagi dengan rakyat jelata.

Kerana itulah mereka hanya boleh menabur janji-janji yang manis hanya untuk memikat hati pengundi dan akhirnya kita melihat rakyat pun telah mula sedar bahawa pembangkang bercakap 'tak serupa bikin'.



Suruhanjaya Siasatan DiRaja dalam isu pasir perlu ditubuhkan segera untuk mendedahkan penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dibawah PKR.

No comments:

Post a Comment