Agak heboh isu 'ang pow putih' yang diberikan oleh PERKASA kepada masyarakat Tionghua dalam sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran badan tersebut.
Teruk juga PERKASA dibelasah dari segenap sudut akibat permainan media portal Malaysiakini. Agak menghairankan beberapa media dan portal pro pembangkang tidak memberikan penekanan kepada isu ini melainkan portal Malaysiakini.
Jangan ditanya mengapa Harakahdaily turut melambung isu ini. Sebagai portal rasmi Parti Adat & Sosialis, perkara sebegini perlu diberi perhatian sewajarnya. Jika tidak KPI parti ini akan turut dipertikaikan oleh rakan-rakan parti gabungan yang lain!
GWM yang sudah mempunyai keluarga dan tinggal di kawasan perumahan yang turut sama didiami oleh masyarakat Cina. Sempat juga bertanyakan kepada beberapa jiran dan meminta pandangan. Sempat juga bertanyakan kepada jiran yang beristerikan dari kalangan orang Cina dalam isu 'ang pow putih' ini.
Jawapan yang diberikan sudah dapat diagak ... dipolitikkan. Memang benar ada dikalangan jiran GWM ini berkata agak tidak wajar memberikan 'ang pow putih' sekalipun turut sama meraikan perayaan Tahun Baru Cina. Namun jawapan paling pokok adalah isu ini dipolitikkan dengan sebaik mungkin.
Norma masyarakat Cina sekarang pun tidak ramai yang mengamalkan tradisi turun-temurun peninggalan nenek moyang. Majoriti masyarakat Cina juga lebih gemar memakai warna putih sedondon sewaktu upacara perkahwinan. Jika diikutkan kepada warisan kebudayaan masyarakat Cina, warna putih mahupun hitam adalah warna yang melambangkan kematian.
Mengapa agaknya dikalangan komuniti masyarakat Cina sendiri tidak menegur hal ini?
Begitu juga dengan nama-nama yang digunakan oleh masyarakat Cina secara amnya. Hampir 90 peratus menggunakan nama 'kolonial' pada permulaan nama sebelum diikuti dengan nama warisan keluarga. Alex, John, David, Amber, Felicia, Joanne, dan berbagai lagi nama yang lebih gemar digunakan.
Walhal komuniti atau golongan yang menggunakan nama 'kolonial' ini masih lagi mengamalkan ajaran Buddha dan tidak menganut ajaran Kristian?
Bagaimana pula dengan masyarakat Melayu yang turut sama mempunyai identiti 'kolonial' terpalit dalam jiwa dan amalan kehidupan harian? Bukan main hebat hebat melaungkan 'Hidup Melayu', memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu namun tatacara kehidupan tidak melambangkan peninggalan warisan nenek moyang.
Inilah yang dicanangkan oleh Perdana Menteri melalui konsep penerimaan slogan 1 Malaysia. Setiap bangsa perlu menerima hakikat adat dan budaya sesuatu bangsa untuk saling hormat menghormati. Konsep penerimaan ini yang gagal diasimilisasikan walaupun sudah hampir 60 tahun kemerdekaan tercapai.
Baik orang Melayu, Cina, India dan apa jua bangsa di Malaysia, rakyat masih lagi mengalami krisis identiti. Krisis identiti yang sering dikaitkan dengan 'inferiority complex'. Semangat rasis dan jahil masih lagi menebal dikalangan kaum di Malaysia. Jika tidak, perkara dibawah ini tidak mungkin berlaku apabila semua kaum tahu dan faham adat dan budaya masing-masing ...
Berbalik kepada isu ang pow putih ini, agak menjelikkan apabila beberapa blogger pro kerajaan cuba menjadikan PERKASA sebagai 'punching bag'. PERKASA sudah dilabelkan sebagai liabiliti kepada UMNO, kenyataan beberapa pemimpin PERKASA dianggap sebagai dangkal dan naif kerana menimbulkan kembali persepsi pemberian ang pow putih.
Mengapa hanya PERKASA dipersalahkan seratus peratus dalam isu pemberian ang pow putih ini? Adakah BN tidak turut sama melakukan perkara yang sama dengan pemberian ang pow putih kepada masyarakat Cina dalam sambutan Tahun Baru Cina.
Pada GWM mudah, jika perlu BN secara keseluruhannya harus meminta maaf jika dalam isu ini. Tidak kira apa jawapan yang diberikan ... ang pow putih bertakhtakan logo BN, ang pow putih sudah lama digunakan sejak dari tahun 2009. Fakta adalah tetap sama ... ang pow berwarna putih! Full Stop!
Dan lebih dituntut lagi jika para pemimpin pembangkang (seperti gambar di atas) turut sama memohon maaf secara terbuka atas kekhilafan yang dilakukan kerana tidak tahu adat dan budaya orang Melayu! Cukup kurang ajar apabila berkasut dalam sebuah rumah yang dihuni oleh orang Melayu beragama Islam!
Agak menghairankan apabila beberapa blogger pro kerajaan turut sama terjebak dalam isu ini. Cukup mudah meletakkan kesalahan 100 peratus kepada PERKASA. GWM sendiri bukanlah ahli PERKASA namun sewajarnya semua pihak dalam BN perlu menginsafi dan merenung kembali kesilapan yang dilakukan.
Perkara ini cukup bersangkut paut dengan adat, budaya dan adat resam sesuatu bangsa. Tidak sewajarnya PERKASA dipersalahkan 100 peratus jika masing-masing masih belum boleh menerima konsep penerimaan seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.
Barangkali juga beberapa blogger pro kerajaan ini perlu bertanya kepada seorang blogger yang menobatkan dirinya sebagai 'revolusioner dalam media baru', sudahkah beliau merevolusikan dirinya dengan penerimaan konsep 1 Malaysia?
Jika benar, maka tidak perlu revolusioner media ini khusus masih lagi mempromosikan lagi artikel 'Tanah Melayu Ketuanan Cina' dalam blog beliau.
Ini bukan asas kepada transformasi dan konsep penerimaan 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri ...
Takpe pas ni kita bagi ang pow warna hitam pulak..
ReplyDeletekalu tak suka terima angpow putih tu pulangkan aje balik pada yang memberi angpow tu abis citer..tapi kalu wali selipar ckp mesti KENA amik angpow tu WAJIB
ReplyDeleteKalau nak cari isu untuk gaduh, puak ni memang terkenal dari zaman pra 13 Mei sampai lah sekarang.Dalam kecoh warna ang pow putih tu, duit dia kebas jugak. Diorang kutuk raja, melayu tak apa, angpow salah warna sampai meroyan tuntut maaf, ini bukan melampau, kurang ajar namanya.Lain kali tok sah buat lagi lah bagi angpow kat puak ni, diorang dah kaya melimpah ruah dah..
ReplyDeleteOrang Cina kata Warna PuTIh Kosong tiada corak..ini ada corak mne ada lambang ...SimPUl DUit tu kalo ada Corak Bunga ato apa apa corak xde lambang kematian Pon kecuali putih kosong baru la melambangkan kematian
ReplyDelete