Wednesday, February 29, 2012

BREAKING NEWS ... Tun Mahathir SETUJU Lim Kit Siang Dilantik PRESIDEN PAS Baru





PUTRAJAYA, Feb 29 — Tun Dr Mahathir Mohamad challenged PAS today to appoint DAP parliamentary leader Lim Kit Siang as its president after a lawmaker from the Islamist party said it was ready to accept Christian leaders.

The former Umno president, who tussled with PAS over Islamic issues during his 22 years in power, told reporters “there is nothing wrong with this as Kit Siang will surely protect Islam and give allocation for mosques.”

“They used to call us kafir (unbelievers) but now they want non-Muslim leaders,” the former prime minister said, referring to PAS’s criticisms of Umno for working with other parties in Barisan Nasional (BN) such as MCA and MIC.

“Now they are not only co-operating (with non-Muslims), they want non-Muslim leaders. They should make Lim Kit Siang their president. After all he is a very patriotic Malaysian,” he said of the veteran DAP leader who led the opposition during most of Dr Mahathir’s time in power.

PAS research chief Dr Dzulkefly Ahmad said yesterday the party is ready to accept non-Muslims in positions as senior as deputy president.

The Kuala Selangor MP said the party was prepared to emulate Egypt’s Freedom and Justice Party (FJP), which appointed Coptic Christian intellectual Rafiq Habib as its vice president last year.



Semakin berantakan dan jahanam golongan parasit mengerjakan PAS. 

Tidak cukup dengan menyingkirkan pro ulama dari parti, Tuan Haji Anwar Ibrahim sudah mengarahkan parasit-parasitnya untuk membuka ruang bagi jawatan Timbalan Presiden kepada bukan Islam.

Dr Dzulkefly Ahmad sudah terlebih dahulu mendahului suara dan kesepakatan dari Majlis Syura PAS. Semakin ramai golongan cerdik pandai agama dalam parti ini telah menjadi Ularmak Bisu.

Negara Islam, Hukum Hudud? Bagaimana jika Timbalan Presiden PAS yang baru dan bukan seorang Muslim menentang perlaksanaan Hukum Hudud kelak?

PAS parti apa sebenarnya? ...



BOHONG ... SAYA Tak KATA 20 GENGSTER Pukul - BadrulAmin


Saya tak bersalah ... ANU saya yang bersalah dalam hal ini. Handphone kamera ini saksi saya.

Antara kebodohan dan kegopohan Badrulamin yang paling nyata apabila mula menuding jari ke arah semua pihak termasuklah menggarap skrip 20 gengster ditugaskan untuk memukul beliau pada malam beliau menyampaikan 'tazkirah' kepada sang isteri yang malang.

Sudah cukup terlewat bagi Badrulamin untuk menarik kembali kenyataan bahawa UMNO dan JAIP, terlibat sama memerangkap beliau dengan tuduhan berkhalwat.

Suka atau tidak, Badrulamin wajib menyalahkan dirinya dalam semua perkara. Amat malang bagi seorang yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang tinggi (agaknyalah ...) tidak mampu membezakan perkara yang halal mahupun haram.


Pengakuan dari pihak pengurusan dan pekerja hotel sudah cukup membuktikan bahawa tidak ada kelibat 20 gengster seperti yang didakwa oleh Badrulamin.

Tidak munasabah bagi sebuah hotel bertaraf empat bintang begitu longgar sekali faktor keselamatan yang mampu membahayakan pelanggan hotel tersebut.

Badrulamin cukup bernasib baik kerana pihak pengurusan hotel tidak mengambil tindakan saman malu ke atasnya yang secara jelas telah mencemar imej dan kredibiliti sebuah hotel bertaraf empat bintang.

Badrulamin sehingga kini masih belum mahu membuat sebarang laporan polis jika benar dakwaan UMNO terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjatuhkan karier politiknya.



Badrulamin sebenarnya sejak awal lagi tahu beliau telah diperangkap oleh musuh dalam selimut yang berselingkuh dalam PKR.

Cuma beliau gagal mengenalpasti siapa dalang PKR yang telah melaporkan kepada suami sang isteri yang malang ... yang telah 'ditazkirahkan' secukup-cukupnya oleh Badrulamin selama tiga malam berturut-turut ... Ouch!


“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya."

Mungkin Badrulamin boleh merujuk kembali kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan hotel ...


Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.



Ayat skema apabila kote bengkok cukup sukar diluruskan kembali ...



Monday, February 27, 2012

BREAKING NEWS ... Ehud Barak DEDAH KANDUNGAN SURAT Mahathir ... ANWAR KANTOL BIG TIME


Agak sukar mempercayai apabila Ehud Barak turut menyanjung tinggi peranan rakyat Malaysia dan khususnya Tun Dr Mahathir dalam arena antarabangsa, yang terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Namun itulah hakikatnya. Pendokong tegar regim Zionis dan 'pembunuh rakyat Palestin' juga terpaksa akur dengan kehebatan rakyat Malaysia dan Tun Dr Mahathir tanpa ada perasaan mengalah, masih terus memperjuangkan penubuhan negara Palestin.








Apa yang menarik lagi adalah saranan Tun Dr Mahathir supaya Israel turut mengikut jejak langkah Malaysia bagi mencapai perdamaian dengan rakyat Palestin. Iktiraf negara Palestin yang berdaulat.




Namun apa yang menarik perhatian GWM adalah, Ehud Barak tidak tahu Tuan Haji Anwar Ibrahim mempergunakan nama beliau dan regim Zionis untuk melepaskan tengkuk beliau dari sebarang kaitam dengan Israel.




Lagi syok ... apabila Ehud Barak sebenarnya tidak tahu skandal-skandal yang melibatkan Tuan Haji Anwar Ibrahim di Malaysia.




Nampak gayanya, terlalu banyak yang perlu Tuan Haji Anwar Ibrahim perjelaskan kepada rakan sekutunya di Israel ... Cukup parah!




TERKINI ... Anwar Mahu BUNUH 420 PEKERJA MELAYU LYNAS - Hadi Awang






GWM menganggap Fuziah Salleh sebagai pengkhianat utama atas kesanggupan menggadaikan nasib 420 pekerja Melayu yang mencari rezeki dengan Lynas.

Himpunan Hijau tidak lebih dari satu usaha menakutkan pelabur asing dari terus melabur dalam negara ini.


Modus operandi ini diatur dan digarap dengan rapi agar kurangnya pelaburan masuk di Malaysia akan diwar-warkan sebagai kerajaan gagal menarik pelaburan asing. 

Ini adalah agenda terbesar pakatan pembangkang mahu menakut-nakutkan pelabur asing dari terus melabur di Malaysia.

Dan sebenarnya dua pakar dan saintis dalam bidang nuklear dan radiologi, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli Che Mat sudah memberi pandangan serta penjelasan paling professional bahawa kilang kimia Lynas adalah selamat.

Kedua-dua pakar ini telah berulangkali menyatakan bahawa kilang Lynas di Gebeng bukanlah kilang nuklear atau loji nuklear maupun makmal penguraian dan mengayakan uranium. Ia adalah kilang pemerosesan Nadir Bumi.




Begitu bodohnya pihak pembangkang terutamanya Fuziah Salleh (belum dapat ditentukan pengkhususan pakar adalam bidang apa sekalipun) mengatakan Lynas adalah sebuah kilang yang menghasilkan radiokatif yang merbahaya.

Kadar radiokatif yang bakal dikeluarkan tidak lebih daripada kadar radiasi yang dikeluarkan oleh mana-mana kilang di kawasan sekitar.

Kedua-dua pakar ini telah berulangkali turut menyatakan dari segi fakta dan 'scientific evidence' bahawa projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat.


Kerajaan hanya akan membunuh diri jika secara sembarangan mengeluarkan dan meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas Corporation, tanpa sebarang syarat-syarat ketat, laporan dan kajian yang telah dibuat oleh pelbagai agensi terbabit bersetuju bahawa operasi Lynas akan selamat dan mengikuti piawaan antarabangsa.

Siapa Fuziah Salleh yang begitu miang dan gatal berani mengatakan rakyat di Kuantan bakal dihambat dengan radiasi yang mampu mengganggu kesihatan dan genetik penduduk setempat.

Barangkali Fuziah Salleh boleh menyatakan secara rasmi kelayakannya dan hasil kajian belaiu secara saintifik yang mampu diterima oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) dan Atomic Energy Licensing Board (AELB).



Atau mungkin Fuziah Salleh boleh menjadikan ucapan Presiden PAS Hadi Awang sebagai iktibar dan tanda aras dimana letaknya kelayakan beliau sebagai pakar dalam bidang ini ...




Anwar Marah BadrulAmin ... JANGAN LIBATKAN UMNO, UNDI AKAN LARI





Rakyat seharusnya sudah mampu mengagak bagaimana BadrulAmin akan mula menuduh mana-mana pihak terbabit mahu mengaibkannya dalam kes khalwat bersama isteri orang.

Modus operandi yang turut sama digunakan oleh Mat Sabu apabila ditangkap khalwat bersama isteri orang, Normah (yang kini sah bergelar isteri beliau) di bilik bernombor 121 Hotel Perdana pada tahun 1995.

Semua ini adalah perangkap dan kerja khianat UMNO ...

Seperti yang sudah diduga, BadrulAmin menyalahkan suami wanita, UMNO, para blogger pro kerajaan dan 20 gengster yang terlibat memerangkap beliau dengan kes khalwat.

Tidak cukup dengan tuduhan semberono, BadrulAmin turut menyalahkan Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz sebagai memberi laporan tidak tepat dan tidak bercakap benar.




Barangkali BadrulAmin terlupa 'kote bengkoknya' tidak mampu menghidu pergerakan beliau sudah lama disaksikan oleh suami wanita tersebut.

Tidak ada sebab BadrulAmin mahu menyalahkan suami wanita tersebut yang membuat laporan dan menghubungi penguatkuasa JAIP. Dayus bagi seorang suami membiarkan isteri berada berdua-duaan dengan bukan muhrim. You tak belajar agama ke BadrulAmin?

Ada laporan menyebut saksi mengatakan sudah tiga hari wanita tersebut bermalam di bilik BadrulAmin. Semasa tangkapan dibuat wanita tersebut sedang menyorok di dalam almari. Penguatkuasa JAIP juga mendapati ada satu lagi tuala basah berada di atas katil dan satu lagi sedang digunakan oleh BadrulAmin.

Punya banyak tempat terbuka boleh dilakukan tazkirah terhadap wanita tersebut, Apa perlu diadakan tazkirah dalam bilik hotel jam 2.00 pagi dengan berbekalkan tuala basah?

Hebat! Tiga hari tiga malam mengadakan tazkirah kepada wanita malang tersebut. Tazkirah 69 gamaknya ...



Anwar TELEFON dan MERAYU Jangan TUNJUK SURAT Tun Dr Mahathir - Najib Tun Razak





Suka atau tidak, Tuan Haji Anwar Ibrahim dan sekutunya perlu membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir dan kerajaan pernah dikaitkan dengan kerja dibelakang tadbir mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung dengan kerajaan Israel.

Tuan Haji Anwar Ibrahim dan sekutunya perlu mendedahkan surat rasmi dari Wisma Putra bahawa Tun Dr Mahathir pernah bersetuju untuk turut sama mengiktiraf negara Israel.

Najib sudah mengumumkan akan mendedahkan kepada umum dan rakyat surat rasmi Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak.

Najib sudah memberi 'green light' dan petunjuk dalam minggu ini mahu mendedahkan surat rasmi jawapan balas Tun Dr Mahathir kepada dua Perdana Menteri Israel; Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak yang meminta Malaysia mengubah pendirian dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut.


Ezam Mohd. Noor juga sudah bersedia mendedahkan kepada umum surat Tuan Haji Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Etika Bank Dunia yang bertujuan menutup skandal seks rakan rapatnya yang merupakan bekas Pengerusi Bank Dunia, Paul Wolfowitz.

Bagaimana pula dengan blogger-blogger pro kerajaan ...

Rakan-rakan blogger pro kerajaan sudah lama bersedia menunggu untuk melakukan 'audit and investigation' jika sekiranya puak-puak Tuan Haji Anwar Ibrahim mula membolos surat rasmi palsu di alam maya.

GWM menunggu dengan penuh kesabaran pelan dan strategi Tuan Haji Anwar Ibrahim dalam menafikan surat rasmi Tun Dr Mahathir ini.

You move Tuan Haji Anwar Ibrahim ...



Sunday, February 26, 2012

WIKILEAKS ... Video Tangkapan BADRUL AMIN SUDAH TERSEBAR ?






Baik lu orang layan video klip dikir barat kerakusan PAS Kelantan dari melayan nafsu buas pengikut Imam Mahadi Malaysia ...

Nik Aziz DIBALUN LAGI ... 3,000 Rakyat TUNTUT SEGALA JANJI





Kesabaran rakyat Kelantan selama dua dekad terpaksa menggunakan air kotor untuk kegunaan harian semakin terhakis apabila lebih 3,000 orang berhimpun secara aman di Lembah Sireh, Kota Bharu, semalam.

Perhimpunan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) itu diadakan bagi mendesak Kerajaan Pas Kelantan menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam tempoh sebulan.

Menurut MTRK, satu perhimpunan besar-besaran membabitkan 10,000 orang akan diadakan di hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jika pengurusan air tidak diserahkan kepada SPAN.


Sesudah Najib ... ZAHID HAMIDI PULA DIFITNAH BERBOGEL DI ISRAEL


GWM pasti blogger dan facebooker pro pembangkang cukup 'bekerja keras' untuk sekali lagi menabur fitnah Maha Dahysat ke atas pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional.

Fitnah gambar Perdana Menteri DS Najib ternyata gagal dilakukan kerana blogger-blogger pro kerajaan cukup tangkas menampilkan fitnah 'superimposed' yang dilakukan.

Kini, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi pula dijadikan mangsa rakus fitnah Maha Dahsyat blogger dan facebooker pro pembangkang. Ketandusan isu menjadi bahan polemik utama sebaran fitnah terbaru.



Gambar di atas diambil dari salah sebuah blog pembangkang. Sahabat dan rakan blogger BADUT RAKYAT sudah awal-awal lagi dapat mengesan permainan fitnah ini.





Gambar 'superimposed' ini menggunakan gambar bekas Perdana Menteri Israel dan kini dilantik sebagai Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak.








Aneh ... gambar-gambar Sivaji Pandikutty Anwar Ibrahim ini masih lagi gagal dibuktikan sebagai 'superimposed' oleh blogger dan facebooker pro pembangkang.




Dan Anwar Ibrahim sehingga kini, tidak pernah menafikan bahawa gambar ini sebagai fitnah ...

Bermakna memang benar Tuan Haji Anwar Ibrahim menggadaikan akidah demi sokongan dan undi kaum India.



Saya Akan Saman KOSMO, MSTAR, SINAR HARIAN Kerana FITNAH - Badrul Amin




Pemimpin PKR itu, Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil), 51, yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR ditangkap bersama wanita itu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Ujarnya, ahli politik itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas kira-kira sembilan jam ditahan dan akan dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.




Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.

"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.




Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.

Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi.

Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga hari ini.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal.



Rasanya tidak perlu untuk Badrul Amin bercakap terlalu banyak dan hanya sekadar membuat penafian. Lebih baik beliau mengambil tindakan mahkamah ke atas mana-mana media yang dianggap beliau cuba memutarbelitkan kejadian tersebut.

Lebih baik lagi jika Badrul Amin mengambil tindakan saman ke atas Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz yang mengesahkan penangkapan beliau oleh pegawai penguatkuasa JAIP di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi.

Jika mahu menyelamatkan diri, adakan sahaja sidang media bersama media luar negara dengan menyatakan kejadian ini adalah konspirasi tertinggi UMNO ...

Apahal jumpa bini orang jam 3.00 pagi di bilik hotel? Mahu pecah rekod Mat Sabu gamaknya ...



BERITA TERKINI KHALWAT ... Tuhan Sudah AMPUNKAN BADRUL AMIN - Nik Aziz





PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.

"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.

Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.

Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.

Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.



GWM menunggu jika Nik Aziz sekali lagi akan dipanggil untuk membantu dan menyelamatkan nyawa politik Badrul Amin. Tidak mustahil episod penghapusan dosa ADUN Selising bakal berlaku.

Tidak ada yang mustahil mengenai Pakatan Haram ini ...












Friday, February 24, 2012

Anwar Dijemput Hadir HARI BELIA NEGARA Putrajaya, KALAU MUKA TAK MALU - Tun Dr Mahathir






"Pemimpin tidak berfikir bahawa beliau ditugaskan untuk memimpin dan membawa pengikut-pengikutnya ke arah yang lebih baik, ke arah yang akan memberikan kehidupan yang lebih bahagia. Itulah tugas pemimpin."

"Apabila pemimpin mula lupa dengan tugasnya, maka lambat laun pengikut-pengikutnya akan berhenti menjadi pengikut dan mereka akan bertindak menjatuhkan pemimpin tersebut."

"Walaupun pengikut-pengikut mungkin boleh bersabar bertahun lamanya, tetapi akhirnya pengikut-pengikut ini bangun untuk menjatuhkan pemimpin itu."




GWM yakin para belia hampir 2,500 orang yang hadir pada Program Bicara Minda Tun Dr. Mahathir Mohamad di PWTC tahu pemimpin manakah yang dimaksudkan oleh mantan Perdana Menteri ini.

GWM kurang pasti berapa bilangan sebenar bekas pemimpin PKR yang telah keluar parti dan mula bertindak melawan bekas boss mereka, Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Perkara yang paling mudah dipelajari oleh para belia adalah semakin ramai yang meninggalkan Tuan Haji Anwar Ibrahim kerana cukup serik dipergunakan oleh Ketua Umum Pembangkang ini untuk mencapai cita-cita nafsu rakus menawan Putrajaya.

Cuma yang paling menyedihkan apabila ada diantara golongan belia yang cukup mudah dipergunakan dan 'diperkosa' minda mereka oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Betapa ramainya majoriti belia dan mahasiswa yang terdiri dari kalangan orang Melayu begitu mudahnya minda dan intelektual diracuni oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.