Suka atau tidak, GWM terpaksa bersetuju dengan pandangan dan permintaan majoriti rakyat berkenaan isu Kedai Rakyat 1Malaysia ...
Rakyat mahu kerajaan memperbanyakkan lagi pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia diseluruh negara disebabkan tekanan kenaikan harga barangan semakin meningkat. GWM terpaksa akur dengan kehendak rakyat, jika itulah kemahuan rakyat ...
KUALA LUMPUR 11 Jan. – Tidak sampai setahun Kedai Rakyat 1Malaysia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu pada 22 Jun tahun lalu, matlamatnya untuk meringankan beban rakyat semakin dirasakan masyarakat bandar.
Bermula dengan premis pertamanya di stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya, warga kota khususnya yang berpendapatan rendah kini boleh menarik nafas lega. Malah, kedai itu kini mula beroperasi di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan Universiti Malaya menjadi IPT pertama yang mempelopori usaha tersebut.
Tinjauan Utusan Malaysia di kedai tersebut baru-baru ini mendapati, rata-rata pelanggan menggesa kerajaan memperbanyakkan lagi kedai seperti itu disebabkan tekanan kenaikan harga barang.
Apa tidaknya, kedai yang diuruskan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) dengan kerjasama kerajaan tersebut mampu menawarkan potongan harga bagi produk berjenama 1Malaysia antara 30 hingga 50 peratus berbanding harga barangan berjenama.
Secara tidak langsung, perbelanjaan mereka juga dapat dijimatkan.
Kini terdapat 250 barang keperluan berjenama 1Malaysia yang ditawarkan dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa. Malah, kesemua produk jenama itu mempunyai logo halal yang sah agar tidak menimbulkan keraguan kepada pembeli yang beragama Islam.
"Apa you buat ni Najib ... anak LIBERALIWAT pun sanggup tolong promosikan barangan KR1M?"
Antara yang menjadi pilihan ialah beras super tempatan pada harga RM21.99 berbanding RM26.50 untuk jenama terkenal, minuman malt coklat dua kilogram RM19.50 (RM32), susu pekat RM1.95 (RM2.70), sardin RM2.99 (RM6.10) dan roti sandwich RM1.79 (RM2.40).
Justeru, tidak hairanlah jika premis yang terletak di Kelana Jaya itu bukan sahaja menerima pelanggan berhampiran tetapi juga yang datang dari Gombak, Klang dan Sunway.
Seorang peniaga kedai makan, Mohammad Aziz Kasmiri, 53, berkata, setelah membuat perbandingan harga serta kualiti barangan di beberapa kedai lain, ternyata harga barangan 1Malaysia adalah termurah.
“Saya sanggup datang dari Gombak bagi membeli barangan keperluan jualan kedai makan saya. “Selain murah, saya juga dapati kualitinya sama sahaja dengan produk lain,” katanya yang sudah lebih 10 kali membeli barangan di kedai itu.
Suri rumah, Sri Vilashini, 25, berkata, dia sangat berharap kerajaan memperbanyakan lagi Kedai Rakyat 1Malaysia ini agar lebih ramai golongan berpendapat rendah dapat merasai manfaatnya.
“Kalau lebih banyak kedai seperti ini lagi bagus, sekurang-kurang dapatlah kita berjimat wang membeli barangan dapur,” katanya yang datang daripada Sunway.
Pekerja restoran Jepun, Mohd. Hakim Abdullah, 35, mengakui sebelum ini dia hanya menyangka konsep kedai tersebut ibarat ‘indah khabar daripada rupa’ sahaja.
“Tapi apabila pertama kali datang, memang benar ia menawarkan banyak barang yang murah malah suasana kedai pula besar dan selesa,” katanya yang datang bersama isterinya, Yusmahwati Yusof, 34, untuk membeli-belah.
Pelajar jurusan kejuruteraan, Yap Hui Jin, 23, berkata, sebagai pelajar, dia memang sentiasa mencari barang yang berharga murah agar dapat menjimatkan perbelanjaan bulanannya.
“Di kedai ini, saya boleh membeli air mineral yang paling murah iaitu cuma 30 sen sebotol. Tapi selain produk-produk jenama 1Malaysia, harga barangan lain lebih kurang sahaja,” katanya yang sudah dua kali berkunjung ke kedai tersebut.
Sementara itu, Penyelia Cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia Kelana Jaya, Noraiyu Yunus, 25, berkata, sepanjang tempoh hampir setahun beroperasi, sambutan pelanggan bagi produk 1Malaysia memang amat menggalakkan.
“Pelanggan paling ramai datang pada hujung minggu dan juga selepas waktu kerja pada hari biasa.
“Selain untuk keperluan sendiri, ada yang membeli-belah untuk berniaga selain bersedekah kepada golongan yang susah,” katanya. (UTUSAN MALAYSIA)
Memang salah you Najib! Salah you 100 peratus Najib ... puak-puak LIBERALIWAT sudah tidak mempunyai isu untuk dibangkitkan lagi!
"liberaliwat"...LOL!! term yg terbaekk
ReplyDeleteitu apek bukan bisnes basikal la...dia sikalang bisnes kapal selam ma!!!
ReplyDeleteitu amoi manyak suka pakai itu detergent...dia mau cuci spender dia punya bapak, pasal itu spender ada bau kunyit....manyak busuk itu bau....