GWM menjangkakan kelak lebih ramai rakyat yang bakal tampil menuntut hak dan keadilan di Kelantan sepertimana yang dilakukan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan ( MTRK ) dan beberapa NGO yang berhimpun di hadapan perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ( SUK ).
Rakyat sebenarnya sudah muak dan bosan dengan 'janji manifesto' PAS sejak dari pilihanraya umum 1990. Berapa peratuskah 'janji manifesto' PAS sudah dilaksanakan sehingga kini? Bermula dari 'Membangun Bersama Islam' beralih arah pula kepada 'Negara Berkebajikan' ... sudah terjaga dan terlaksanakah kebajikan rakyat Kelantan selama 20 tahun pemerintahan?
Masalah sekecil membekalkan air bersih masih berlarutan walaupun telah berapa banyak peruntukan diberikan kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri.
Jangan diharapkan kepada Nik Aziz, apa yang dia tahu sebenarnya melainkan dengan ungkapan keramatnya 'Ambik Duit Pangkah Bulan'! Ini sifat pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Jika ditanya apa erti bakteria E – Coli, mahu dijawabnya coli wanita!
Perhimpunan aman itu bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan bagi mendesak supaya mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani masalah bekalan air di negeri tersebut.
Dalam satu sidang penerangan, Naib Presiden MTRK Kadir Yaakob, menjelaskan bahawa masalah bekalan air bersih ini sudah menjadi satu isu yang serius setelah kerajaan negeri gagal menanganinya walau sudah lebih 20 tahun mentadbir negeri itu.
full article, click 20 TAHUN DICEMARI JANJI PAS
Walaubagaimanapun GWM lebih tertarik kepada luahan rakan blogger dari negeri Cik siti Wan Kembang, Gelombang Kick melalui artikelnya DASYAT !!! DISINI BERMULANYA KEBANGKITAN RAKYAT KELANTAN.
Ini yang GWM telah membuat kritikan secara terbuka kepada parti UMNO. Ahli dan pemimpin yang bernaung dibawah parti ini semakin ramai menghidap sindrom 'mati pucuk'. Berapa peratus? ... 90%!
Dalam masa rakyat semakin bangkit menunjukkan rasa ketidakpuasan hati kepada kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang, pemimpin UMNO lebih gemar menyorok didalam kubu bawah tanah. Rakyat terkapai-kapai memerlukan bantuan, sokongan dan gerakan yang sepatutnya bermula dari UMNO. Namun akhirnya, lebih baik dimulakan melalui gerakan dari pertubuhan NGO.
Peluru sebenarnya sudah banyak ditaburkan oleh rakyat kepada UMNO, tinggal lagi hanya pemimpin yang masih terkial-kial menyeluk ke dalam seluar untuk memeriksa masih wujudkah sepucuk senapang dan dua butir peluru.
Mungkin juga barangkali diusap-usapnya senapang tersebut untuk ditentukan masih lagi kukuh dan berfungsi atau tidak ...
No comments:
Post a Comment