Monday, January 2, 2012

HOT NEWS! ... Mr Intelligent Saifuddin Abdullah AKAN LETAK JAWATAN 4 HARI LAGI ... TIADA LAGI 'BIAWAK HIDUP' BN & UMNO!!




Petikan di atas adalah artikel yang telah diterbitkan pada 19 Disember 2011. Ternyata telahan dan ramalan GWM sudah pun menjadi kenyataan. Klik, MAHASISWA ROBOT ANAK DIDIK SAIFUDDIN.

Kerajaan yang komited mahu memansuhkan hanya satu seksyen pada masa sekarang, Seksyen 15 AUKU, perlu menilai dan memikirkan kembali dengan semasak-masaknya keputusan yang dilakukan. Mengapa perlu difikirkan undi segelintir gerombolan Mahasiswa Robot yang terlalu mendesak dan tidak mahu meminta maaf di atas sikap kurang ajar dan keterlaluan menurunkan bendera DS Najib diperkarangan ibupejabat UMNO. Belum dimansuhkan AUKU sudah melakukan onar besar dihadapan mata rakyat!

Bagaimana jika AUKU telah dimansuhkan dan anasir subversif dan ganas Mahasiswa Robot masih tetap dan terus berlaku? 

Apa jaminan besar kerajaan bahawasanya Mahasiswa Robot ini tidak akan melakukan onar seperti yang telah berlaku di UPSI? 

Apakah kerajaan akan menarik balik pemansuhan AUKU atas dasar keadaan semakin tidak terkawal? 

Bukankah langkah tersebut hanya akan menjerut kembali leher kerajaan yang bakal dilihat sebagai 'Flip Flop'?



Jika apa yang berlaku di UPSI disifatkan sebagai kebebasan berpolitik non-partisan, maka Mahasiswa Robot ini mempunyai nilai yang sama seperti mahasiswa di Indonesia. Dengan sedikit 'gula-gula' dan 'buah tangan' pembangkang, serangan ala komunis dilakukan di sebuah institusi perguruan tertua di negara ini.



Sekali imbas, GWM sudah mampu membaca sikap 'lepas tangan' Mr Intelligent Saifuddin Abdullah dalam perkara ini. Mr Intelligent Saifuddin Abdullah tidak boleh lagi menjadi manusia 'baling batu sembunyi tangan'. Ini sikap pemimpin pembangkang! bukan sikap pemimpin yang dinamakan sebagai 'orang UMNO'!.



Berikut adalah kenyataan dari Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UPSI, Dato’ Dr Junaidy Abu Bakar berkenaan insiden membabitkan Mahasiswa Robot ciptaan Tuan Haji Anwar Ibrahim ... kuda tunggangan Mr Intelligent Saifuddin Abdullah!


Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10pm, kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.

Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke upsi sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)

Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “we love upsi “. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman upsi. Upsi bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Face book dan blog yang cintakan upsi, menyatakan sokongan agar bumi upsi tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh upsi dan tnc mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadap Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI.




Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU.

Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar upsi dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama. Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

2.20am - Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia.

Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 um (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

2.35am - mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”. Pintu pagar upsi telah digegarkan oleh mereka, ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, ocpd mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam upsi dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis upsi, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.


Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka. Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar upsi yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan upsi sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana di luar kawasan upsi dan tnc hepa mengarahkan agar staf/pelajar berada di dalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.



Apa yang dilaporkan oleh portal Malaysian Insider adalah senada dan sinonim dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UPSI, Dato’ Dr Junaidy Abu Bakar. Videoklip dari portal AntaraPos turut menunjukkan tiada sebarang tindakan ganas yang diambil oleh pihak polis ...

Bukti apa Mr Intelligent Saifuddin Abdullah mahukan lagi? Mengapa membuat kenyataan ajukan sebarang bukti kepada SUHAKAM? Ini kenyataan sinonim seperti yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin pembangkang! Sepatutnya sebarang buktii perlu diajukan kepada pihak polis untuk dilakukan siasatan dan diunjurkan ke pejabat Peguam Negara.



Suka atau tidak, Mr Intelligent Saifuddin Abdullah adalah pencetus idea songsang dan tidak masuk akal Tuan Haji Anwar Ibrahim yang diagungkan oleh Mahasiswa Robot ini. Mr Intelligent Saifuddin Abdullah bertanggungjawab sepenuhnya mencetus idea politik baru hasil nukilan Tuan Haji Anwar Ibrahim kedalam minda Mahasiswa Robot ini.





Sayugia diingatkan kembali kepada Mr Intelligent Saifuddin Abdullah, desakan Mahasiswa Pro Aspirasi yang mahukan segera diletakkan jawatan. Sewajarnya Mr Intelligent Saifuddin Abdullah memenuhi tuntutan desakan ini jika benar beliau adalah pemimpin yang menghormati kerajaan dan tidak mahu menjatuhkan air muka Perdana Menteri.





Psssst ... Mana menghilangnya suara pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu lantang mendesak Shahrizat untuk melepaskan jawatan dalam UMNO dan kerajaan? ... Dah mati pucuk ke?




2 comments:

  1. Sdra SDra
    GELOMBANG WANGSA MAJU
    Saya Mohon Izin Masuk.

    Perhimpunan yang di sertai Adam dan budak budak saya yakin ia akan berterusan.
    Mereka mereka ini dan seangkatan dengan nya saperti mereka yang himpun kat KLCC mendapat ilham dari Najib,ya , Mr Cool kita.

    Najib telah pun pergi ke akar umbi saperti belia dan kaum muda yang bilangan nya 7(tujuh) juta orang,melalui rangkaian " virtual listening" tweeter fasebuk social media sebagai jalan lencongan dan jalan pintas sebab Najib mengaku "he assured his online friends that he read their comment ideas complaints and he did his best to respond",
    Maana nya kabinet dan 1.4 juta penjawat awam semua jadi tunggul kayu buang masa habis kan beras dan pendapatan negara sahaja.

    Maana nya Najib adalah peminpin Y Generation yang memberi laluan untuk new politiks.
    New Politiks adalah gerakkan yang contohi olih Mr Intelligent .
    Najib terpaksa bodek luar biasa
    7(tujuh) juta belia dan kaum muda kerana beliau yakin dan percaya undi belia dan kaum muda akan mengakibatkan hayunan kapada nya atas pendirian peribadi (personal popularity paksikan 1M.
    Saya berpendapat bahawa penjawat awam perkhidmatan awam saperti PDRM SB Mil Intel MACC juga Kemas BTN semua buang masa saja sebab Najib tidak akan ambil peduli akan laporan risikkan dan taklimat.
    Najib sendiri yakin beliau adalah Presiden Parti 3.43 juta ahli UMNO merangkap juga suami FLOM.
    Najib juga, yang world view playsafe liberal terbukaan kelainan human rights civil liberties innovation transformacy politik enggage vernakular populis generasi Y kayuh basikal nonton bola sepak MUFC cool dengan IPOD tablet tweet FB blakberi new politiks new civil disobedience inclusive blue ocean high income nation world view sangat 1M.
    Hebat sangat ke nak jaga "kool imej".
    Mustahil Najib akan menerima letakkan jawatan Mr Intelligent, atau minta Mr Intelligent letak jawatan sebab Najid sudah terikat dengan generasi Y yang termakan dan terperangkap Mr Cool Image Projection.
    Najib memberi keutamaan kapada "kool imej" ....
    Sama juga macam isu dengan Isteri kapada Pengerusi NFC, masih tidak akan undur sebab ada ikatan untuk dapat sokongan sebagahian besar dari pada 3.43 juta ahli pati.

    Dapat lesen besar 1M
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  2. Satu analisa yg bangang dan tidak berfakta secara ilmiah dan itulah taraf blogger umno..penat jer tulis panjang2 yg layak dibakul sampahkan kahkah..duduk lu bwh tempurung bai..kalo lu pernah blajar universiti ni le taraf plajar bwh AUKU..kalo lu x pernah msk u..lu aper citer bai..sibuk2 psl budak u.duduk la lu bwh tempurung..tulis pn merapu aje

    ReplyDelete