Tuesday, January 3, 2012

BREAKING NEWS ... Ramai Pemimpin UMNO 'MATI PUCUK'!

Sindrom 'mati pucuk' dikalangan pemimpin UMNO semakin lama semakin parah. GWM mengklasifikasikan serangan 'mati pucuk' ini berdasarkan kepada situasi dimana pemimpin UMNO sudah tidak mampu untuk berhujah dan mempertahankan parti dari serangan musuh.

Setiap tembakan dan bedilan dari musuh, pemimpin UMNO akan lari lintang pukang ke dalam kubu bawah tanah atau menyorok disebalik media-media yang akan terus menjawab bagi pihak UMNO yang sekian lama mempertahankan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu.

Lebih teruk lagi, muncul pemimpin dikalangan ahli parlimen BEBAS yang dilihat bertungkus lumus mempertahankan dasar dan ideologi institusi kerajaan, malah parti UMNO itu sendiri. Suara para pemimpin UMNO sudah hilang sama sekali, hanya segelintir dikalangan pemimpin UMNO (cukup kecil bilangannnya) masih berani mempertahankan dasar dan prinsip yang dibawa.

Yang paling jelas, muncul pula suara-suara sumbang yang gah mempertahankan serangan musuh ke atas parti UMNO itu sendiri! Cukup sekali dijentik satu isu berbentuk nasional, berpusu-pusu pemimpin UMNO pula bertindak sebagai 'backbencher' musuh.

Kelibat ahli parlimen BEBAS semakin lantang bersuara mempertahankan institusi Raja-Raja dan hak orang Melayu, malah lebih 'UMNO' dari pemimpin yang berselindung dibawah jenama UMNO. Jika keadaan ini berterusan, UMNO sudah boleh menempah dua buah batu nisan selepas pilihanraya umum nanti.



Bukan main lagi semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang tidak sampai sebulan berakhir. Bertempik sorak, tangan dilayangkan dan dihayun sebagai tanda sokongan setiap mandat disampaikan oleh Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Hampir sebulan berlalu, mandat hanya tinggal mandat ... amanat bakal menjadi khianat.

Mengapa begitu sukar untuk pemimpin UMNO mempertahankan institusi ini dari serangan ideologi dan hujah musuh. Setiap kali pemimpin UMNO mengunci mulut, semakin lunyai dasar yang dibentuk dipijak-pijak musuh ... semakin mudah kerja musuh memperlekehkan dasar kerajaan.

Bukan tugas ahli parlimen BEBAS yang sepatutnya mempertahankan dasar kerajaan, mereka ini BEBAS! BEBAS untuk berada disebelah pihak mana sekalipun. BEBAS untuk bernaung dibawah bendera parti mana sekalipun.

GWM mengkritik secara terbuka ... Apa yang boleh dibanggakan oleh UMNO dengan 3.34 juta ahli, jika serangan ideologi dan hujah musuh langsung tidak mampu dipatahkan langsung!



Barangkali sudah sampai masanya bagi UMNO untuk mengketengahkan ahli parlimen BEBAS sebagai 'winnable candidate' untuk pilihanraya umum nanti, bagi pihak Barisan Nasional.






8 comments:

  1. Winnable candidate ??

    Agak-agak blogger ada chance tak ??

    heheheheee..

    ReplyDelete
  2. terbaik bro,, satu kenyataan yang amat pedas bagi pemimpin2 umno.

    adakah mereka diarah tutup mulut atau sememangnya takut nak jawab,

    saya mohon linkkan blog saya
    www.hurairahady.blogspot.com

    thanks admin,

    ReplyDelete
  3. BLOGGER? ... HAHAHA ... TAK PAYAHLAH ...

    ReplyDelete
  4. SALAM JOEYHADY, SUDAH DILINKKAN ...

    ReplyDelete
  5. Nice one bro ! Baik kita peringatkan mereka sementara masih masih ada..

    ReplyDelete
  6. BUKAN BALUN, KITA TEGUR DIN ...

    ReplyDelete
  7. aku dah kata buat penat jer ngajo org umno ni! bangang! tak faham2. siang malam dok ingat nak isi poket aje...bio sikit tapi BERMAKNA, apa erti ramai kalau LEMBIK!

    dasar tolak ansur apa yang dipakai kalau orang asyik menolak dan kita asyik beransur... apa la punya bangang puak umno ni.

    ReplyDelete