Saturday, December 3, 2011
PAU 2011 ... Amaran Untuk WARLORDS UMNO, Anda Bukan 'WINNABLE CANDIDATE'!
Memang tepat pada masanya apabila perwakilan Kedah Ustaz Mohd Kamal Saidin memberi satu das tamparan kepada Warlords UMNO untuk berundur dari melobi jawatan dan mencari pencalonan bagi pilihanraya umum ke-13.
Agak malang bagi Warlords UMNO yang sudah lama menyediakan habuan dan kepulan wang ringgit untuk aktiviti hiliran melobi perwakilan yang hadir pada persidangan UMNO kali ini.
Cukup-cukuplah menyusahkan orang UMNO yang bermati-matian mempertahankan prinsip dan maruah parti. Anda sememangnya tidak layak dinobatkan sebagai 'winnable candidate' melainkan menjadi calon yang sesuai untuk mencuci lobi hotel!
Amat mudah difahami ucapan mantap dari Ustaz Mohd Kamal Saidin (bekas orang kuat PAShit yang telah masuk UMNO). Namun begitu, GWM cukup faham dan masak dengan karenah Warlords UMNO ini.
Dihadapan Presiden UMNO ... "Kami menyahut seruan dan amanat Tuan Presiden". Belakang Presiden, dibalunnya juga.
Dihadapan perwakilan ... "Kita wajib menghentikan perbalahan dan perebutan jawatan demi parti". Belakang perwakilan, disogokkan juga habuan dan kepulan wang ringgit.
Terpulang kepada ahli UMNO yang mengaku dirinya 'orang UMNO' untuk mengubah landskap dan imej parti yang cukup teruk dicalarkan oleh gerombolan Warlords ini.
Mahu UMNO terus berkuasa atau masih lagi mahu mengekalkan tabiat lama. Jawapan ditangan anda ... orang UMNO!
ini bukan masalah UMNO sahaja tetapi masalah manusia sejagat. Dalam PAS pun ada budaya wang. Dalam DAP dan PKR pun sama malah lebih teruk dari UMNO.
ReplyDeleteSelagi manusia mengejar kebendaan dan duniawi, selagi itulah budaya politik wang akan wujud.
Untuk mengubahnya, kembalilah kita kepada Al quran dan al sunnah. Selagi kita berpegang kepada kedua itu, insyaallah kita tak akan sesat.
SALAM MAMAK PEDUKANG, BLOG LU GUA DAH PAUTKAN ...
ReplyDelete