Sunday, December 18, 2011

NAJIB ... 'Commander In Chief' ... WANITA BN ... 'Jeneral' ... JANTAN UMNO ???

KUALA LUMPUR 17 Dis. (Utusan Malaysia) - Wanita Barisan Nasional (BN) selaku 'jeneral perang' perlu bersatu membantu Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ini kerana Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN boleh dianggap sebagai Commander in Chief (panglima perang).

''Kita (Wanita BN) perlu bersiap sedia bila-bila masa bila Perdana Menteri (Najib) umum tarikh pilihan raya. PRU13 ialah pilihan raya luar biasa dan boleh diibaratkan satu peperangan.

''Maka dengan itu, Perdana Menteri ibarat Commander in Chief dan kita (perlu) jadi jeneral kepada beliau. Zaman perang, apa yang perlu adalah jeneral-jeneral yang akan memenangkan BN dalam pilihan raya dan kita tidak akan mengecewakan Perdana Menteri.

''Justeru, saya mahu semua (Wanita BN) jadi jeneral bantu Datuk Seri (Najib). Kita mampu lakukannya,'' katanya.



Yup ... GWM tidak boleh nafikan gerak kerja Wanita BN cukup tersusun, hebat dan mantap. Baik semasa pilihanraya kecil mahupun sebarang aktiviti atau program yang melibatkan parti, gelombang (wave) yang dicipta cukup menakutkan pembangkang.

Sebab itulah Tuan Haji Anwar Ibrahim memberikan tugas khas (special function) kepada Zuraida Kamaruddin a.k.a. 'Mak Lampir' untuk menjahanamkam imej dan kredibiliti Sharizat Jalil. Cukup dikatakan, kaji selidik yang dilakukan PKR menunjukkan peratusan kaum wanita di Malaysia yang menyokong kepimpinan DS Najib dan Barisan Nasional amat tinggi.

Bagaimana dengan prestasi 'Kaum Jantan' dalam BN ...




Hmmmmm ...

No comments:

Post a Comment