GWM sekadar mahu memaparkan kembali kiriman sms Timbalan Menteri Mr Intelligent, sms yang turut dipaparkan dalam media dan portal pro pembangkang
1 - Saya ditalipon penganjur BEBAS kalau saya sedia terima memo mereka di PWTC. Masa tu mereka sedang berarak ke sana. Saya kata OK. Saya fikir kalau cepat terima, cepat mereka bersurai. ( Ternyata ) Betul, lepas saya terima, tak lama mereka bersurai.
2 - Saya tiba di PWTC, mereka riuh minta saya berucap. Saya berucap sikit sekadar tenangkan keadaan, kemudian terima memo.
3 - Saya tak nampak bendera gambar DSN diturunkan. Masa nak balik, saya nampak semua bendera gambar Presiden UMNO ada berkibar.
4 - Lepas tu ada tweet kata gambar ( bendera ) itu diturunkan.
5 - Saya tweet ( balik ) kata saya tak nampak, tapi kalau benar, ia ( perbuatan itu ) salah.
6 - Lepas tu, saya tweet kata sedang hubungi penganjur.
7 - Saya sms penganjur minta keterangan.
8 - Penganjur tweet kata ia (memang ) berlaku. Mereka sms saya kata pengawal naikkan semula ( bendera )
9 - Saya tweet kata tindakan turun(kan) bendera tu terkutuk, penganjur mesti minta maaf.
10- Penganjur tweet kata akan bincang malam ini langkah selanjutnya.
Persoalan yang paling asas untuk dijawab ... Adakah kerajaan benar-benar bersedia mahu menghapuskan atau memansuhkan Seksyen 15, AUKU? Belum dimansuhkan lagi satu seksyen dari beratus seksyen dalam AUKU, onar besar sudah dilakukan oleh MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini.
GWM diberitahu sudah ada sidang meja bulat dan perundingan sedang berjalan beberapa hari yang di antara pihak kerajaan dan wakil-wakil mahasiswa.
Isu menurunkan bendera gambar Perdana Menteri hanyalah permulaan kepada beberapa isu yang lebih besar yang bakal berlaku atau yang bakal dilakukan. Apakah kerajaan benar-benar serius mahu memberikan hak kebebasan bersuara, jika perkara ini tidak mampu ditangani.
Hak apa lagi selain kebebasan bersuara, yang perlu diberikan kepada MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT ini? Kebebasan melakukan perarakan haram? Kebebasan melakukan demonstrasi jalanan?
Sedangkan keutamaan (priority) akademik sudah jauh tersasar sebagai salah satu prinsip utama digubalkan AUKU! Amat malang, perbuatan bodoh MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT ini lebih menjurus kepada beberapa perkara yang cukup mudah dilihat ...
Betapa ramainya majoriti MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT ini terdiri dari kalangan orang Melayu dan betapa mudahnya minda dan intelektual MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT ini diracuni oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim!
Oh Ya ... sebelum terlupa. Pesanan bagi MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ...
Mana dia rakan-rakan gabungan solidariti berbangsa Cina dan India sewaktu khusyuk mengadakan perarakan haram ini? ... Mungkin MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT boleh tampil menunjukkan mahasiswa-mahasiswa Cina dan India berada bersama solidariti ini ...
Barangkali inilah wakil tunggal bangsa Cina yang turut menyertai perarakan haram Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ...
Berbalik kepada tajuk di atas, kemana menghilangnya suara-suara gagah berani Bung Mokhtar, Ghafur Salleh mahupun Syed Ali Al Habshi? Ahhhh ... isu ini bukannya melibatkan wang kerajaan! Persetankan ...
Apapun syabas kepada Timbalan Menteri Mr Intelligent ... Boleh jual diri selepas ini sebagai calon 'winnable candidate' untuk UMNO dan Barisan Nasional!
timb menteri ni adalah duri dalam daging. kenapa perlu berarak kalau dah rapat sgt ngn mamat ni. dh leh sms ajak je la jumpa minum2,bagi la memo 6ribu mukasurat pun. ni nak jugak berarak ape daa
ReplyDeleteADA MASYUK TU NAUFAL! HAHAHA ...
ReplyDeletedamn bodo lah menteri sorang ni, kementerian pelajaran dekat pwtc ke?
ReplyDeleteapa hal ko nak terima memo dekat pwtc lepas tu siap nak berucap APA KO TU PENGAJUR KE?????
hantar memo hari ahad kementerian bukak ke?
bodo ah menteri sorang ni, bayak lagi hal yang
eden mintak kedou dou nyo saifudin dan khaled nordin lotak jawatan. montori terlalu lomah menyebabkan rusuhan berlaku di rumah umno. eden nak tanyo mengapo nak hantar momo mosti di rumah umno? mengapo tak dikemontorian? nak publisiti?
ReplyDeleteeden penyokong umno dan korajaa\n. jangan ingat ekou bolih buet sesuko hati nak merusuh di rumah umno. titik darh yang terahkir kalo ekou borani datang sekali lagi. eden akan tontang bulat bulat.
EKAU TANYOLAH SI NARUTO SIPUDEN & KHALID NORDIN TU PRAHA2, KENETERIAN BUKAK HARI AHAD! HAHAHA ...
ReplyDeleteSaya tak tau apa-apa saya hanya berjalan sambil main blackbarry.
ReplyDeletemacam pernah didengar tapi dimana ya..
Pro-M.. kamu anak cucu Pahlawan2 Melayu sejati... bangkit dikala pemuda2 melayu lain dibuai mimpi duniawi UBN...
ReplyDeleteKamu pewaris jiwa minda darah pusaka pahlawan Dato Maharaja Lela, Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, To Paloh, Hj Ab rahman Limbung, Dato Naning, dll .... Mereka bangkit dikala Istana2 Melayu terlena ditelapak tangan penjajah!
Sejarah... Mereka gugur dianjung Istana yang berkiblatkan Penjajah Barat!
Hari ini, UMNO warisi jiwa penjajah berselindung disebalik bayangan Istana & undang2 ciptaan ... menindas, perhamba, memfitnah, memenjara bangsa sendiri.. demi KEMEWAHAN DIRI!
Puisi harapan:
Pro-M ....
Kamu mengikut jejak para pejuang bangsa..
yang telah gugur sebagai bunga bangsa....
kerana melawan arus kuasa feudal yang penuh PUAKA!
Pahlawan sejati tiada menyembah dibawah telunjuk penjajah celaka...
Jiwa Laksamana Bentan... tetap menyala.... "Raja adil, disembah. Raja zalim, disanggah"...
UMNO sudah lupa daratan,
Dari pejuang menjadi petualang,
Anak bangsa sendiri menjadi habuan,
Rupa manusia berakhlak binatang!
Bangkitlah pemuda, remaja bangsa ...... kamu tenaga PERUBAHAN berdepan keangkuhan tirani UBN!
Pro ABU PRU13.
Maaflah Pakcu datang mencelah....
ReplyDeleteKadang-kadang Pakcu terasa "pening itik" bila membaca berbagai komen bloger serta anak makmunnya mengenai demo pelajar serta gambar PM yang diturunkan.
Bagi Pakcu yang cetek ni sebenarnya tak akan berlaku hujan kalau tiada awam hitam berarak. Sejauh mana pihak kementerian membuat pemantauan dan kaunseling kepada pelajar kita dipusat pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara selama ini...???
Mereka terdedah dengan berbagai budaya dan mungkin juga telah termakan "ubat pengasih" dari pemangsa yang sengaja menjadikan mereka robot yang tidak berperasaan.
Jika hanya sekadar melepas tangan dengan memberi biasiwa dan pinjaman bukanlah mencukupi maka beginilah jadinya...sedangkan pemangsa sering mengunjungi dan menyuntik minda mereka dengan tujuan yang dirancangkan...dengan berbagai cara.
Seharusnya perkara ini difikirkan. Bagi Pak Menteri yang terlibat tu usah terlalu cepat dihukum kerana kita tidak mahu satu peluru telah dapat membunuh 2 ekor burung......
Maaflah kalu idea Pakcu kolot sebab Pakcu ngaji sekolah atap jee....
Tapi yang lebih pelik macam mana mahasiswa/siswi bengap ni boleh berarak sampai ke pwtc! Pihak berkuasa tak dapat kawal/pantau ke mereka? Takkan tak tau ke mana halatuju mereka? Di mana kawalan keselamatan sekitar pwtc? Cuba fikir kalau perlakuan bodoh mereka disusupi komunis/penjenayah dan meletakkan bahan letupan di pwtc? Kenapa tak didakwa mereka atas perlakuan jenayah vandalisma atau pencerobohan? Supaya mereka merasa penangan seksyen 15B,15C dan 15D AUKU. Atau memang ada tangan ghaib di dalam kerajaan yang memegang tali-tali boneka ini?
ReplyDelete