Wednesday, October 19, 2011

Memo Untuk PERDANA MENTERI ...


Barangkali masih ramai yang skeptikal dengan program yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Sejauhmana keberkesanan setiap program yang telah dibuat, turut bergantung kepada penerimaan warga marhaen sama ada setiap program yang dilakukan benar-benar dapat dinikmati.

Begitu juga dengan salah seorang pemberi komen setia dalam blog ini, yang menamakannya dirinya sebagai Encik Mohamad. GWM tidak nafikan komentar beliau banyak menyentuh isu orang Melayu dan bumiputera khususnya.

GWM paparkan komentar dan pandangan kritis beliau sebagai renungan.
Dari rakyat kepada pemimpin ... Memo Kepada Perdana Menteri.




MIC hendak menubuhkan MAINCO untuk menjadi sayap pelaburan MIC demi kepentingan masyarakat India di Malaysia, tapi UMNO tetap begitu juga, tiada syarikat khas yang ditubuhkan yang betul-betul menjaga kepentingan orang bumiputera terutama ahli UMNO walaupun banyak saranan telah dibuat, tapi tak tahulah apahal tak ada tindakan diambil, pimpinan UMNO selalu cakap bekenaan PNB, Petronas,dan beberapa lagi yang kononnya milik bumiputera sedangkan ia adalah milik kerajaan, bukannya milik UMNO.

UMNO perlu memperkasakan ekonomi bumiputera, macam-macam persidangan, ceramah, dan berbagai lagi kempen dibuat, tetapi sekadar kempen saja, tak ke mana pun. Saya sudah bertahun-tahun menyarankan kepada UMNO dan juga pernah e-mel kepada Perdana Menteri supaya ditubuhkan koperasi milik UMNO yang bukan sahaja akan meningkatkan ekonomi bumiputera, tetapi juga memberi peluang niaga, peluang kerja dan mengawal monopoli ekonomi oleh bukan bumiputera, tetapi tidak dipedulikan langsung, Perdana Menteri lebih sibuk dan 1Malaysia, menyanyangi Namewee, PLKN, PERMATA dan lain-lain lagi yang menyinggung perasaan dan melenturkan kekuasaan bumiputera.

Mengikut perancangan yang saya e-melkan kepada Perdana Menteri melalui e-mel najib@1malaysia.com.my, koperasi milik UMNO ini akan menjadi payung kepada petani-petani bumiputera dengan memproses hasil pertanian mereka pada permulaannya dan dikembangkan kepada sektor-sektor ekonomi lain seperti pembinaan, utiliti, tekstil, perabot, dan lain-lain lagi.

Saya melihat perkara ini perlu dilaksanakan kerana bumiputera adalah pengeluar hasil bahan mentah (ekstraktif) dan diproses oleh bukan bumiputera yang membelinya dengan harga rendah tetapi menjualnya dengan harga yang mahal, sebab itulah petani bumiputera makin miskin hingga bergolok bergadai, tetapi peraih-peraih, pengusaha-pengusaha kilang bukan bumiputera makin kaya.


UMNO boleh menguatkan ekonomi bumiputera kerana ada kekuatan sebagi tunjang kerajaan, bukanlah niat hendak menindas bukan bumiputera, tapi supaya bukan bumiputera terutamanya puak kiasu (DAP) tidak naik tocang kononnya mereka kuasai ekonomi hingga kerajaan mengikut telunjuk mereka.

Sekiranya koperasi UMNO makin kukuh, maka bukan sekadar ekonomi akan dikuasai oleh bumiputera, malahan dari segi politik akan makin kuat dan puak kiasu tidak akan berani angkat muka apatah lagi nak menyalak menuntut yang bukan-bukan, mereka tak akan berani lagi.


Tapi kalau sudah Perdana Menteri pun buat tak peduli dengan perkara ini, nak buat macam mana, biarlah sekarang ini ekonomi dikuasai oleh bukan bumiputera terutamanya yang kiasu dan selepas ini politik pula selepas kekuatan terakhir bumiputera itu dikuasai pula oleh puak kiasu, baru puas hati Najib dan sebelumnya itu Pak Lah serta kuncu-kuncu mereka, populariti yang dikejar untuk diri sendiri sedangkan kepentingan bangsa diabaikan, selamatkan UMNO dan Barisan Nasional, tumbangkan Najib dan kuncu-kuncunya.

Yang benar,

Encik Mohamad.



Mungkin jeritan suara rakyat seperti Encik Mohamad sekali sekala perlu diketengahkan bagi menarik perhatian pihak kerajaan terutamanya Perdana Menteri. Orang Melayu semakin rasa terpinggir ... sesuatu yang perlu direnungkan sedalam-dalamnya.


5 comments:

  1. sy sokong dan gesa perdana menteri ambil kisah hal ini...bukannya kita pinggirkan kaum lain...ini konteks UMNO dan bukannya Kerajaan...sokong 100%

    ReplyDelete
  2. Terima kasih GWM dan Anonymous October 20, 2011 12:07 AM kerana memberikan sokongan terhadap cadangan saya. Saya bukanlah hendak bersikap perkauman dengan membangkitkan isu ini, tetapi sekiranya bangsa lain sentiasa merebut peluang untuk memajukan bangsa mereka, takkanlah UMNO sebagai tunjang kerajaan boleh membiarkan segala peluang yang terhidang di depan mata dikaut dan diratah semuanya oleh orang lain? Mengikut perancangan saya yang saya e-melkan kepada Perdana Menteri, konsep koperasi UMNO ini bukanlah hendak merampas segala kek ekonomi negara ini hanya untuk bangsa bumiputera sahaja, tetapi kerajaan perlu memperkuatkan kedudukan ekonomi bumiputera dan juga kepentingan UMNO sendiri kerana melalui koperasi UMNO ini, UMNO mempunyai 'alat' untuk mengikat kesetiaan bumiputera terhadap UMNO di mana koperasi UMNO memberikan peluang niaga dan peluang kerja kepada bumiputera yang selama ini terpaksa menjadi 'hamba' dan 'kuli' kepada bangsa lain dalam mencari pekerjaan. Oleh kerana adanya koperasi UMNO ini, maka masyarakat bumiputera akan lebih terbela dan sokongan bumiputera terhadap UMNO akan makin kukuh dalam situasi menang-menang di mana UMNO memberikan peluang niaga dan peluang kerja kepada bumiputera dan bumiputera pula memberikan sokongan padu pada UMNO.

    Berhubung kedudukan bukan bumiputera pula, kerjasama boleh diadakan selagi ia bersifat menang-menang di antara kedua-dua belah pihak, konsep ini telah diamalkan oleh Tun Dr. Mahathir pada suatu masa dahulu dengan menggalakkan golongan bumiputera, cina dan india berkongsi dalam penubuhan perniagaan, tetapi konsep yang saya ketengahkan ini lain sedikit di mana koperasi UMNO adalah milik bumiputera 100%, tetapi kerjasama seperti pasaran (tidak semua kerana perlu juga agen pemasaran bumiputera kerana tujuan konsep ini adalah untuk membantu bumiputera) boleh melibatkan pihak bukan bumiputera dalam peratusan tertentu dan janganlah melebihi 50% kerana ia akan menjejaskan kepentingan bumiputera, kerjasama lain seperti menjalinkan pembekalan kontrak dengan syarikat bukan bumiputera dari segi alat pembungkusan, bahan mentah dan sebagainya (tetapi tidak melebihi 50% kerana dibimbangi kita akan terlalu bergantung dan boleh menjejaskan kedudukan sekira berlaku suatu komplot).

    Banyak peluang telah dibuang begitu saja oleh pimpinan UMNO dan membiarkan orang lain merebutnya di depan mata begitu sahaja. Pimpinan UMNO perlu serius dalam tindakan supaya mereka tidak menjadi 'biawak hidup' yang perlu didukung oleh bumiputera walapun membawa banyak bencana. Kalau kita dokong biawak, dia akan cakar kita, takkan kita nak dukung biawak? Saya bukannya nak menghina pimpinan UMNO, tetapi ini adalah pepatah bangsa kita juga.

    GWM, saya ada banyak isu-isu lain berkaitan kepentingan nasional terutama berkaitan pendidikan, akan saya dedahkan kelak untuk perjuangan kita bersama seluruh bumiputera amnya dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama umumnya.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,


    Encik Mohamad

    ReplyDelete
  3. SALAM EN MOHAMAD,

    PANDANGAN DAN FEEDBACK DARI TUAN AMAT DIHARGAI ...

    ReplyDelete
  4. Saudara Saudara ,izin kan saya:

    Mustahil bagi Najib ada pendirian untuk nak tolong ekonomi Melayu, sebab dasar yang di amal Najib yaaani Plural 1M liberal human rights sivil liberties inclusive engage populist kelainan unconventional liberal(sekali lagi),vernakular,pro Amerika.... ,nak bodek Amerika,nak dapat pujian Amerika.
    Saya berpendapat Najib sudah lepas tangan ikutan TUNdoltidor, kapada mereka yang terbabit dengan transformaci ekonomi, yaani PEMUDAH Idris MAS AA TF Azman SIME DARBY EO CIMB Khazanah ,100 lapis Bangunan PNB, Mustafa Petronas,sebab Najib pakai KONSUL TAN .

    Saranan2 anda adalah mission impossible .

    Lagilagi dia sokong hak asasi sivil liberties mustahil kan dia ada pendirian tolong Melayu semenjak di angkat jadi PM.
    Amanah Saham PNB ,kuota BUmiputra di arah jual pada cina india, tak pernah saya dengar dia cakap fasal DEB selain daripada nak gubalkan nya.....nak cairkan .... nak meritokrasi ......
    Pancing undi cina semenjak 2009 disember 16hb.

    Saya tidak mau lepas peluang ini untuk membelasah nya sebab Najib amal kan liberal bebas media engage inclusive Bapak Vernakular populist kelainan civil liberties human rights 1M, dan saya buat apa yang Najib laungkan.
    Jangan harap 3.4 juta ahli cakap sebab mereka sudah buka gerai jual telor setengah masak,UMNO sudah tiada sebab 1 Malaysia .
    kredit pada mentor mentor mentor saya.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  5. Saudara Anonymous October 20, 2011 12:55 AM, orang-orang bumiputera hendaklah bertindak dan menguatkan tuntutan bumiputera terhadapa kerajaan, selama ini hanya bukan bumiputera terutama puak kiasu (geng-geng DAP) yang menuntut itu dan ini hingga hendak merampas hak bumiputera, kerajaan sekarang ini lembik, saya membuat penilaian dalam banyak sudut, tapi penilaian saya sebagai orang biasalah, tak tahulah kalau ada profesor atau cerdik pandai yang kata kepimpinan Najib melindungi kepentingan nasional Malaysia dan melindungi kepentingan bumiputera.

    Najib perlu sedar penentangan yang dibuat bukanlah terhadap UMNO atau Barisan Nasional tetapi terhadap beliau dan gerombolan kuncu-kuncu beliau. Hal ini adalah sama seperti penentangan rakyat terhadap rejim Pak Lah yang pada mulanya "BEKERJA BERSAMA SAYA, BUKAN UNTUK SAYA", tapi lepas menang besar PRU 11, "SEMUA MESTI IKUT CAKAP SAYA, SAYA PERDANA MENTERI", kesannya pada PRU 12, Barisan Nasional mengalami kekalahan yang mengerikan di banyak kerusi parlimen dan DUN hinggakan 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pun dikuasai oleh pembangkang yang kononnya Pakatan Rakyat.

    Najib perlu insaf, sekiranya beliau masih mengamalkan 'politik selamat' untuk keselamatan populariti dirinya, sebenarnya dia sedang mencurah minyak tanah terhadap UMNO dan komponen Barisan Nasional untuk kalah lebih teruk pada kali ini. Hal ini bukanlah suatu yang direka-reka, Najib mungkin terpesona dengan laporan oleh kaki bodek yang mereka-reka laporan itu dan ini sedangkan hakikatnya tidak sebegitu, di kampung-kampung terutamanya, masyarakat kampung sebenarnya mahu menyokong kerajaan, tetapi kekecewaan masyarakat kampung adalah seperti yang saya utarakan sebelum ini, pembangunan di kampung makin lesu, selepas era Tun Dr. Mahathir, pembangunan di kampung makin lesu, pembangunan generasi belia di kampung makin tidak bermaya, isu-isu bekalan asas untuk masyarakat kampung tidak dipedulikan sedangkan di bandar-bandar yang menyokong DAP diberi bermacam-macam pembangunan hinggakan ke tahap hiasan saja, sedangkan di kampung-kampung terpinggir dalam semua hal.

    Najib perlu sedar, bahawa rakyat di kampung-kampung dalam keadan dilema kerana mereka adalah penyokong kuat Barisan Nasional, tetapi sikap kerajaan yang meminggirkan kampung-kampung terutama di pedalaman menyebabkan mereka jadi geram, termasuklah saya sendiri. Najib perlu melihat corak kepimpinan Tun Dr. Mahathir, tak jadi hina pun kalau merujuk kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir yang walaupun beliau dituduh macam-macam oleh pihak pembangkang, tetapi beliau menyeimbangkan pembangunan di bandar-bandar dan di kampung-kampung dalam keadaan yang bersesuaian.

    Lagi satu, orang ramai sudah muak dengan permainan politik oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang yang hari-hari asyik berpolitik di merata-rata tempat, di pentas ceramah, di surat khabar (arus perdana dan pembangkang), di media elektronik dan sebagainya. Keperluan rakyat adalah taraf kehidupan rakyat dapat dipertingkatkan melalui pembangunan ekonomi, sosial, pendidikan, dan sebagainya, ini kerana kegiatan mempolitikkan perkara itu dan ini dalam media cetak dan media elektronik tidak akan dapat memberikan sesuap nasi kepada rakyat, rakyat perlukan peluang kerja, peluang niaga, kos sara hidup yang munasabah, bukannya hendak menjadi pak turut sandiwara pihak kerajaan dan pihak Pakatan Rakyat yang banyak bermain wayang hingga rakyat menderita. Rengungkanlah.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,


    Encik Mohamad.

    ReplyDelete