Friday, October 21, 2011

HOT NEWS ... PAShit Adakan Mesyuarat Tergempar ... TAFSIR KEMBALI LUBANG DUBUR!


Cukup melucukan apabila Salahuddin 'Poyo' Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Siti Zailah Mohd Yusof, Dr Hatta Ramli,, Yusmadi Yusof, dan Azan Ismail mahu mengemukakan usul bagi menghadapkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas kenyataannya yang mengelirukan Dewan Rakyat.

Apa yang keliru sebenarnya? ... Siapa yang keliru sebenarnya?


Apa yang terkandung dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002, iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002, Seksyen 14:

"Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur".





Inilah peruntukkan enakmen undang-undang hudud yang dibuat oleh PAShit sendiri! ... Malahan peruntukkan yang sama terkandung didalam deraf cadangan rang undang-undang Jenayah (Hudud & Qisas) yang dibawa oleh Kerajaan PAShit semasa menjadi Kerajaan di Terengganu!


Mengapa perlu ada exclusion ... selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur? mengapa PAShit membezakan bermain dubur isteri sebagai bukan satu kesalahan hudud?


Barangkali PAShit perlu menafsir kembali definasi yang lebih tepat mengenai lubang dubur!

Barangkali juga PAShit perlu memasukkan Anwar Ibrahim sebagai salah seorang panel bagi tafsiran mutlak lubang dubur ... rasanya Anwar Ibrahim lebih arif mengenai sifat dan perwatakan lubang dubur!



13 comments:

  1. Pembangkang ni tak habes-habes isu dubur..

    ReplyDelete
  2. ni lagi satu putar belit takkan para ustad serta ulamak PAS suke jubur kot, tapi nak kata fitnah mana mungkin Zul nordin berani kot? yg benarnya deme ni bingai sampai ujud enakmen hudud membolehkan isteri diliwat. patut la bini deme ni jln mengengkang, cuma tak nampak jelas je sebab deme pakai jubah PAS( PARTI AGAMA SONGSANG )

    ReplyDelete
  3. Untuk melihat dengan lebih lanjut berkenaan Hudud Ala-PAS sila lihat laman web ini: http://aburedza.wordpress.com/2011/10/10/enakmen-kesalahan-jenayah-syariah-hudud-dan-qisas-terengganu/#comment-570.

    Patutlah Tun Dr. Mahathir tak setuju dengan enakmen hudud ala-PAS, enakmen tak lengkap, cincai dan terlalu mudah untuk pesalah bebaskan diri dan mangsa pula dihukum.

    Puak-puak PAS yang berlagak tuduh Tun Dr. Mahathir macam-macam berkenaan hudud telah dikelentong sepenuh perasaan oleh Tok Guru Nicky dan Tok Guru Hardy serta para ustaz dan ustazah serta alim ulama kategori politik dalam PAS, inilah akibatnya kalau sibuk berdengki dengan orang hingga buat salah pun tidak mahu mengaku, sudahlah itu tuduh orang pula, apa nak jadi dengan PAS ini, tak habis-habis nak buat masalah dan menyusahkan orang ramai, kalau tak tahu nak menolong itu, duduk diam-diam sajalah, tak payahlah buat kerja tak senonoh dan keterlaluan seperti ceramah maki hamun, hasutan dan demontrasi liar, itu semua Islam Mazhab PAS oleh Al-Imam Tuan Guru Nik Aziz Al-Nicky dengan kitab terbaru Buku Jingga. Renung-renungkanlah.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,



    Encik Mohamad.

    ReplyDelete
  4. Hukum hudud tidak melibatkan masyarakat bukan Islam, itu memang diakui, tetapi dalam sebuah negara majmuk dari segi bangsa dan agama, sekiranya nak buat hudud, perlulah semua dilibatkan, tak boleh orang ini kena dan orang itu tak kena pula.

    Saya beri dua kes untuk renungan dan kalau boleh saya hendakkan jawapan dari Tok Guru Super Saiya PAS.

    Kes pertama.

    Seorang fakir yang dalam keadaan terdesak kerana orang-orang kaya di tempatnya tidak mahu membantu kononnya dia itu penagih dadah atau orang gelandangan, disebabkan kerana terdesak untuk meneruskan hidup kerana telah berhari-hari tak makan dan hanya minum air sungai saja, maka dia telah mencuri di sebuah kedai milik seorang bukan Islam di kawasan berkenaan, beliau telah ditangkap dan dibicarakan, apakah hukum yang layak dikenakan terhadap pesalah ini? Apakah dia akan dibebaskan kerana perbuatan mencuri itu dalam keadaan darurat? Apakah pemilik kedai bukan Islam itu akan redha dan senang hati membiarkan kedainya dicuri kerana perbuatan itu darurat? Apakah hendak ditangkap dan dihukum semua orang kaya di kawasan berkenaan yang tak mahu tolong si fakir berkenaan? Apakah perlu Y.B. di kawasan berkenaan dan Menteri Besar negeri berkenaan yang sibuk berceramah politik setiap hati tanpa mempedulikan pembangunan negeri perlu ditangkap dan dihukum?

    Kes kedua

    Seorang perempuan yang masih belum berkahwin telah dirogol oleh sekumpulan penjahat, dalam usaha untuk merogol perempuan itu, penjahat berkenaan meletakkan bahan khayal dalam minuman perempuan berkenaan. Dalam keadaan tidak sedar, perempuan itu telah dirogol. Oleh kerana kejadian rogol itu tanpa tentangan dari perempuan berkenaan disebabkan perempuan itu tidak sedar, maka tidak nampak kesan-kesan seperti pergelutan. Malahan pada waktu berkenaan tiada orang di tempat itu. Hanya CCTV saja yang sempat merakam perbuatan keji penjahat berkenaan. Kemudian perempuan itu mengandung, mengikut 'fatwa politik' oleh Hadi Awang video tak boleh jadi saksi, sebab ia besi. Maka apakah perempuan itu akan disabitkan kesalahan berzina dan dihukum sedangkan pelakunya bebas mencari mangsa baru?

    Mohon jawapan dari Tok Guru, Ulamak, Ustaz, Ustazah, Shiekh PAS. Itu pun kalau berani jawablah, kalau takut sebab hendak bergelumang dengan penipuan, terpulanglah.

    ReplyDelete
  5. Lihat satu lagi kelentong yang cuba dijaja oleh para ulamak PAS berkenaan isu Perkara 14 Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu. Lihat di sini: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6113-zulkifli-jahil-liwat-isteri-termasuk-dalam-syubhah-

    Berhubung kenyataan ini:

    "“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah beliau lagi."

    Patutnya dalam undang-undang hudud PAS kena tulis dengan terperinci, bukannya cincai saja. Berkenaan isteri milik suami, kalau seorang pemilik arak pula sebab dia beli arak itu, maka dia boleh minumlah, tak payahlah hudud sebab syubhah, takzir saja. Inilah sikap kelentong oleh ulamak politik PAS, semuanya mereka akan buat demi kepentingan politik walaupun menjadi perosak masyarakat.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,


    Encik Mohamad.

    ReplyDelete
  6. Semua media dan para penceramah PAS malahan mungkin penceramah DAP akan turun padang untuk mempertahankan kelemahan dan sikap tidak bertanggungjawab PAS ini kerana politik, bukannya kerana keadilan dan kebenaran. Lepas ini Harakah, Roket, Suara Keadilan, Siasah, Kabar dan sebagainya akhbar sampah Pakatan Rakyat akan memutarbelit itu dan ini, tapi perlu disedar, bangkai gajah kalau ditutup dengan daun pisang, akan diketahui orang juga.

    PAS sombong dan angkuh kerana masih tidak mahu menerima perbuatan salah yang mereka buat itu sebagai satu kesalahan, mereka tak insaf sebab mereka degil kepala batu, sebab itulah mereka akan putar belit semua perkara untuk membetulkan segala perkara salah yang mereka buat.

    Tak payah cakap banyaklah, lihat sendirilah hudud ala-PAS sini:http://aburedza.wordpress.com/2011/10/10/enakmen-kesalahan-jenayah-syariah-hudud-dan-qisas-terengganu/#comment-570, jelas terpampang sikap PAS yang tak reti nak buat undang-undang bertulis, cincai dan tidak boleh diharap. Sedarlah diri.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,



    Encik Mohamad.

    ReplyDelete
  7. Isu cukup umur 18 tahun, dalam hudud ala-PAS tak nyatakan pun umur ikut kalendar Qamariah (Islam) atau kalendar Gregorian (Masihi), ini apa pula nak dibincangkan lagi, sudah terang lagi bersuluh bahawa hukum hudud ala-PAS memang cincai dan tak boleh buat undang-undang sebab akan berlaku banyak masalah kemudian hari. Ulamak PAS ini memang pandai agama, tapi dalam bab menipu pun pandai dan hebat juga, sebab itulah mereka telah jadi ulama politik, kerana politik kebenaran boleh ditendang ke tepi jalan, sebab itulah mula-mula Dokumen Negara Islam 2003 menjadi kitab PAS melalui Islam Mazhab PAS, sekarang ini ada pula kitab baru, Buku Jingga, PAS pun makin lama makin pening dan makin lama makin merosakkan orang ramai. Sedarlah diri.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,



    Encik Mohamad.

    ReplyDelete
  8. Lihat ini pula: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6109-1000-berhimpun-tuntut-bebaskan-aziz-bari.

    Menentang pemerintah adalah salah, tapi puak-puak lebai PAS ini rileks saja menghina kerajaan dan buat kekacauan. Sedarlah diri, kerajaan ambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada, kalau jenis tak reti bahasa dan memang jenis bangang dan senang ditipu, maka jadilah macam puak-puak demotnrasi liar itu, apa kejadahnya demotnrasi liar itu, ada berapa ribu orang dapat rezeki hasil demontrasi liar cara jahanam itu? Merosakkan imej negara, merosakkan keamanan dan merosakkan keadaan harmoni ketika ini. Tapi jenis bangang itu bukan tahu apa, kena kelentong dengan tok guru beserban, terus meluncur keluar demontrasi, tapi tak sedar sebab mereka bengong, mereka diperalatkan saja.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,



    Encik Mohamad.

    ReplyDelete
  9. Lihat contoh berkenana isu fakir boleh jadi pencuri sebab darurat (samada benar atau berpura-pura), boleh mana-mana alim ulamak PAS tahap super saiya menerangkannya seperti berita berikut: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,



    Encik Mohamad.

    ReplyDelete
  10. Patutnya dalam undang-undang hudud PAS kena tulis dengan terperinci, bukannya cincai saja. Berkenaan isteri milik suami, kalau seorang pemilik arak pula sebab dia beli arak itu, maka dia boleh minumlah, tak payahlah hudud sebab syubhah, takzir saja. Inilah sikap kelentong oleh ulamak politik PAS, semuanya mereka akan buat demi kepentingan politik walaupun menjadi perosak masyarakat.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,


    Encik Mohamad.

    =============================

    Nama encik mohamad dah sedap.. tapi kalau boleh tu tuntut ilmu la lagi.. dlm islam mmg ada qias.. tapi dlm kes ni, encik mohamad punya logic jauh tak betul..

    Hudud kerana salah meliwat atas qias salah berzina. Jadi perlakuan liwat dgn lelaki, atau perempuan (selain isteri), menyamai perlakuan zina, kata kasar nya, lubang saja berbeza depan atau belakang.

    dalam kes meliwat isteri, haram tetap haram tapi tak boleh disamai dengan sebagai salah berzina suami isteri tak dikira berzina. sebab itulah tidak boleh dikenakan hukum hudud.. hanya takzir..

    ReplyDelete
  11. Kepada Anonymous October 21, 2011 10:25 PM, kamu yang perlu belajar lebih lagi, tuduh orang sesuka hati, dalam undang-udang bertulis kena terperinci supaya tak berlaku kekeliruan, biasalah puak PAS ini mereka saja yang betul, orang lain semua tak betul, sebabnya mereka saja yang pakai serban dan jubah dan parti mereka ada perkataan Islam, sedarlah sekadar letak perkataan Islam tapi kelakuan macam orang tak berakhlak tak guna juga, isu kecurian oleh si fakir di kedai bukan Islam, isu perempuan kena rogol sebab diberikan bahan mengkhayalkan apahal tak jawab, dalam hudud PAS Terengganu dan Kelantan tak ada pun tulis peraturan sebegitu, itulah saya katakan hudud ala-PAS ini patutlah Tun Mahathir tak setuju dilaksanakan sebab banyak sangat masalah hingga kes boleh jadi caca marba dan seterusnya mencetuskan kekacauan, PAS ini mana reti buat undang-undang, kerana nak buat undang-undang bukannya macam ceramah politik maki hamun dan hasutan oleh penceramah PAS tahap tok guru dan alim ulamak politik itu, ada pemikiran gunalah dengan betul, jangan taksub melampau, tuduh UMNO asobiyah, tapi PAS sendiri yang asobiyah, menyokong puak sendiri walaupun buat kesalahan, tak apa sokong juga, pasal apa satu geng, inilah asobiyah, jenis puak PAS yang tak reti agama mana tahu ini, mereka dikelentong oleh tok guru, dalam hudud ala-PAS ada sebut pasal Qarinah, tapi video tak boleh digunakan sedangkan ia adalah Qarinah juga, tok guru kata vidoe besi, hanya 4 saksi beriman saja yang saksikan kejadian itu layak jadi saksi, ini apa pula, sekejap begini, sekejap begitu, inilah dengki kepada pihak kerajaan hingga sanggup putar belit, menjadi penipu, puak-puak tok guru, ustaz, ustazah, alim ulamak dan sheikh PAS ini memang pandai agama, tapi pandai menipu dan menjadi perosak pun mereka juga, sedarlah orang beginilah yang salahnya lebih besar dari orang yang tak tahu, bila ada dalil Al-Quran atau hadis baca sekerat-sekerat, tak lengkap sebabnya untuk membetulkan penyelewengan politik, misalnya hukum kerjasama dengan bukan Islam dalam pemerintahan, dulu tuduh UMNO kafir kononnya sebab berkawan dengan MIC dan MCA serta beberapa perti bukan Islam sedangkan kerjasama UMNO dengan parti bukan Islam itu tidak menjadikan UMNO mengikut telunjuk parti bukan Islam itu, tapi lihat sekarang PAS kerjasama dengan DAP hinggakan PAS sekarang ini sudah jadi 'anjing suruhan' DAP untuk mengiyakan apa saja yang DAP buat, itu kerjasama yang haram sebab kerjasama dengan bukan Islam hingga tok guru dan para alim ulamak serta ustaz dan ustazah pun boleh ketar lutut dan tarik balik kenyataan atau perbuatan untuk lindungi Islam kerana takutkan DAP, itu perbuatan menjadi pecacai kepada DAP memang tak boleh, tapi PAS buat juga, apahal? PAS ini memang jenis pembelit, penipu, cakap besar dan cakap banyak tapi tak reti buat kerja dan menjadi perosak saja, sedarlah, nak politik itu, politiklah cara betul, kalau politik macam bangsat, itu politik Islam apanya, ada mazhab barukah? Islam Mazhab PAS oleh Al-Imam Tuan Guru Sahibul Fadhilah Nik Aziz Al-Nicky serta Sheihkul Al-Imam Lim Guan Eng yang ada kitab baru Buku Jingga selepas Dokumen Negara Islam 2003 dihumban ke tempat buang sampah, jangan cakap banyaklah pecacai DAP dikalangan penyokong PAS, kamu berlagak dan angkuh tak cermin diri, sibu tuduh orang, tapi sedarlah diri.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,



    Encik Mohamad.

    ReplyDelete
  12. Lihat, PAS memang jenis takbur dan tak mahu mengaku salah sendiri, lihat ini: http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/6122-liwat-isteri-jenayah-takzir

    Masalahnya sekarang ini dalam hudud ala-PAS itu tak ada penjelasan jelas, ini boleh menjadikan masyarakat keliru, malahan dalam artikel Harakah itu juga, pandangan imam-imam mazhab yang sah (Mazhab PAS tidak termasuk), pun berbeza pandangan, di Malaysia ini pihak berkuasa berhubung fatwa adalah Majlis Fatwa Kebangsaan, bukannya Majlis Syura atau Dewan Ulamak PAS, jadi tak patutlah buat penilaian mereka sendiri, patutnya merujuk kepada mereka yang layak buat keputusan, tapi biasalah kononnya tok guru, ulama, ustaz, ustazah, shiekh yang serban sebesar bakul dan jubah putih melepak, mereka sajalah yang pandai, kononnyalah. Enakmen perundangan hudud ala-PAS terlalu cincai dan mengelirukan orang ramai, jangan menyalahkan orang yang menerangkan kebenaran, lihat diri sendiri dulu, hudud ala-PAS itu tak sesuai jadi undang-undang sebab cincai, patutnya kena tulis dengan lebih teliti, contohnya kalau zina tahap mana kemaluan masuk, kalau seks oral, itu zina atau tidak, tak diterangkan pun, PAS hanya cakap pandai saja, tapi mereka ini bukan tahu nak lakukan dengan betul, jadi caca marba, merosakkan pemikiran rakyat sajalah, nanti bila ada suami liwat isteri, isteri mengadu, maka apa PAS nak buat? kerana lihat petikan dari Harakah ini:

    Menurut al-Imam al-Syarbini iaitu seorang tokoh Mazhab Syafie: “Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat Mazhab ialah wajib dita’zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan ta’zir.”

    Maka si suami pun kata pada isterinya, tak apa sekali ini saja liwat, sebabnya tak berulang, tak apa, lepas ini tak liwat lagi, apa cerita ini? Patutnya PAS kena terang dengan teliti, kesan, hukuman, balasan dan sebagainya, bukannya sekadar membaca petikan ulama zaman silam yang maksudnya lain tapi penerangan PAS lain pula hingga merosakkan nama baik ulama zaman silam itu.

    Tok Guru PAS yang kononnya alim dan warak tahap wali itu nasihatkan Harakah supaya hati-hati dalam beritanya supaya jangan Harakah itu jadi 'lidah-lidah syaitan' yang membawa bencana kepada masyarakat, jangan jadi asobiyah sebab kalau yang salah itu geng sendiri, tak apa biarkan sebab geng sendiri, tapi kalau orang lain, tak buat salah pun tuduh salah juga, sebab itu bukan geng dia, apa ini, ini ajaran Islam jenis apa? Adakah ini ajaran Islam Mazhab PAS oleh Al-Imam Nik Aziz Al-Nicky dan Sheikul Imam Lim Guan Eng Al-DAP yang mengikut kitab Buku Jingga selepas kitab lama, Dokumen Negara Islam dihumban ke tempat buang sampah selepas kerjasama dengan DAP dan menjadi 'anjing suruhan DAP'?, sedarlah permainan politik Pakatan Rakyat yang makin lama makin merosakkan dan menyesatkan masyarakat, yang berlagak kononnya tok guru dan alim ulama dalam PAS itu kena sedar kerana sesatnya manusia kerana terpedaya dengan retorik politik PAS yang menggunakan agama untuk kepentingan politik, maka jawablah anda semua di Mahsyar kelak. Sedarlah semua.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,



    Encik Mohamad.

    ReplyDelete